Quantcast
Channel: FALAKONLINE.NET
Viewing all articles
Browse latest Browse all 396

Adohai Pluto! Apo ko bondo 4 jalur hitam tu pulak?

$
0
0

Semakin hari kita menghampiri Pluto, semakin jelas rupa bentuk muka buminya. Tempoh hari, peninjau New Horizons telah melihat sebuah tompokan putih di permukaan Pluto, yang hingga kini masih belum pasti apakah sebenarnya benda tersebut.

Baru-baru ini, gambar terbaru yang diterima jauh lagi pelik. Kelihatan EMPAT buah jalur berwarna hitam, yang menjalar sejauh beratus km. Lagi menghairankan ialah keempat-empat jalur ini ‘tersusun’ pada jarak yang sama jauh antara satu sama lain!

Kira macam orang jual goreng pisang cheese susun elok je pisang-pisang dalam bungkus styrofoam tu!

Alamak!

Dalam foto-foto sebelum ini , 4 jalur tersebut kelihatan seperti satu tompokan hitam yang besar. Namun, pada Sabtu lepas, apabila New Horizons berada pada kedudukan hampir sedikit berbanding sebelum ini, dan putaran paksi Pluto telah membawa kedudukan tompok hitam itu mengadap ke arah peninjau ini, barulah ia kelihatan seperti 4 jalur gergasi!

Seriously!

Pada jarak ini, saintis masih susah nak mengagak struktur sebenarnya. Ia mungkin seperti kesan kawah, tetapi teori ini agak kurang meyakinkan kerana tompokan-tompokan ini elok je tersusun sama jarak antara satu sama lain, dan bukan random.

Selain itu, ia berada pada kedudukan khatulistiwa Pluto, dan berada pada hemisfera yang mengadap ke arah bulan Charon.

Tweet terbaru di atas turut menunjukkan 2 hemisfera berlainan Pluto. Jelas kedua-duanya unik dan mempunyai beberapa bentuk permukaan yang sungguh menarik!

Ada ahli astronomi mempercayai Pluto masih lagi aktif secara geologinya, maksud di sini ialah ia masih mengeluarkan isi perut nya keluar menerusi gunung-gunung di permukaannya. Sama seperti yang kelihatan di bulan terbesar yang mengelilingi planet Neptune, iaitu Triton. Namun gunung di sini bukanlah mengeluarkan lava, tapi ais!

Jadi, mungkin kita kena panggilnya gunung berapi ais? 😛

Selain Pluto, Charon juga memiliki permukaan yang mempunyai tompokan-tompokan hitam. Adalah dipercayai kedua-dua Pluto dan Charon sebelum ini berasal dari satu jasad yang sama, yang mana telah terpecah akibat perlanggaran dahsyat berbilion tahun dahulu.

Tinggal hanya tak sampai seminggu setengah sahaja lagi sebelum New Horizons melintasi Pluto pada jarak yang paling dekat dalam sejarah peradaban manusia. Sudah pasti gambar-gambar yang dirakam akan menjadi lebih baik setiap hari. Namun buat masa ini, hanya satu gambar dirakam setiap hari, bagi mempastikan buffer komputer New Horizons tidak terlalu penuh menjelang 15 Julai nanti!

Standby semua! Pluto dah mai dah!

#kipidap


Untuk mengetahui lebih lanjut berita-berita berkenaan Pluto, sila ke SINI.

Anda juga boleh mendapat tweet-tweet terkini dari twitter bos FO dan twitter FalakOnline.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 396

Trending Articles