Quantcast
Channel: FALAKONLINE.NET
Viewing all articles
Browse latest Browse all 396

Asteroid 1998 OR2 akan melintasi Bumi pada bulan hadapan tetapi tidak akan berlanggar. Kenapa ye?

$
0
0

Dah mai dah! Tajuk berita mengenai sebuah asteroid bersaiz 4 km akan melintasi hampir dengan Bumi dan ‘jika berlanggar’ akan menyebabkan ‘kemusnahan besar’ mula tersebar dan disiarkan di laman web ‘tabloid’ luar negara.

Berita jenis ini dah saban kali kita dengar, dan ia selalunya mula meletup di Malaysia apabila laman web tempatan mula menterjemahkan ‘berita’ ini ke dalam Bahasa Melayu dengan tajuk bombastik dan mula disebarkan secara meluas selepas itu.

Jadi kali ini sebelum berita yang mengelirukan mula tersebar, saya mengambil langkah proaktif dan menulis lebih awal sebelum ia muncul di portal tempatan.. nak tengok depa study betul-betul ke tak mengenai cerita ni.

* Terima kasih kepada saudara Mohd Anas yang menghubungi saya di FB dan bertanya mengenai berita ini. Tq bang!

*Berdasarkan carian google hari ini (4 Mac 2020), nampak gaya belum ada lagi berita ini dalam versi BM. Jadi, saya anggap belum ada yang menulisnya.

Inilah kisahnya….

Sebuah asteroid bernama 52768 (1998 OR2) akan melintasi hampir dengan Bumi pada 29 April 2020. Asteroid ini ditemui pada tahun 1998, dan setelah beberapa siri lintasan dengan Bumi, kali ini ia akan melintas sekali lagi pada jarak 6,290,589 km daripada Bumi… lebih kurang 16 kali LEBIH JAUH daripada Bulan.

  • Kiraan
    • Jarak Asteroid dengan Bumi / Jarak purata Bulan dengan Bumi
    • 6,290,589 km / 384,400 km = 16.4

Menurut organisasi memantau asteroid, Center for Near Earth Object Studies (CNEOS), lintasan ini akan berlaku pada 29 April 2020, jam 4:56 am ET, bersamaan 5:56 pm waktu Malaysia.

Saya melungsuri sendiri maklumat di laman web CNEOS dan mendapati maklumat berikut:

Sisipan skrin yang dicapai pada 4 Mac 2020 9:00 am

Berdasarkan maklumat di atas, asteroid 1998 OR2 ini disenaraikan di dalam kumpulan objek yang berpotensi berbahaya (potentially harzadous object) kerana ia melintasi Bumi di dalam lingkungan jarak 7,480,000 km. (Lihat definisi Potentially Hazradous Asteroid PHA)

TETAPI…

.. jika kita lihat kiraan jarak ketika ia melintas Bumi nanti ialah 6,290,589 km atau 16 kali LEBIH JAUH daripada Bulan.

Maknanya ia tidak akan berlanggar dengan Bumi.

Malangnya penyebar viral sekarang lebih gemar menangkap tajuk-tajuk clickbait yang mengatakan asteroid ini “bakal berlanggar dengan Bumi”, atau “kemusnahan dajsyat bakal berlaku jika ia berlanggar”.. dan seumpamanya… tanpa menjelaskan situasi sebenar laluan asteroid ini. Kesannya ialah masyarakat jadi kacau bilau dan mula menyebarkan berita separuh masak …and the rest is history!

Malah, asteroid ini tidak pun ada di dalam maklumat Sentry, iaitu senarai kumpulan asteroid yang berpotensi berlanggar dengan Bumi dalam jangka masa 100 tahun akan datang.

Saya cuba menjanakan orbit asteroid 1998 OR2 ini menggunakan utiliti Solar System Dynamics, untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai laluannya. Sila klik video di bawah.

Sisipan skrin pada momen ia melintasi Bumi adalah seperti di bawah. Pehatikan juga perbandingan jarak asteroid 1998 OR2 dengan orbit Bulan.

Jelas daripada kiraan falak di atas, asteroid ini tidak bertembung dengan Bumi, tetapi hanya akan melintasi sipi-sipi je.

Anggaran saiz asteroid 1998 OR2 ini antara 1.8km-4.1 km. Memang agak besar, tetapi sedarkah kita pada tahun 2017 lalu, asteroid lebih besar pernah melintasi Bumi, iaitu 3122 Florence (1981 ET3) yang mempunyai saiz lebih kurang 4.5 km!

Agak malang masih ramai yang terperangkap dengan tajuk-tajuk berita clickbait dan terus mempercayainya dan menyebarkannya tanpa usul periksa.

Pada tahun lepas, situasi sama berlaku apabila sebuah asteroid 2002 NT7 dikatakan akan berlanggar dengan Bumi. Habis kecoh semua hinggakan saya dipanggil ke TV3 untuk menerangkan lebih jelas apakah sebenarnya yang berlaku.

Tabayyun .. tabayyun dulu… kita semua ada tanggungjawab menjaga masyarakat sekeliling. Kita semua ada akal untuk memahami sesuatu berita. Dalam Ilmu Falak, tiada konsep agak-agak… ia melibatkan satu ekosistem kajian yang lengkap, bermula dari cerapan, pemerhatian sistematik, membuat rumus, dan memahami sifat sesuatu fenomena.

Cuba hadamkan apa yang dihuraikan oleh guru Falak kita, cikgu Ahmad Taufan ini…

Klik pos asal di sini.

Maka, secara amnya kita boleh rumuskan

  1. Asteroid 1998 OR2 tidak akan berlanggar dengan Bumi
  2. Ia akan melintasi Bumi pada jarak 16 kali lebih jauh dari Bulan.
  3. Ia akan melintasi Bumi pada 29 April 2020 jam 5:56 pm waktu Malaysia
  4. Ia tersenarai di dalam kumpulan Potentially Harzardous Asteroid kerana bergerak melintasi Bumi di dalam sempadan minimum 7,480,000 km
  5. Ia tidak disenaraikan di dalam asteroid yang berpotensi berlanggar dengan Bumi, di dalam senarai pemantau Sentry: Earth Impact Monitoring.

Wallahua’lam

Tahukah anda, FalakOnline ada Channel Telegram. Dijemput yang berminat untuk sertai channel ini bagi mendapatkan sebaran berita terkini lebih pantas dan cepat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 396