Quantcast
Channel: FALAKONLINE.NET
Viewing all 396 articles
Browse latest View live

Langit Minggu Ini 15-21 April 2019

$
0
0

Minggu ini sunyi sikit daripada fenomena langit yang bombastik. Semua bergerak tenang merentasi langit seolah-olah menanti kemunculan bulan Ramadhan! Bulan sekali lagi menziarahi bintang Spica, manakala di waktu Subuh, planet Zuhrah dan Utarid masih berpasangan rendah di ufuk timur.  Selain itu, kita berpeluang mencari kedudukan lohong hitam di galaksi M87!


15 Apr (Isnin)

Screenshot 2019-04-15 at 3.21.22 PM.jpg

Kedudukan Bulan dan bintang Regulus sekitar waktu Isya hari ini.

Selepas Maghrib hari ini, sebuah bintang bernama Regulus akan berada 3 darjah di sebelah atas dari Bulan.  Pasangan objek ini akan dapat dilihat bermula Maghrib hinggalah lewat tengah malam atau 2 jam menjelang Subuh.

Regulus ialah bintang tercerah di dalam buruj Leo. Buruj Leo ini menggambarkan seekor singa yang sedang duduk. Jika dari langit Malaysia, ia nampak seperti menegak ke atas.

Regulus dengan beberapa buah bintang lain di sekitarnya, membentuk satu corak yang digelar “Sickle”. Ia seperti huruf ‘?’ yang terbalik. Cuba lihat bentuk ‘Sickle’ ini malam nanti.

Screenshot 2019-04-15 at 3.28.03 PM.jpg

Bentuk ‘Sickle’ (warna jingga) seperti tanda soal yang terbalik.


16 April (Selasa)

Subuh ini, alihkan pemerhatian kita rendah di ufuk timur. Kelihatan planet Zuhrah masih lagi terang bersinar, tetapi kedudukannya semakin hari semakin rendah. Dalam masa beberapa bulan nanti, ia akan hilang ditelan cahaya Matahari.

Screenshot 2019-04-15 at 4.24.13 PM.jpg

Zuhrah dan Utarid di ufuk timur. Boleh dilihat sepanjang minggu ini.

Masih ada peluang melihat planet Utarid. Ia berada di sebelah bawah Zuhrah. Nak lebih selesa, cuba lihat sekitar 30 minit selepas Subuh, bagi peluang kedua-dua planet ini tinggi sikit.

Untuk sepanjang minggu ini, kedua-dua planet ini boleh dilihat pada kedudukan yang lebih kurang sama setiap pagi. Cuma, ia akan beranjak sedikit demi sedikit ke sebeha utara (atau ke kiri).


17 April (Rabu)

Bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, juga dikenali sebagai Perigee. Momen ini berlaku pada jam 6:03 AM, dan ia berlaku selang 2 hari 13 jam sebelum fasa Bulan Penuh. Jarak Bulan ketika ini ialah  364208 km


18 April (Khamis)

Bintang Spica berada 10 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga ke tengah malam.

Screenshot 2019-04-15 at 3.47.29 PM.jpg

Kedudukan Bulan dan bintang Spica pada malam ini, 18 April 2019

Minggu lepas kita dikejutkan dengan gambar pertama Lohong Hitam yang terletak di dalam sebuah galaksi bernama M87. Galaksi ini terletak di dalam buruj Virgo. Ia tidak begitu cerah dan memerlukan sebuah teleskop berkuasa tinggi serta langit yang gelap, untuk betul-betul dalam mencerapnya.

Namun begitu bagi yang berminat nak tahu di manakah kedudukan M87 ini, boleh gunakan langit malam ini sebagai panduan.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Mencari kedudukan galaksi M87 dan lohong hitamnya, berpandukan Bulan dan bintang Spica.

Malam ini sekitar waktu Isya’, apabila Bulan dan Spica mudah kelihatan, unjurkan satu garisan bermula dari  bintang Spica ke arah Bulan. Kemudian teruskan ‘lukis’ garisan ini ke arah yang sama, sehinggalah bertemu dengan kawasan langit di sebelah kiri Bulan.

Galaksi M87 dan lohong hitamnya berada di kawasan itu. Sudut jaraknya dengan Bulan, sama dengan jarak Bulan dengan bintang Spica. Memanglah dengan mata kita tak akan nampak apa-apa, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh tahu secara kasar di manakah kesemua 8 teleskop radio EHT dihalakan pada malam bulan April 2017 yang lalu!


19 April (Jumaat)

Bermula tengah malam ini hingga ke Subuh, juraian Meteor Lyrids akan memuncak. Waktu puncak sebenarnya ialah pada jam 8 pagi tetapi ketika itu sudah siang di Malaysia.

Malangnya untuk tahun ini, cahaya Bulan Penuh akan mengganggu kenampakan meteor-meteor ini. Selalunya silauan cahaya ini akan menenggelamkan meteor-meteor yang kelam. Hanya yang terang-terang sahaja mungkin akan dapat dilihat.

Apa pun, prospek Meteor Lyrids kali ini tidak bagus.

Sebelah Maghrib,  Bulan sudah mula bergerak ke bawah bintang Spica, pada jarak yang sama seperti semalam, iaitu 10 darjah.

Jangan lupa menjenguk sekali lagi bintang terang berwarna jingga, Arcturus yang berada di sebelah kiri Bulan.

Screenshot 2019-04-15 at 3.47.37 PM.jpg

Kedudukan Bulan dan bintang Spica pada malam ini, 19 April 2019

Fasa Bulan Penuh akan berlaku pada jam 7:12 PM

 


Langit Minggu Ini 22-28 Apr 2019

$
0
0

Musytari sudah mula terbit sebelum tengah malam! Bulan kembali melintasi Musytari dan Zuhal. Zuhrah dan Utarid pula semakin rendah dan bakal menghilangkan diri tak lama lagi. Minggu yang tenang dan sungguh rileks.


22 Apr (Isnin)

Bulan, Musytari dan bintang Antares akan membentuk segi tiga yang cantik sepanjang malam ini. Ketiga-tiga objek ini akan mula kelihatan menjelang tengah malam hinggalah ke Subuh keesokan harinya.

Screenshot 2019-04-22 at 9.04.39 AM.jpg

Bulan, Musytari dan Antares ketika terbit sekitar tengah malam.

Musytari juga sudah terbit awal setiap hari. Pada minggu ini ia mula terbit sekitar jam 11 malam!

Jika anda jenis yang tidur lewat, sekitar jam 1 atau 2 pagi, ia akan mudah kelihatan seperti bintang yang terang di langit sebelah timur.

Screenshot 2019-04-22 at 9.45.38 AM.jpg

Musytari apabila dilihat menerusi teleskop berkuasa tinggi. @shahgazer


23-24 Apr (Selasa)

Mulakan cerapan langit anda menjelang tengah malam hari ini, 23 April.

Cuba lihat sekali lagi ke arah timur. Bulan akan melintasi hampir dengan Musytari sekali lagi. Pada waktu ini jarak Bulan ke Musytari sekitar 3 darjah.

Screenshot 2019-04-22 at 9.18.23 AM.jpg

Bulan dan Musytari mula terbit sekitar tengah malam ini.

Menjelang Subuh masuk 24hb, kedua-dua objek ini semakin bergerak jauh antara satu sama lain, iaitu sekitar 5 darjah.

Jangan lupa juga dengan planet Zuhal. Planet ini berada di sebelah kiri Bulan pada waktu Subuh ini.

Screenshot 2019-04-22 at 9.16.59 AM.jpg

Kedudukan Bulan, Musytari dan Zuhal sekitar waktu Subuh, 24 Apr 2019.


25 Apr (Khamis)

Subuh ini , Zuhal berada 8 darjah dari Bulan. Bulan bersama Zuhal dan Musytari sederet.

Screenshot 2019-04-22 at 9.30.44 AM.jpg

Zuhal berada 8 darjah ke sebelah kiri Bulan. Pandangan sekitar Subuh hari ini.


26 Apr (Jumaat)

Screenshot 2019-04-22 at 9.31.46 AM

Zuhal berada 4 darjah ke sebelah kanan Bulan. Bulan berada di antara kawasan buruj Sagittarius dan Capricorn.


27 Apr (Sabtu)

Subuh ini pada jam 6:19 AM, Bulan akan berada dalam fasa Bulan Sukuan Akhir. Kalau kita lihat rupa bentuk Bulan pada waktu ini, ia tepat terbahagi 50% gelap, 50% terang.

Screenshot 2019-04-22 at 9.39.17 AM.jpg

Bulan dalam fasa sukuan akhir.

Cuba guna teleskop dan halakan ke kawasan di antara siang dan malam di permukaan Bulan ini. Kita akan dapat lihat bentuk bayang-bayang yang begitu kompleks , di celah-celah kawah dan gunung-ganang di sana!

Screenshot 2019-04-22 at 9.38.06 AM.jpg

Contoh rupa bentuk Bulan ketika ia dilihat menerusi teleskop berkuasa tinggi. @shahgazer


28 Apr (Ahad)

Subuh ini, cuba tinjua-tinjua di manakah Zuhrah dan Utarid. Kedua-dua planet ini semakin rendah di ufuk timur. Kalau nak lihat dengan mudah, kena tengok sekitar 15-20 minit selepas Subuh, barulah kedua objek ini tinggi sedikit.

Screenshot 2019-04-22 at 9.41.03 AM.jpg

Zuhrah dan Utarid, rendah di ufuk timur selepas Subuh.

Langit Minggu Ini 29 Apr – 5 Mei

$
0
0

Bulan memasuki fasa-fasa terakhir bulan Syaaban, sambil melintasi planet-planet terang, Zuhrah dan Utarid. Petang hari Ahad ini kita akan mencerap anak bulan Ramadan. Standby semua!

Screenshot 2019-04-29 at 9.12.15 AM

Contoh rupa bentuk anak bulan atau hilal. @shahgazer


29 Apr (Isnin)

Bulan berada di kedudukan Apogee, iaitu poin paling jauh dari Bumi pada jam 2:21 AM. Ketika itu ia berada pada jarak 404576 km. Saat ini berlaku selang 6 hari 4 jam sebelum masuknya fasa Bulan Baru.

Screenshot 2019-04-29 at 8.43.15 AM.jpg

Kedudukan Bulan, bersama-sama dengan 4 buah planet di awal Subuh hari ini.


1 Mei (Rabu)

Bulan mula menghampiri planet Zuhrah. Jarak lengkung di antara Bulan dan Zuhrah ialah lebih kurang 18 darjah. Umur bulan ketika ini semakin tua, dan bentuk sabitnya semakin menipis. Sekali lagi peluang untuk kita merakam fenomena Earthshine.

Screenshot 2019-04-29 at 8.44.17 AM.jpg

Bulan, Zuhrah dan Utarid yang boleh dilihat Subuh, 1 Mei.


2 Mei (Khamis)

Zuhrah berada lebih kurang 8 darjah dari Bulan. Utarid dan Zuhrah juga berada pada jarak lengkung yang lebih kurang sama. Ketiga-tiga objek terang ini boleh dilihat sekitar 20 minit selepas Subuh, rendah di ufuk timur.

Screenshot 2019-04-29 at 8.40.54 AM.jpg

Kedudukan Bulan semakin menghampiri Zuhrah.


3 Mei (Jumaat)

Bulan semakin rendah dan berada lebih kurang 6 darjah dari Zuhrah. Planet Utarid pula berada 5 darjah di sebelah bawah-kiri dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini membentuk segi tiga. Lihat 20 minit selepas Subuh rendah di ufuk timur.

Screenshot 2019-04-29 at 8.41.03 AM.jpg

Bulan sabit tua semakin rendah, dan berada di antara Zuhrah dan Utarid


4 Mei (Sabtu)

Bulan menuju ke penghujung hari-hari terakhir bulan Syaaban. Bulan dalam fasa sabit tua yang amat nipis. Utarid berada 8 darjah di atas Bulan.  Cuba cari di kawasan rendah di ufuk timur sekitar 50 minit selepas Subuh. Mungkin agak mencabar sikit kerana waktu itu langit sudah semakin cerah.

Namun, jika anda mencerap dari kawasan yang tiada halangan dan ufuk yang tiada awan, Bulan sabit tua ini boleh dilihat dengan mudah.

Screenshot 2019-04-29 at 8.41.32 AM.jpg

Cuba jejaki Bulan sabit tua yang amat halus dan amat rendah, sekitar 50 minit selepas Subuh!


5 Mei (Ahad)

Fasa Bulan Baru pada jam 6:47 AM. Pada petang ini, kita akan mula merukyah kemunculan hilal Ramadan.

Berdasarkan kiraan yang dibuat menggunakan Kalkulator Falak di laman web UniSZA, dari lokasi Shah Alam, pada waktu Maghrib hari ini, umur Bulan ketika itu ialah 12.51 jam. Jarak lengkung Bulan dan Matahari ialah 6.4 darjah, dan ketinggian (altitud) Bulan ialah 5.57 darjah.

Screenshot 2019-04-29 at 9.01.14 AM.jpg

Tangkapan skrin dari Kalkulator Falak UniSZA.

Berdasarkan syarat-syarat Imkanur Rukyah di bawah, Bulan kena memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
(1) Altitud 2° dan Jarak lengkuk 3°. ATAU
(2) Ketika Bulan terbenam, Umur 8 jam selepas ijtimak

Maka, didapati Bulan memenuhi syarat minimum Imkanur Rukyah, oleh itu esoknya, 6 Mei 2019 ialah 1 Ramadan.

(Ini adalah kiraan tidak rasmi. Penetapan bermulanya puasa Ramadan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung di televisyen pada malam ini juga.


 

Langit Minggu Ini 6 – 12 Mei 2019

$
0
0

Ramadan sudah tiba. Minggu pertama ini perhatikan perubahan rupa bentuk Bulan yang semakin membesar dari hari ke hari. Cuba jejaki planet Marikh yang kini semakin jauh dan kelam. Sambil bersahur awal Selasa ini, cuba-cuba jenguk ke langit, mungkin boleh nampak sebutir dua meteor Eta Aquariids!


6 Mei (Isnin)

Maghrib ini, jom kita intai kehadiran Bulan sabit yang amat halus, menandakan 2 Ramadhan!

Pandang rendah ke arah barat selepas Maghrib. Di sebelah atas Bulan kelihatan bintang Aldebaran.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan sabit muda yang halus mulus di ufuk barat selepas Maghrib hari ini.


7 Mei (Selasa)

Bermula sekitar tengah malam ini, hinggalah ke Subuh, pancuran meteor Eta Aquariids akan berada pada momen kemuncaknya. Dijangka dalam keadaan ideal, langit yang gelap gelita, jauh dari pencemaran cahaya, kita akan dapat lihat sekitar 40 meteor dalam masa sejam.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Kawasan titik munculnya meteor Eta Aquariids pada sekitar jam 5 pagi ini. 

Prospek kenampakan tahun ini agak bagus kerana tiada gangguan cahaya daripada Bulan.

Pandang ke mana-mana kawasan langit (tak perlu cari titik radian meteor ini pun). Fokus pengamatan anda kepada satu-satu kawasan sahaja.

Pada sebelah Maghrib, bintang Aldebaran berada 8 darjah dari Bulan. Planet Marikh juga akan berada sekitar berada 8 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini akan kelihatan hampir sederet.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bintang Aldebaran, Bulan dan planet Marikh pada sekitar 20 minit selepas Maghrib hari ini.

Namun kedudukan ketiga-tiga objek ini agak rendah di ufuk sebelah barat. Cuba cari sekitar 15 minit selepas Maghrib hinggalah sekitar Isya.


8 Mei (Rabu)

Pada Maghrib hari ini, planet Marikh akan berada 6 darjah dari Bulan. Sekali lagi kedua-dua objek ini rendah di ufuk barat.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan melintasi planet Marikh malam ini.

Perhatikan betapa berbezanya kecerahan Marikh malam ini berbanding tahun lepas! Ketika ini ia berada amat jauh daripada Bumi.


12 Mei (Ahad)

Bulan memasuki fasa Sukuan Pertama pada jam 9:13 pagi.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Pada waktu Isya’, halakan badan anda ke arah utara dan dongak ke atas. Bulan akan kelihatan berdekatan dengan bintang Regulus.

Waktu Maghrib hari ini, bintang Regulus akan kelihatan berada 4 darjah dari Bulan. Cuba lihat selepas Isya hingga lewat tengah malam.

Bintang Regulus merupakan bintang tercerah di dalam buruj Leo.

Langit Minggu Ini 13-19 Mei 2019

$
0
0

Ramadan memasuki minggu ke-2! Marikh semakin pudar, Zuhrah pula semakin rendah, Musytari mula kelihatan selepas Isya’. Jejaki bintang Polaris berpandukan buruj Biduk. Uranus pula menziarahi Zuhrah.


13 Mei (Isnin)

Kita mulakan pemerhatian minggu ini bermula Maghrib. Cuba jejaki planet Marikh. Ia sekarang amat kecil dan agak pudar di langit. Tidak seterang yang pernah kita dapat lihat pada tahun lepas. Malah, untuk mencarinya di langit pun agak mencabar.

Kedudukannya sekarang ialah di sisi sebelah kanan buruj Orion. Cuba pandang arah barat, rendah di ufuk sekitar 30-40 minit selepas Maghrib nanti.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Kedudukan Marikh berdasarkan panduan daripada buruj Orion.

Marikh akan kelihatan seperti sebutir bintang merah yang sederhana terang. Bintang Betelgeuse di dalam buruj Orion itu pun lebih terang berbanding planet ini!

Jom cuba tengoknya sebelum ia hilang daripada pandangan selama beberapa bulan!


14 Mei (Selasa)

Bulan berada dalam kedudukan perigee (paling hampir dengan Bumi) pada jam 5:54 AM. Jaraknya pada ketika ini ialah 369015 km. Momen ini berlaku 4 hari 23 jam sebelum masuknya fasa Bulan Penuh.


15 Mei (Rabu)

Selepas Isya’ hari ini, cuba pandang ke arah utara. Buruj popular bernama Biduk, atau Big Dipper sedang berada tinggi di langit utara.

Buruj Biduk ini sungguh popular di kalangan pelayar zaman dahulu kerana dua buah bintangnya, Merak dan Dubhe, apabila kita unjurkan garisan daripada kedua-dua bintang ini, ia akan menunjuk tepat ke arah bintang utara, Polaris.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Cuba cari bintang Polaris berpandukan buruj Biduk.

Di Malaysia, hanya negeri-negeri di sebelah utara sahaja berpeluang melihat bintang Polaris rendah di ufuk timur dengan ‘agak mudah’. Itupun anda perlukan keadaan langit yang tiada awan.

Dalam masa beberapa bulan mendatang ini, cubalah cari peluang mengintai Polaris berpandukan buruj ini.


16 Mei (Khamis)

Bulan akan melintasi bintang Spica. Jarak di antara kedua objek ini ialah sekitar 7 darjah. Lihat selepas Isya hingga ke Subuh keesokannya.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan berada 7 darjah dari bintang Spica.


17 Mei (Jumaat)

Malam ini (dan juga sama seperti malam-malam lain sebelum ini), sekitar 2 jam lepas Isya’, atau bila dah selesai solat terawih 20 rakaat, cuba pandang arah ke sebelah timur.

Rendah di ufuk dan sedang terbit ialah planet Musytari!

Dalam diam-diam, rupa-rupanya planet Musytari ini sudah mula kembali muncul di langit pada awal malam!

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Planet Muystari sudah mula kelihatan sekitar 2 jam selepas Isya’. Cuba cari planet ini di langit sebelah timur.

Kehadiran planet gergasi ini bakal memeriahkan langit kita hingga hujung tahun 2019. Jika anda mempunyai teleskop, halakan ke arahnya dan perhatikan rupa bentuk awannya yang berjalur-jalur, serta kehadiran 4 buah satelit semulajadinya yang terang.


18 Mei (Sabtu)

Subuh ini, jom kita perhatikan planet Zuhrah. Planet ini sekarang semakin rendah di ufuk timur. Dari hari ke hari, ia semakin lewat terbit. Namun disebabkan planet ini amat terang, walaupun rendah di kaki langit timur, ia tetap senang untuk dijejaki.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Planet Zuhrah rendah di ufuk timur sekitar 30 minit selepas Subuh.

Jika anda mempunyai teleskop berkuasa sederhana, halakan ke arah planet ini pada pagi ini dan esok (19 Mei). Andaikata cuaca mengizinkan, anda akan dapat lihat planet Uranus berada di sebelah kirinya.

Jarak lengkung Uranus dan Zuhrah ialah sekitar 1 darjah 23 minit pada pagi ini, dan 1 darjah 6 minit pada esoknya.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Zuhrah dan Uranus apabila dilihat menerusi teleskop berkuasa sederhana.

Cuba cerap kedua-dua planet ini sekitar 30 minit selepas Subuh. Agak mencabar kerana keadaan langit semakin cerah pada waktu itu. Namun tidak mustahil untuk melihatnya.


19 Mei (Ahad)

Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 5:11 AM ini.

Pada waktu Maghrib,  bintang Antares akan berada 8 darjah dari Bulan. Menariknya, kedua-dua objek ini bersama-sama dengan planet Musytari akan membentuk segi tiga yang cantik. Perhatikan formasi ini bermula waktu Isya’ hinggalah ke Subuh esoknya (20 Mei).

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan, Musytari dan bintang Antares sekitar 2 jam selepas Isya hari ini.

 

Prob angkasa veteran Voyager dan Pioneer akan sampai ke destinasi tak lama lagi. Bila tu?

$
0
0

Angkasa lepas amat luas! Kalau kita nak membayangkan di dalam skala kilometer adalah hampir mustahil. Untuk membayangkan dalam skala Tahun Cahaya pun, masih ramai di kalangan kita masih terkial-kial nak cuba memahaminya.

Namun, itulah yang sedang dihadapi oleh 4 buah prob angkasa yang dilancarkan pada era tahun 70an yang lalu. Pada 2 Mac 1972, Pioneer 10 dilancarkan, diikuti oleh Pioneer 11,  lebih kurang setahun selepas itu. Pada tahun 1977, Voyager 2 pula dilancarkan dan diikuti seminggu selepas itu, Voyager 1.

Kesemua prob ini dilancarkan oleh NASA pada sekitar tahun 70an, bertujuan melawati planet-planet gergasi Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune. Kebetulan pada era tersebut, susunan posisi planet-planet di atas membolehkan kita menghantar prob ini dengan kos yang lebih murah tanpa perlu bahan api yang banyak kerana bagi setiap lintasan planet, prob ini akan menggunakan bantuan graviti planet tersebut untuk meluncur ke destinasi seterusnya. Konsep ini digelar gravity assist.

grandtour.png

Laluan Pioneer 10, Pioneer 11, Voyager 1 dan Voyager 2 merentasi sistem suria kita. Sumber.

Prob-prob ini telah pun melintasi planet-planet tersebut dan kini sedang meluncur keluar daripada sistem suria kita. Kelajuan yang melampau tidak memungkinkan prob-prob ini kembali mengorbit atau jatuh ke arah matahari semula. Ia akan pada satu ketika nanti keluar terus daripada kawasan ‘cengkaman’ kuasa matahari, satu kawasan sempadan yang digelar sebagai heliosphere. Voyager 1 dan 2 telah pun melepasi sempadan ini.

heliosphere.jpg

Gambaran kawasan sempadan heliosphere serta kedudukan prob Voyager 1 dan Voyager 2. Visual oleh NASA/PJL-Caltech

Lama kelamaan kuasa prob ini akan kehabisan juga. Peralatan di dalamnya akan mati dan tidak menghantar sebarang isyarat lagi. Itulah yang telah berlaku kepada Pioneer 10 yang kali terakhir isyarat yang diterima ialah pada tahun 2003. Pioneer 11 pula ‘sunyi sepi’ pada tahun 1995. Ketika ini hanya tinggal Voyager 1 dan 2 sahaja yang masih menghantar isyarat yang amat lemah kembali ke Bumi.

Walaupun tak lama lagi ia akan tetap mati, prob ini akan tetap meneruskan perjalanan ke angkasa lepas, tetapi adakah ia akan melintasi mana-mana bintang berhampiran nanti dan bilakah ia akan berlaku?

Kita ada cara untuk mengira destinasi terdekat prob-prob ini nanti, namun kiraan ini tidak mudah! Selain daripada terpaksa mengira pergerakan hala tuju prob ini, saintis juga terpaksa mengambil kira pergerakan bintang-bintang di angkasa raya! Ya, bintang-bintang pun bergerak dan mengelilingi pusat Bima Sakti, tetapi menerusi pandangan mata manusia ia kelihatan seperti kekal dan pegun kerana kedudukan bintang-bintang ini teramat jauh!

Mujur dengan adanya data kedudukan dan pergerakan 7.2 JUTA bintang yang dicerap oleh balaicerap angkasa GAIA, 2 orang saintis, Coryn A. L. Bailer-Jones, dari Max Planck Institute for Astronomy di Germany, dan Davide Farnocchia dari Center for Near Earth Object Studies di NASA’s Jet Propulsion Laboratory California, telah berjaya membuat kiraan yang paling tepat setakat ini. Data-data dari GAIA ini sungguh tepat kerana bukan sekadar mencerap kedudukan dan kelajuan pergerakan bintang, tetapi ia memeta di dalam ruang 3 dimensi.

gaia2.jpg

Peta langit yang mengandungi 1.7 bilion bintang yang telah dicerap oleh balai cerap angkasa Gaia. © ESA/Gaia/DPAC)

Jadi, di manakah destinasi seterusnya bagi prob-prob tersebut?

Voyager 1 akan melintasi jiran terdekat matahari kita, iaitu bintang Proxima Centauri dalam masa 16,700 tahun lagi! Namun begitu, pada ketika prob ini berada pada poin paling hampir dengan Proxima Centauri, ia hanya akan berada pada jarak 3.59 tahun cahaya sahaja. Tak de la dekat sangat pun. Jarak Matahari dan Proxima pun ialah 4.24 tahun cahaya.

Pioneer 11 pun sama melintasi Proxima Centauri pada jarak yang lebih kurang sama, dalam jangka masa 18,300 tahun lagi!

Voyager 2 pun lebih kurang sama, tetapi lambat ‘sikit’, iaitu dalam masa 20,300 tahun lagi!

Pioneer 10 pula akan melencong jauh daripada ‘kawan-kawan’ tadi. Ia akan melintasi sebuah bintang bernama Ross 248 di dalam buruj Andromeda pada jarak 3.2 tahun cahaya daripada bintang tersebut dalam masa 33,800 tahun lagi!.  Bintang Ross 248 ini berada 10.3 tahun cahaya daripada Bumi.

Kalau kita lihat jangka masa nak sampai ke bintang-bintang tersebut amat lama, bukanlah disebabkan prob-prob ini bergerak lambat. Menerusi maklumat yang saya baca, kelajuan prob-prob ketika ini adalah seperti berikut:

  • Voyager 1 bergerak pada kelajuan 62,140 km SEJAM!
  • Voyager 2 – 55,570 km SEJAM!
  • Pioneer 10 – 43,200 km SEJAM
  • Pioneer 11 – 40,470 km SEJAM

Laju tu!!

Tetapi disebabkan angkasa lepas ini terlampau luas dan besar, pada kelajuan yang melampau ini pun, prob-prob ini terpaksa mengambil masa puluhan ribu tahun untuk sampai ke destinasi atau bintang seterusnya!

Ada lintasan yang lagi dekat ke?

Menurut Bailer-Jons dan Farnocchia lagi, akan ada 2 buah lagi lintasan pada jarak lebih dekat berbanding di atas. Ia akan dialami oleh prob Voyager 1.

Voyager 1 akan melintasi jarak 1 tahun cahaya sahaja daripada sebuah bintang bernama TYC 3135-52-1. Bintang ini terletak lebih kurang 46.9 tahun cahaya daripada Bumi. Lintasan ini akan berlaku ‘tak lama lagi’.. lebih kurang dalam masa 302,700 tahun lagi!

😬

Satu lagi lintasan ialah terhadap bintang Gaia DR2 2091429484365218432, yang terletak pada jarak 520.22 tahun cahaya daripada Bumi! Ia akan melintasi bintang ini pada jarak 1.27 tahun cahaya sahaja. Bilakah pulak momen ini akan berlaku? Menurut kiraan, tak lama la jugak… lebih kurang 3.4 JUTA tahun lagi!

🥴

Ujar Bailer-Jones lagi, kiraan-kiraan di atas dibuat selepas terinspirasi dengan kajian yang dibuat oleh pasukan mereka sebelum ini yang sedang cuba mengira asal-usul sebenar objek antara- bintang misteri, Oumuamua, yang melawati Bumi pada tahun 2017 lepas.

Kertas kajian asal bertajuk Future Stellar Flybys of th Voyager and Pioneer Spacecraft telah diterbit dalam jurnal IOPscience, pada 5 April 2019.

Amacam? Jom terbanggggggg……

Langit Minggu Ini 20 – 26 Mei 2019

$
0
0

Kita sudah memasuki minggu ke-3 Ramadan! Cepat betul masa berlalu. Bulan akan melepasi fasa purnamanya. Sepanjang minggu ini ia akan melintasi hampir dengan planet Musytari dan Zuhal. Peluang untuk anda yang pertama kali mahu menjejaki planet-planet ini di langit malam.


20 Mei (Isnin)

Malam ini, sekitar 2 jam selepas Isya’, kita akan disajikan dengan satu pemandangan indah, pasangan Bulan dan Musytari. Kedua-dua objek ini berada sebelah-menyebelah. Jarak lengkung antara Bulan dan Musytari ini ialah sekitar 2 darjah sahaja.

Jika anda belum pernah melihat Musytari di langit, inilah peluang terbaik untuk mengenalinya. Perhatikan betapa terang dan jelasnya planet ini. Ia lebih terang daripada bintang tercerah di langit iaitu Sirius!

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan dan Musytari apabila ia terbit pada malam ini, sekitar 2 jam selepas Maghrib di arah timur. 

Kedua-dua objek terang ini akan kelihatan sepanjang malam hingga ke Subuh keesokannya.

Menerusi teleskop, Musytari akan memaparkan jalur-jalur awan yang sungguh menarik. Jika kita mengamatinya dengan teliti selang beberapa hari, mungkin akan dapat lihat perubahan strukur awan ketika ia bergerak-gerak merentasi atmosferanya.

Dalam masa tak sampai 3 minggu lagi Musytari akan berada bersetentang dengan Matahari. Ia akan terbit sebaik sahaja waktu Maghrib dan akan kelihatan terang sepanjang malam hingga ke Subuh!

Jupiter 20 May 2019.001.jpeg

Musytari yang dirakam pada sekitar jam 6 pagi, 20 Mei 2019. @shahgazer


21 Mei (Selasa)

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan dan Musytari sekitar 2 jam selepas Isya hari ini.

Malam ini, Bulan sudah bergerak ke arah timur dari planet Musytari. Fasa Bulan sudah pun melepasi fasa purnama, maka bentuknya tidaklah bulat.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan yang terbit malam ini sudah pun melepasi fasa purnama. Oleh itu jangan rasa pelik apabila melihat bentuknya yang ‘tak bulat’.


22 Mei (Rabu)

Subuh ini, sekali pagi perhatikan Bulan. Kali ini cuba cari planet Zuhal. Ia akan kelihatan di sebelah kiri atas dari Bulan. Malah, kalau kita tengok betul-betul, Zuhal, Bulan dan Musytari berada dalam kedudukan sebaris!

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan berada di antara Zuhal dan Musytari sekitar waktu Subuh hari ini.


23 Mei (Khamis)

Subuh ini lagi best. Bulan akan melintasi amat hampir dengan Zuhal, iaitu sekitar 1 darjah sahaja. Jika anda mempunyai teleskop berkuasa rendah, kedua-dua objek ini dapat dilihat serentak dalam satu medan pandangan teleskop itu!

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan berada hampir dengan planet Zuhal.


26 Mei (Ahad)

Hari ini pada jam 9:28 malam, Bulan akan berada di kedudukan apogee (paling jauh dari Bumi), pada jarak 404133 km. Saat ini berlaku  7 hari 16 jam selepas fasa Bulan Penuh dan menghampiri fasa Sukuan Akhir.

Jika anda mengamati Bulan pada Subuh keesokannya (27 Mei), ia akan kelihatan sedikit kecil berbanding hari-hari biasa.

Langit Minggu Ini 27 Mei – 2 Jun 2019

$
0
0

Lewat sikit nak kemaskini ruangan “Langit Minggu Ini”. Apa pun fenomena langit tak menunggu kita, ia tetap berjalan seperti biasa. Selepas qiam dan tahajjud tu, jenguk-jenguk lah sekejap ke langit tu. Bulan mula semakin kecil, Ramadan dah pun semakin meninggalkan kita!


27 Mei (Isnin)

Bulan memasuki Fasa Sukuan Akhir pada jam 12:34 AM. Kalau kita ingat semalam, ia berada pada poin apogee, yakni paling jauh dari Bumi. Maka pada pagi ini kalau kita tengok Bulan, ia kelihatan kecil berbanding biasa.


28 Mei (Selasa)

Matahari melintasi di atas Kaabah, di dalam satu fenomena yang dipanggil sebagai Istiwa’ adzam. Ia berlaku pada jam 5:16 petang waktu Malaysia. Pada ketika ini kita boleh menyemak kembali tandaan arah kiblat kita di premis masing-masing.

Video di atas boleh dijadikan panduan asas untuk mencari arah kiblat pada tarikh ini. Jika anda terlepas.. tak mengapa. Tunggu 16 Julai nanti, matahari akan sekali lagi melintas di atas Kaabah dan kita boleh cuba sekali lagi.


1 Jun (Sabtu)

Bulan sabit tua semakin rendah di ufuk timur. Ia terbit sekitar Subuh. Sekali lagi kita akan dapat lihat fenomena Eartshine yang indah.

Moon_7_May_2019___2_5_days_old_Moon_3rd_Ramadan_1440H___Shahrin_Ahmad___Flickr

Sekitar 30-45 minit selepas Subuh, cuba cari juga planet Zuhrah yang kini amat rendah. Planet ini akan berada sebelah bawah kiri dari Bulan.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan sabit tua dan planet Zuhrah, boleh dilihat sekitar 30-45 minit selepas Subuh.


2 Jun (Ahad)

Zuhrah akan berada 4 darjah dari Bulan. Ini agak mencabar kerana ia sangat rendah dan waktu ia terbit pun selepas Subuh. Jika anda mempunyai ufuk timur yang tiada halangan, boleh cuba tengok sekitar 30 minit selepas Subuh.

Menjelang 1 jam selepas Subuh, kedua-dua objek ini dah semakin tinggi tetapi langit dah makin terang, maka ia agak mencabar nak tengok.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Bulan dan Zuhrah sekitar 1 jam selepas Subuh.


Silauan cahaya satelit Starlink bakal merosakkan keindahan langit malam?

$
0
0

Anda mungkin telah membaca berita mengenainya dan mungkin tertanya-tanya, apakah sebenarnya isu mengenai satelit Starlink ini.

Ini kisahnya.

Pada hujung minggu lepas, SpaceX, syarikat kepunyaan orang kaya Elon Musk, telah melancarkan sekumpulan satelit-satelit kecil bernama Starlink. Satelit ini bertujuan untuk meluaskan lagi capaian internet ke seluruh dunia. Satu usaha yang menarik jika kita lihatnya daripada sudut perkembangan teknologi.

Namun, setelah satelit-satelit ini (60 buah kesemuanya) dilancarkan dan mula masuk ke dalam orbit, beberapa laporan awal daripada peminat astronomi amatur serta peminat satelit telah menunjukkan cahaya yang dipantulkan oleh satelit ini ke Bumi amat cerah!.  Malah apabila ia muncul di langit, ia kelihatan seperti satu deretan cahaya, atau light train, yang bergerak merentasi langit dari ufuk ke ufuk. Sebelum ini tiada siapa pun mengagak betapa cerahnya satelit-satelit ini yang akan dilihat, tetapi setelah ia dilihat sendiri oleh puluhan pencerap langit, tiba-tiba ia menjadi satu isu yang besar.

Ramai yang meluahkan kerisauan dengan mengatakan cahaya terang ini akan mengganggu kemampuan kita melihat objek-objek serta mempunyai impak yang besar terhadap kajian astronomi yang menggunakan teleskop dari Bumi (earth-based observatories).

Cuba lihat sendiri video yang dirakam oleh Dr. Marco Langbroek ini!

Kalau tak silap, ini merupakan video pertama yang berjaya merakam deretan cahaya daripada Starlink. Selepas itu, semakin ramai pencerap langit mula berjaya menjejaki pergerakan satelit-satelit ini dan merakamnya.

Brady Kenniston merakam pergerakan pada 27 Mei lepas.

Pakar astrofoto, Alan Dyer merakam pergerakan Starlink merentasi buruj Biduk.

Pete Lawrence merakam Starlink yang berubah-ubah kecerahan hasil sudut pantulan cahaya matahari yang sentiasa berubah ketika satelit ini bergerak dalam orbit.

Buat pengetahuan semua, di sekeliling Bumi kita sekarang ini pun sudah ada lebih kurang 5000 buah satelit, dan 2000 daripadanya masih berfungsi. Namun majoritinya kelam dan susah dilihat dengan mata. Hanya yang terang-terang seperti ISS, Tiangong-2 dan teleskop Hubble sahaja yang boleh dilihat dengan mata kasar dengan mudah.

Dalam kes Starlink ini, 60 buah satelit yang dilancarkan itu baru batch yang pertama! Jumlah sebenarnya ialah 12,000 kesemuanya!

mak aiii…

Jumlah yang besar ini akan memberi masalah kepada proses pengimejan objek-objek di langit. Menurut Darren Baskill, pegawai dari University of Sussex, “Kebarangkalian satelit-satelit ini merentasi medan penglihatan teleskop akan semakin kerap berlaku dan akan mencemarkan pandangan kita terhadap alam semesta”. Ujar beliau lagi “proses untuk membuang cahaya daripada satelit ini akan mencari semakin sukar!”

Saya cuba jelaskan sedikit berdasarkan pengalaman saya. Untuk merakam objek angkasa di langit waktu malam, kita perlu tetapkan waktu dedahan pada kamera-kamera dalam satu jangka waktu yang panjang, contoh 3 minit, 5 minit atau mungkin berjam-jam, untuk satu-satu kawasan di langit. Sebelum ini, dalam foto-foto yang dirakam, ada kelihatan banyak garis-garis halus yang merentasi foto ini. Garis ini sebenarnya ialah satelit-satelit yang kebetulan bergerak di dalam medan pandangan kamera itu.

Itu baru sedikit. Jika SpaceX melancarkan kesemua 12,000 buah satelit yang halus-halus, bayangkanlah betapa teruknya gambar yang akan dirakamkan itu nanti!

adusssss!!!

Buat masa ini, respon Elon Musk mengenai potensi pencemaran yang mungkin dihasilkan oleh Starlink sungguh kebudak-budakan! ^(*$&#(*&*#

Kalau ikut logik orang kaya Elon Musk ni, kita perlu letak lebih banyak teleskop di dalam orbit! Kalaulah senang sangat nak buat macam tu, maknanya sekarang ni dah berpuluh-puluh teleskop yang ada di atas sana! Realitinya tidak begitu!

Penentangan terhadap amukan kominiti sains dan astronomi amatur dunia mengenai isu ini bukan sahaja datang daripada Elon Musk, tetapi ada ramai peminat atau penyokong beliau yang membela usaha ini atas nama ‘kemajuan dan kesejahteraan manusia’.

Saya sendiri sebagai pencerap tegar langit mengakui agak risau dengan kehadiran cahaya-cahaya merapu ini.

Namun, sehingga hari ini belum ada kajian menyeluruh mengenai kesan cahaya yang dibuat oleh 12,000 buah satelit! Ini kali pertama dalam sejarah kita berdepan dengan isu ini. Isu baru!

Apabila artikel ini ditulis, deretan cahaya Starlink semakin pudar. Satelit-satelit ini sudah mula masuk ke dalam orbit yang lebih tinggi. Lebih tinggi bermaksud lebih jauh dari Bumi, dan lebih kelam cahaya matahari yang dipantul oleh satelit-satelit ini.

Sejauh mana kelam atau terang nanti, tiada siapa yang boleh mengagak setakat ini. Jika anda berminat untuk mengejar atau menjejaki pergerakan Starlink, serta nak tahu tarikh dan waktu apabila ia melintasi langit Malaysia, boleh cuba lakukan kiraan di laman web seperti Heavens-Above.com dan N2YO.com

Jika anda berminat untuk mengetahui respon dan perbincangan lebih terperinci dari komuniti astronomi profesional dan amatur, saya syorkan pautan #starlink atau #starlinktrain

Apakah nasib langit malam kita nanti?

Musytari kembali dekat dan bersinar terang!

$
0
0

 

Setiap tahun, Bumi akan bergerak di antara Matahari dan Musytari. Pada ketika ini, planet Musytari akan berada di dalam kedudukan di langit yang dikenali sebagai istiqbal atau dalam bahasa Inggeris, opposition.

Pada tahun ini, pada jam 11:14 malam, 10 Jun 2019, Musytari akan kembali berada pada kedudukan unik ini. Istiqbal bermaksud pada saat tersebut, sesebuah planet (dalam kes ini Musytari) akan berada bersetentang dengan Matahari apabila dilihat dari langit Bumi.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Kedudukan istiqbal atau bersetentang yang sedang berlaku terhadap planet Musytari sekarang.

Secara ringkasnya, apabila Matahari terbenam pada waktu Maghrib, Musytari akan terbit di sebelah timur.

Momen begini sering ditunggu-tunggu oleh peminat astronomi seluruh dunia. Musytari akan kelihatan paling terang dan besar di langit. Malah, jika anda pandang ke arah langit sebelah timur selepas waktu Maghrib, planet gergasi ini akan kelihatan seperti sebutir ‘bintang’ yang amat terang dan memancar-mancar.

Malah, kecerahannya kini (magnitud -2.6) mengatasi bintang tercerah di langit, iaitu Sirius. Dari segi turutan, Musytari sekarang ialah objek ke-4 paling cerah di langit, selepas Matahari, Bulan dan Zuhrah. Hampir mustahil anda akan ‘terlepas pandang’ planet ini di langit.

Menerusi binokular, jika anda memegangnya dengan kekal dan tak bergoyang-goyang, serta menggunakan binokular sekurang-kurangnya berkuasa pembesaran 7X, anda akan dapat lihat 4 buah titik atau bintang kecil yang berada sederet di sisi bertentangan planet ini.

jupiter-29-jan-2013___Shahrin_Ahmad___Flickr.jpg

Titik-titik kecil di sisi Musytari itu sebenarnya ialah bulan-bulannya. @shahgazer

Titik-titil kecil itu ialah bulan-bulan paling cerah kepunyaaan planet Musytari. Nama yang diberi ialah Io, Europa, Ganymede dan Callisto.

Keempat-empat bulan ini lebih besar daripada Bulan kita. Pergerakkan amat laju dan boleh dilihat berubah dengan jelas jika anda memerhatikannya selama beberapa jam.

Apabila anda menggunakan teleskop, barulah dapat lihat beberapa ciri menarik di atas permukaan planet Musytari.

Sebelum itu, kita harus ingat, Musytari sebenarnya tidak mempunyai permukaan keras atau tanah seperti Bumi. Ia adalah sebuah planet yang dibentuk oleh pusaran gas sahaja. Yang kita lihat menerusi teleskop itu nanti ialah lapisan-lapisan awannya.

Ok, menerusi teleskop, anda akan dapat lihat permukaannya dipenuhi dengan jalur-jalur yang pelbagai warna dan saiz. Jalur-jalur ini ialah kawasan awan-awan di sana yang bergerak begitu laju. Cerapan yang dibuat sebelum ini telah berjaya merekod angin yang bertiup selaju 300 hingga 650 km sejam!

Jupiter_6_Jun_2018___I_think_this_is_my_best_attempt_so_far_…___Flickr.jpg

Antara foto Musytari yang paling jelas berjaya dirakam oleh penulis setakat ini. @shahgazer

Jalur-jalur ini jika dicerap menerusi teleskop lebih besar dan kamera yang sesuai, akan kelihatan berserabut yang jalur-jalur yang berpusing-pusing sana sini. Namun, disebalik ‘keserabutan’ jalur awan ini, ia kelihatan tersusun dengan baik sekali. Malah, kawasan jalur-jalur ini telah pun diberi nama sebagai panduan dan kajian.

JupiterBelts.jpg

Gambarajah panduan mengenali kawasan atau zon jalur-jalur di Musytari. Kredit S&T.

Salah satu bentuk unik di Musytari ialah satu pusaran besar berwarna merah, yang kelihatan seperti mata. Pusaran itu diberi nama The Great Red Spot (GRS). Ia merupakan satu sistem siklon gergasi yang paling besar di kalangan sistem siklon lain yang ada di planet ini.

GRS amat besar dan mudah dilihat menerusi teleskop. Kini warnanya menjadi merah coklat yang pekat. Dipercayai kali pertama ia dicerap dan direkod oleh seorang ahli astronom amatur Jerman, Heinrich Schwabe pada tahun 1831. Malah ia mungkin juga bentuk yang sama dilihat seawal tahun 1665 oleh seorang pemerhati langit dari Itali, Domenico Cassini yang dicatatkan sebagai ‘permanent spot’ oleh beliau.

Pada awal GRS dicerap, saiznya amat besar iaitu 3 kali ganda diameter Bumi. Namun, atas sebab-sebab yang masih belum diketahui puncanya, GRS ini mengecil dan mempunyai diameter sama dengan Bumi.

Lebih misteri ialah beberapa minggu lepas, kelihatan seperti seolah-olah pusaran GRS ini terungkai atau terburai sedikit demi sedikit. Saintis masih belum tahu bagaimana pusaran siklon di Musytari terbentuk dan berfungsi. Ada yang mengatakan GRS ini tak lama bagi bakal hilang lenyap ditelan pusaran awan-awan lain di sekelilingnya.

Jika benar, Musytari bakal hilang mercu tanda ikoniknya! Kesian!

(Foto di atas di rakam oleh saya pada 23 Mei 2019 lepas)

Menerusi teleskop juga, jika bernasib baik atau merancang dengan baik, kita akan dapat lihat bulan-bulan Musytari melintasi di hadapan cakera planet itu. Fenomena ini dikenali sebagai transit dan waktu kejadian transit ini boleh dikira dengan mudah.

Musytari kini berada di antara buruj Scorpius dan Sagittarius. Ia berada pada poin yang agak ke selatan. Malang bagi pencerap di hemisfera utara kerana kedudukan yang ke selatan ini menyebabkan planet ini tidak berada tinggi di langit. Kita di Malaysia bernasib baik kerana kedudukan di khatulistiwa membolehkan planet Musytari berada tinggi di langit dan dapat dilihat dengan lebih jelas.

SkySafari_6_Pro_-__CurrentSettings_.jpg

Kedudukan Musytari yang akan kelihatan sepeti sebutir bintang terang sekitar waktu Isya di langit sebelah timur sekarang ini.

Planet Musytari di sepanjang pengalaman saya mencerap dan merakamnya selama ini tidak pernah mengecewakan. Ia sungguh dinamik dan saya sentiasa ternanti-nanti apakah perubahan facial yang akan berlaku! Saya amat mengsyorkan bagi anda untuk teruskan cerapan dan pengamatan terhadap planet ini. Ia akan berada tinggi, terang dan jelas selama 3-4 bulan mendatang.

Ikuti akaun twitter peribadi saya untuk mendapatkan rakaman astrofoto terkini planet Musytari dari semasa ke semasa, dan jika anda ada merakamnya sendiri, kongsikan dan InsyaAllah saya akan raikan bersama-sama dengan komuniti astronomi lain.

Ayuhhh…hancurkan….. 😀

Jom saksikan Gerhana Bulan Separa – 17 Julai 2019

$
0
0

Pada awal pagi, 17 Julai 2019 nanti kita berpeluang menyaksikan sekali lagi fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali terakhir kita dapat menyaksikan gerhana bulan menghiasi langit Malaysia ialah setahun yang lalu, iaitu pada Julai 2018.

Screenshot 2019-06-25 at 10.39.31 AM.jpg

Gerhana Bulan Separa yang dirakam pada 31 Jan 2018. @shahgazer

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. Namun tidak semua gerhana ini berlaku dalam bentuk yang sama. Perbezaannya bergantung kepada kawasan bayang-bayang Bumi yang mana satu, yang sedang dilalui oleh Bulan.

Bayang-bayang Bumi ada 2 kawasan yang dikenali sebagai umbra (paling gelap) dan penumbra (kurang gelap).

Posisi Bulan yang sedikit ‘ke atas’ dari satah Matahari dan Bumi, menyebabkan hanya sebahagian sahaja yang akan terlindung dan memasuki kawasan bayang-bayang umbra Bumi. Kredit timeanddate.com

Orbit Bulan pula senget 5 darjah daripada satah orbit Bumi dan Matahari. Kesannya ialah, walaupun setiap bulan, Bulan akan berada segaris dengan Bumi dan Matahari, tetapi ada kalanya ia berada sedikit ke atas atau ke bawah daripada orbit Bumi. Jika ini berlaku, tiada fenomena gerhana akan berlaku.

Kali ini, Bulan akan kembali masuk ke kawasan bayang-bayang Bumi, tetapi disebabkan hanya sebahagian jasadnya sahaja yang akan masuk ke kawasan umbra, maka ia tidak akan gelap sepenuhnya. Justeru ia dipanggil sebagai Gerhana Bulan Separa.


Fasa Gerhana

Menurut Fred Espanak, waktu-waktu penting fasa gerhana ini adalah seperti di bawah. Saya telah menukar waktunya kepada waktu Malaysia atau mana-mana negara yang berbeza 8 jam dari waktu greenwich.


P1 – Fasa penumbra bermula (mula masuk ke dalam penumbra) – 2:43 am 17 Julai 2019


U1 – Fasa separa bermula (mula masuk dalam umbra) – 4:01 am 17 Julai 2019


Kemuncak Gerhana – 5:30 am 17 Julai 2019


U4 – Fasa separa tamat (keluar sepenuhnya dari umbra) – 6:59 am 17 Julai 2019


P4 – Fasa penumbra tamat (keluar sepenuhnya dari penumbra) – 8:17 am 17 Julai 2019


Berdasarkan waktu-waktu di atas, secara amnya hampir keseluruhan fasa Gerhana Bulan Separa dapat dilihat di seluruh Semenjung Malaysia. Cuma anda di Sabah dan Sarawak akan terlepas peluang untuk melihat fasa ketika Bulan mula keluar daripada kawasan umbra selepas kemuncak gerhana.

PLE2019.2019-06-25 10_37_56.gif

Animasi GIF menunjukkan laluan Bulan merentasi bayang-bayang Bumi.

Selain Malaysia, gerhana ini dapat dilihat di Australia, hampir keseluruhan Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.

Screenshot 2019-06-25 at 10.48.07 AM.jpg

Peta kawasan dunia yang dapat menyaksikan fenomena ini. Sumber.


Apa yang akan dapat dilihat?

Berikut adalah beberapa poin penting ketika melihat gerhana ini nanti.

  1. Gerhana Bulan Separa akan menyebabkan hanya sebahagian Bulan sahaja menjadi gelap.
  2. Bulan tidak akan menjadi kemerahan seperti Gerhana Bulan Penuh. Kita hanya dapat lihat bahagian putih terang dan gelap sahaja.
Screenshot 2019-06-25 at 9.58.02 AM.jpg

Fasa kemuncak Gerhana Bulan Separa pada jam 5:30 pagi, 17 Julai 2019.

Jangan keliru dengan paparan daripada aplikasi astronomi yang ada. Kebanyakkannya akan memaparkan warna merah pada bahagian gerhana tu. Hakikatnya jika kita lihat dengan mata kasar, ia tetap hitam.

Screenshot 2019-06-25 at 10.05.08 AM.jpg
Fasa Gerhana Bulan Separa yang dirakam oleh penulis pada 2017 yang lalu. @shahgazer 

Foto di atas dirakam pada 2017. Berdasarkan simulasi SkySafari 6 Pro, saya jangkakan bahagian umbra (gelap) ketika kemuncak gerhana ini nanti akan lebih besar/banyak berbanding kejadian 2017 yang lepas.

Screenshot 2019-06-25 at 10.10.13 AM.jpg

Ton warna kemerahan yang dirakam menerusi kamera, sebelum fasa gerhana bulan penuh yang berlaku pada Julai 2018 lepas. @shahgazer

Apabila diperiksa kembali foto-foto gerhana yang dirakam pada tahun lepas, saya dapati ton kesan warna kemerahan masih boleh dilihat tetapi hanya menerusi kamera sahaja. Foto di atas dirakam apabila saya menetapkan waktu dedahan yang agak lama. Bahagian Bulan yang terang akan kelihatan overexposed  tetapi bahagian gelapnya akan dapat dilihat lebih jelas dan ton kemerahan itu dapat dirakam.

Seingat saya, ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, saya syorkan bagi anda yang memiliki kamera DSLR, boleh cuba bermain-main dengan waktu dedahan bagi menampakkan warna itu.

Fakta lain ketika berlaku Gerhana Bulan Separa kali ini.

  1. Ia akan berlaku 2 minggu SELEPAS Gerhana Matahari Penuh yang akan dapat dilihat di Amerika Selatan pada 2 Julai 2019.
  2. Ia akan berlaku 5 bulan SEBELUM Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat di Malaysia pada 26 Disember 2019 nanti.
  3. Planet Zuhal akan berada di sebelah bawah Bulan, manakala Musytari sedang terbenam di ufuk barat.
  4. Bulan akan berada di dalam kawasan buruj Sagittarius, berhampiran dengan lingkaran Bima Sakti.
  5. Pluto berada hampir dengn Bulan, tetapi memerlukan teleskop yang besar untuk melihatnya. Mata kasar tak nampak.
  6. Ia berlaku awal hari Rabu. esoknya kerja. Jangan ponteng kerja! 😉

Selamat mencerap!

 

 

Saksikan Gerhana Matahari Penuh di Chile secara live di internet!

$
0
0
Screenshot 2019-06-30 at 10.45.08 AM.jpg

Kawasan di mana yang akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari nanti. Hanya pencerap yang berada di dalam garisan merah itu sahaja yang berpeluang menyaksikan fasa Gerhana Matahari Penuh. Sumber.

Lebih kurang 2 minggu sebelum kita menyaksikan Gerhana Bulan Separa, kita akan dapat menyaksikan terlebih dahulu fenomena Gerhana Matahari Penuh yang akan melintasi Lautan Pasifik, Chile dan Argentina pada awal pagi 3 Julai 2019 waktu Malaysia. Sebahagian besar negara Amerika Selatan akan turut dapat menyaksikan fasa Gerhana Separa juga.

Perjalanan yang agak jauh dan kos yang tinggi ini tidak memungkinkan saya pergi ke sana, walaupun angan-angannya tetap ada. Saya ada coretkan sedikit pengalaman saya menjejaki fenomena Gerhana Matahari Penuh di Amerika Syarikat dan Australia sebelum ini.

Screenshot 2019-06-30 at 10.48.19 AM.jpg

Fasa Gerhana Matahari Penuh yang berjaya dirakam oleh penulis ketika ekspedisi di Amerika Syarikat pada tahun 2017 lalu. @shahgazer

Bagi fenomena awal pagi Rabu ini, kita yang berada jauh dari kawasan gerhana tetap berpeluang menyaksikan momen ia berlaku menerusi pelbagai live strim yang disediakan pada hujung artikel ini.

Secara amnya, waktu fasa-fasa penting gerhana ini, dalam waktu Malaysia, telah dikira oleh laman web timeanddate.com seperti berikut:

Event UTC Time Time in Kuala Lumpur*
First location to see the partial eclipse begin 2 Jul, 16:55:13 3 Jul, 00:55:13
First location to see the full eclipse begin 2 Jul, 18:01:08 3 Jul, 02:01:08
Maximum Eclipse 2 Jul, 19:22:57 3 Jul, 03:22:57
Last location to see the full eclipse end 2 Jul, 20:44:46 3 Jul, 04:44:46
Last location to see the partial eclipse end 2 Jul, 21:50:34 3 Jul, 05:50:34

Waktu di atas tidak spesifik kepada bandar tertentu d Amerika Selatan, kerana bayang-bayang Bulan ini sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan pantasnya. Yang penting di sini ialah kita dapat anggaran waktu untuk menyaksikan menerusi live strim di internet.

Kalau dilihat di sini, waktu puncak Gerhana Matahari Penuh akan berlaku pada jam 3:22 PAGI, hari Rabu 3 Julai 2019 waktu Malaysia!

Chile ialah sebuah negara yang memiliki kawasan langit paling cantik dan bebas dari awan di dunia. Satu perkara yang menarik untuk gerhana kali ini ialah ia akan melintas tepat di salah sebuah balaicerap kepunyaan European Space Agency, iaitu La Silla Observatory! Sudah pasti pemandangannya nanti amat-amat menarik!

y8nAdgzti6qhxYo4vxnote-650-80.jpg

Lakaran artis yang menunjukkan pemandangan yang bakal dapt dilihat dari balaicerap La Silla di kawasan pergunungan Chile nanti. (Image credit: M. Druckmüller/P. Aniol/K. Delcourte/P. Horálek/L. Calçada/ESO)

Di bawah ialah senarai laman web utama yang akan menyiarkan fenomena ini secara langsung di internet. Saya akan tambah dari semasa ke semasa apabila maklumat atau pautan lain diumumkan.

Selamat menonton!


Exploratorium

Screenshot 2019-06-30 at 10.31.43 AM.jpg


Timeanddate.com


European Southern Observatory

Screenshot 2019-06-30 at 10.36.22 AM.jpg

Suasana menakjubkan Gerhana Matahari Penuh di Chile pagi tadi!

$
0
0

 

Screenshot 2019-07-03 at 4.48.48 AM

Momen fasa gerhana matahari penuh yang dlihat menerusi live streaming pagi tadi!

Menakjubkan! Itulah yang dapat disaksikan oleh jutaan penduduk sekitar Amerka Selatan, terutamanya di Chile, apabila bayang-bayang Bulan bergerak merentasi benua itu, dan menghasilkan fenomena Gerhana Matahari Penuh!

Apabila saya bangun sekitar jam 4 pagi tadi, tinjauan kasar menunjukkan kebanyakan daripada laman web sedang menyiarkan live strim daripada pelbagai lokasi. Namun, tumpuan saya ialah di sekitar balaicerap La Silla kepunyaan ESO, di mana ramai saintis dan ahli astronomi berkumpul dan menyaksikan satu pemandangan yang mengkagumkan dari kawasan 2400 meter dari aras laut!

Screenshot 2019-07-03 at 4.27.54 AM.jpg

Rangkuman 4 skrin youtube yang saya tonton serentak awal pagi tadi! Tamak benor! 😀

Jika anda ingin menontonnya sekali lagi, sila klik pautan-pautan di bawah

(Atas: Video ini ada temuramah dan merakam suasana pencerap di sekiar La Silla Observatory)

(Atas: Video ini fokus pada pemandangan sahaja)

(Atas: Video ini fokus pada Matahari sahaja)

Menjelang 10-15 minit sebelum Fasa Gerhana Penuh atau dikenali juga sebagai Totality, saya dapat lihat betapa gelisah dan terujanya si pemberita, dan juga beberapa orang yang ditemuramahnya!

Sekali sekala, kedengaran salah seorang pencerap itu menjerit countdown menjelang saat-saat gelap.

Screenshot 2019-07-03 at 7.30.12 AM.jpg

Sesi temuramah. 

Dalam masa 3 minit, mereka melaporkan suasana semakin kelam dan suhu jatuh mendadak. Saya boleh ingat kembali pengalaman saya sendiri di Australia dan Amerika Syarikat, memang sejuk!

Kemudian kedengaran juga planet Venus kelihatan di sebelah bawah Matahari, serta bintang Sirius.

OK la, susah nak taip.. link INI bermula menjelang 3-4 minit sebelum Totality, boleh saksikan sendiri!

Kemudian dalam masa beberapa saat menuju Totaliy, kelihatan langit sebelah barat sudah menjadi gelap. Ufuk kelihatan jelas dan tajam. Warna ufuk bertukar menjadi oren, kuning.

Screenshot 2019-07-03 at 7.38.34 AM.jpg

Warna ufuk kuning, langit menjadi gelap!

Tak lama selepas itu Fasa Penuh pun bermula! Kedengaran orang ramai berteriak. Pencerap yang ditemuramah tadi sibuk dengan rakaman.

Paling jelas, kita boleh dengar wartawan yang merakam video itu sendiri berasa amat kagum dan terkejut. Mungkin ini kali pertama dia tengok kot!

Sekali lagi, payah saya nak jelaskan dalam perkataan. Di bawah ialah pos tweet yang berjujuk-jujuk masuk ke dalam timeline twitter saya pagi tadi. Saya cuba komen yang termampu!


Screenshot yang saya buat dari youtube, gabungan beberapa momen suasana langit dan bayang-bayang Bulan yang bergerak begitu laju sekali!

 

Kesan bentuk yang dikenali sebagai Diamond Ring, boleh dilihat beberapa saat sebelum gelap dan beberapa saat ketika ia nak keluar. Foto ini ketika ia nak masuk ke fasa Totality.


@Cosmic_Carol merakam time lapse suasana pergerakan bayang-bayang Bulan menerusi iphone je!


Pemandangan gerhana dengan foreground-nya Balai Cerap LSST yang sedang dibina.


Sekitar atas pergunungan yang menempatkan La Silla Observatory!


Satelit NOAA GEOS-16 merakam pergerakan bayang-bayang Bulan merentasi Lautan Pasifik Selatan dan menuju ke Chile! Saya rasa ini antara gambar dari satelit yang paling jelas setakat ini!


Lagi foto menggunakan smartphone. Nampak gaya lepas ni boleh bungkuslah jualan kamera DSLR!


Yang ini sungguh menakjubkan. Saya rasa ia pemandangan dari kawasan bandar di Chile. Kena ingat ketika gerhana ini berlaku, ia waktu petang di sana… menjelang Maghrib. Maknanya Matahari memang rendah di ufuk!


Pengguna twitter @Cosmic_Carol begitu emosional ketika dia menggambarkan pengalamannya!


Pemandangan wide angle ini memang sungguh … menakutkan!


Yang ini pun menarik. Suasana pemerhati yang melihatnya dari kawasan pantai! MasyaAllah!


Bentuk imej Matahari seperti bulan sabit, ketika dalam fasa gerhana separa.  Saya ada terangkan sedikit mengenai efek imej Matahari ini menerusi video ringkas saya di FB di bawah (atau klik link ini).


Lagi rakaman time lapse yang sangat menarik. Kesan bayang-bayang Bulan bergerak tu memang jelas!


Rakaman oleh televisyen tempatan!


Momen yang dirakam oleh penduduk tempatan.


Dan di bawah ialah foto-foto Totaliy yang masih fresh di kongsi di twitter.


Kita tunggu lagi dalam masa beberapa hari, foto-foto yang lebih menarik pasti akan mula dikongsikan oleh pakar astrofoto yang merakamnya di sana.

Sesungguhnya feomena Gerhana Matahari Penuh adalah sesuatu kejadian dan bukti kekuasaan Allah SWT. Kagum, takut, insaf dan terpesona, semua perasaan itu akan bercampur-baur dalam momen fasa penuh yang amat singkat itu.

Gerhana Matahari Cincin yang kita akan dapat saksikan di Malaysia hujung tahun 2019 ini nanti JAUH BERBEZA dan TIDAK SAMA dengan fenomena Gerhana Matahari PENUH. Namun begitu, kita patut ambil peluang untuk merasainya nanti.

Kalau nak tunggu Gerhana Matahari Penuh muncul di Malaysia, kita kena tunggu tahun 2042! Kalau malas nak tunggu, jom kita gagahkan diri kumpul duit dan jelajah ke lokasi di mana gerhana penuh akan berlaku, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pengalaman yang akan diperolehi nanti pasti akan mengubah hidup anda!

Jangan lupa follow Twitter saya. Saya akan pos dan retweet foto-foto terbaru yang muncul sepanjang hari ini dan hari-hari akan datang.


 

Takwim lengkap 23 tahun Gerhana Matahari yang akan dapat dilihat di Malaysia (2019-2042)

$
0
0

Sebagai rujukan ringkas, berikut ialah tarikh-tarikh penting fenomena Gerhana Matahari (samada Separa, Cincin dan Penuh) yang akan merentasi Malaysia dan sekitar Asia Tenggara sahaja bermula dari tahun 2019 hingga 2042.

  • 26 Disember 2019 – GERHANA MATAHARI CINCIN DI MALAYSIA
  • 21 Jun 2020 – Gerhana Matahari Separa
  • 20 April 2023 – Gerhana Matahari Separa
  • 2 Ogos 2027 – Gerhana Matahari Separa
  • 22 Julai 2028 – Gerhana Matahari Separa
  • 13 Julai 2037 – Gerhana Matahari Separa
  • 26 Disember 2038 – Gerhana Matahari Separa
  • 20 April 2042 – GERHANA MATAHARI PENUH DI MALAYSIA!
  • 14 Oktober 2042 – GERHANA MATAHARI CINCIN DI MALAYSIA

Jenis gerhana ini mungkin berbeza dengan fenomena sebenar. Saya hanya letakkan apa yang kita akan dapat lihat dari langit Malaysia.

Sebagai contoh, pada 21 Jun 2020 fenomena sebenarnya ialah Gerhana Matahari Cincin, tetapi di Malaysia kita hanya dapat lihat fasa Gerhana Matahari Separa sahaja.

Tahun akhir ialah 2042 bersempena kembalinya Gerhana Matahari Penuh yang akan dapat dilihat dari Malaysia. Kali terakhir tanahair kita mengalami gerhana penuh ini ialah pada 24 Oktober 1995 !

Untuk dapatkan senarai lengkap fenomena ini yang berlaku di kawasan lain di dunia, boleh didapati dari laman web Xavier M. Jubier, NASA eclipse website atau  TimeandDate.com

Kongsi-kongsikan jika ia didapati bermanfaat. Terima kasih.


26 Disember 2019 – Gerhana Matahari Cincin

Screenshot 2019-07-04 at 5.15.35 PM.jpg

Sebahagian selatan Semenanjung Malaysia dan sebahagian Sarawak akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Cincin pada waktu tengahari. Kawasan lain Malaysia akan mengalami Gerhana Matahari Separa.

Oman, UAE, India, Indonesia dan juga sebahagian Malaysia (seperti di atas) akan mengalami Gerhana Matahari Cincin


21 Jun 2020 – Gerhana Matahari Separa

Screenshot 2019-07-04 at 5.17.23 PM.jpg

Keseluruhan Malaysia akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada lewat tengahari.

Afrika, Oman, India, China akan mengalami Gerhana Matahari Cincin.


20 April 2023 – Gerhana Matahari Separa

Screenshot 2019-07-04 at 4.49.02 PM.jpg

Keseluruhan Malaysia akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa. 

Di Australia dan Indonesia, akan mengalami Gerhana Matahari Penuh.


2 Ogos 2027 – Gerhana Matahari Separa

Screenshot 2019-07-04 at 4.58.31 PM.jpg

Semenanjung Malaysia akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari SEPARA rendah di ufuk barat menjelang Maghrib.

Mesir, Arab Saudi akan dapat mengalami Gerhana Matahari Penuh!


22 Julai 2028 – Gerhana Matahari Separa

Malaysia akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari SEPARA lewat pagi.

Australia dan New Zealand akan mengalami Gerhana Matahari Penuh!


13 Julai 2037 – Gerhana Matahari Separa

Screenshot 2019-07-04 at 5.09.08 PM.jpg

Sebahagian Semenanjung dan keseluruhan Sabah dan Sarawak akan menyaksikan Gerhana Matahari SEPARA pada lewat pagi.

Australia dan New Zealand akan mengalami Gerhana Matahari Penuh.


26 Disember 2038 – Gerhana Matahari Separa

Screenshot 2019-07-04 at 5.10.59 PM.jpg

Keseluruhan Malaysia akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa sedang terbit rendah di ufuk timur pada waktu pagi.

Australia dan New Zealand akan mengalami Gerhana Matahari Penuh.


20 April 2042 – GERHANA MATAHARI PENUH DI MALAYSIA!

Sabah dan Sarawak akan menyaksikan Gerhana Matahari Penuh. Semenanjung Malaysia akan mengalami Gerhana Matahari Separa.

Indonesia, Malaysia (atas) dan Filipina akan mengalami Gerhana Matahari Penuh


14 Oktober 2042 – Gerhana Matahari Cincin

Sebahagian Semenanjung Malaysia dan Sarawak akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Cincin pada awal pagi. Kawasan lain akan mengalami Gerhana Matahari Separa.

Malaysia (atas), Indonesia, Australia dan New Zealand akan mengalami Gerhana Matahari Cincin.


Saya ada juga menyenaraikan Gerhana Matahari Penuh yang akan berlaku di seluruh dunia dalam masa 10 tahun akan datang menerusi pos saya di FB di bawah.

Saksikan planet Zuhal di posisi istiqbal pula!

$
0
0

Giliran Zuhal pula! Selepas tengah malam nanti, jam 12:52 AM 10 Julai 2019, planet gergasi bergelang ini akan berada di dalam posisi bersetentang dengan Matahari, juga dikenali sebagai istiqbal atau opposition.

Ketika ini Bumi bergerak di antara Zuhal dan Matahari. Di langit, kita akan dapat lihat planet ini terbit sebaik sahaja Matahari terbenam pada waktu Maghrib. Ia akan kelihatan di langit sepanjang malam hinggalah ke Subuh.

Namun jangan keliru dan terlampau fokus kepada tarikh dan waktu di atas, kerana planet ini boleh je kelihatan setiap hari. Cuma momennya sahaja yang agak istimewa. Hakikatnya, planet ini akan mendominasi langit kita sepanjang bulan ini, Ogos, September malah hingga ke hujung tahun 2019!

Menerusi pandangan mata kasar, ia kelihatan seperti sebutir bintang kekuningan yang terang di sebelah timur. Ia berada di dalam buruj Sagittarius, berhampiran dengan kawasan lingkaran Bima Sakti yang terang tu!

Screenshot 2019-07-09 at 9.41.49 AM.jpg

Zuhal sudah mula kelihatan tinggi sekitar waktu Isya’ sekarang ni. 

Jika anda masih keliru dengan kedudukan planet ini di langit, jadikan Musytari sebagai panduan. Planet Musytari ini sungguh terang dan memukau pandangan kita di sebelah timur sebaik sahaja Maghrib. Berpandukan planet gergasi ini, arahkan pandangan ke bawah. Mata anda akan bertemu dengan sebutir ‘bintang’ yang terang, Itulah Zuhal!

Video Langit Minggu Ini 8-14 Julai 2019 ini ada menerangkan mengenai kedudukan Zuhal di langit.

Tahun ini, gelang planet Zuhal masih kelihatan luas dan terbuka. Sudut pandangan ini akan berubah dari tahun ke tahun, dan ada satu ketika kita akan melihatnya dari sudut tepi sahaja dan gelangnya seolah-olah seperti satu garis lurus!

Kita masih bernasib baik untuk tahun 2019 ini, ia masih cantik dan awesome.  Saya sempat rakam planet ini beberapa bulan lepas (foto bawah) dan inilah bentuknya jika kita lihat menerusi teleskop nanti.

47933368941_568f9e664b_z
Zuhal yang dirakam pada 25 Mei 2019 lepas. @shahgazer 

Ye betul, anda perlukan sebuah teleskop untuk melihat bentuk gelangnya. Planet ini berada amat jauh dari Bumi ia kelihatan kecil sahaja, walaupun secara realitinya ia hampir 10 kali ganda lebih besar daripada Bumi!

Maka, alat seperti teleskop diperlukan. Namun begitu teleskop kecil pun sudah memadai, tak perlu yang besar-besar. Rupa bentuk Zuhal ini unik dan lain daripada yang lain!

Janganlah pula risau jika anda pernah terbaca mengenai kemungkinan gelang ini akan hilang tak lama lagi. Ia bukanlah kejadian yang akan berlaku dalam jangka hayat manusia!

Muncul dan hilangnya gelang Zuhal ini adalah disebabkan paksi putaran Zuhal ini senget sedikit seperti Bumi. Kesannya ialah ketika Bumi dan Zuhal bergerak di dalam orbit, sudut pandangan terhadap gelang ini akan berubah-ubah.

Simulasi di bawah saya janakan menerusi SkySafari 6 Pro yang cuba menunjukkan perubahan sisi pandangan gelang itu dari hari ke hari selama beberapa tahun.

Fenomena istiqbal atau opposition ini berlaku bukan sahaja dengan Zuhal, tetapi semua planet yang berada di orbit di belakang Bumi. Ini termasuklah Marikh, Musytari. Uranus, Neptune, Pluto dan segala macam objek lain di sana!

Fakta menarik jika kita lihat tarikh-tarikh berlakunya istiqbal Zuhal ini sebelum ini, 23 Mei 2015, 3 Jun 2016, 15 Jun 2017, 27 Jun 2018 dan 10 Julai 2018, ia berlaku dalam selang masa lebih kurang 1 tahun 2 minggu di antara setiap satu momen ini berlaku!

Screenshot 2019-07-09 at 9.44.12 AM.jpg

Zuhal, Bumi dan Matahari segaris ketika saat berlakunya istiqbal planet Zuhal malam nanti.

Zuhal mempunyai 62 bulan semulajadi. Malangnya hanya satu sahaja bulannya yang terang dan mudah dilihat menerusi teleskop, iaitu Titan. Selebihnya amat kelam dan memerlukan samada teleskop yang amat besar atau merakamnya menerusi kaedah astrofotografi tertentu.

Foto dibawah di rakam dengan waktu dedahan yang lama dan juga ditindih (stacking) beribu-ribu frame. Saya berjaya merakam bulan kecil bernama Hyperion, bermagnitud 15.1 !

Screenshot 2019-07-09 at 9.37.02 AM.jpg

Zuhal dan sebahagian daripada bulan-bulannya. @shahgazer

Selamat mencerap!

 

 


Hayabusa2 melakar sejarah dengan berjaya mengumpul sampel bawah permukaan asteroid Ryugu

$
0
0

Semalam, prob angkasa kepunyaan Jepun, Hayabusa2, menjadi prob pertama di dalam sejarah penerokaan angkasa lepas yang berjaya mengumpul bahan-bahan di bawah permukaan sebuah asteroid. Menerusi data yag diperolehi daripada Hayabusa2 ini, Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) mengumumkan pendaratan serta perlepasan ‘peluru’ untuk tujuan pensampelan telah berjaya dilakukan.

Berdasarkan twit dari akaun rasmi @haya2e_jaxa , prob ini telah mendarat pada jam 10:06 am waktu Jepun semalam, 11 Julai 2019.

Jika ada yang masih ingat pada bulan Februari lepas, Hayabusa2 telah pun melakukan aktiviti yang serupa dengan menembak sebutir peluncur ke arah permukaan asteroid Ryugu ini dan menyebabkan debu-debu di atas permukaan asteroid ini terhambur keluar dan dikumpulkan oleh prob berkenaan.

Kali ini ia sedikit berbeza. Misi semalam ialah untuk mengumpul bahan-bahan DI BAWAH permukaan asteroid ini. Sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh manusia dan juga amat penting dalam usaha kita mempelajari proses pembentukan awal sistem suria ini.

Apa yang telah dilakukan oleh Hayabusa2 ialah pada bulan April lepas, ia telah melepaskan satu alat penghentam (impactor) yang diperbuat daripada tembaga. Hasil hentaman kuat itu, ia telah membentuk sebuah kawah buatan manusia yang mana di sekeliling kawah itu dipenuhi dengan habuk dan debu yang terkeluar daripada bawah permukaan. Bahan-bahan ini amat penting bagi saintis kerana ia terpelihara daripada kesan cuaca angkasa yang terdiri daripada sinaran kosmik dan partikel yang datang daripada Matahari.

Dalam erti kata lain, bahan-bahan ini ‘masih suci’… ‘suci dalam debu’!

Pada 9 dan 10 Julai, prob ini telah perlahan-lahan bergerak menghampiri asterod ini. Kita kena ingat, graviti asteroid ini amat lemah. Pengendali prob ini terpaksa menggunakan penujah roket secara berhati-hati. Kemudian apabila ia berada pada jarak 30 meter di atas permukaan, prob ini mengesan kembali ‘kawah buatan manusia’ tadi dan secara automatik menyelaraskan kedudukan supaya berada tepat di atasnya. Prob ini pun melakukan pendaratan.

Pendaratan ini berlaku dalam masa beberapa saat sahaja. Ketika itu ia sekali lagi menembak dengan satu peluncur kecil. Ini menyebabkan sekali lagi habuk dan debu terpelanting keluar dari bawah permukaan asteroid itu dan masuk ke dalam tiub pengumpul.

Menarik di sini ialah, kita tak akan tahu berapa banyak sampel yang telah berjaya masuk ke dalam tiub ini, sehinggalah Hayabusa2 kembali ke Bumi nanti.

Misi kedua ini mempunyai risiko yang amat tinggi. Hayabusa2 telah pun melakukan pengumpulan sampel dalam pendaratan pertamanya pada Februari lepas. Maknanya jika misi kedua ini gagal dan prob ini rosak atau gagal berfungi, saintis akan kehilangan kesemua sampel yang cuba di bawa pulang tu!

Namun begitu, berdasarkan apa yang dikatakan oleh ahli pasukan Hayabusa 2, Takashi Kubota, seperti mana dilaporkan oleh New Scientist, “Ia adalah suatu kejayaan, kejayaan yang besar. Kami telah berjaya melaksanakan semua prosedur yang dijadualkan”.

Kalau tengok gambar di bawah ni pun, kita dah boleh agak samada berjaya atau tidak misi kali ini!

Foto di bawah dirakam pada jam 10:08:53 JST, 11 Julai 2019 ketika Hayabusa2 sedang naik semula. Boleh lihat kesan hemtaman peluncur tu!

(Image credit ※: JAXA, University of Tokyo, Kochi University, Rikkyo University, Nagoya University, Chiba Institute of Technology, Meiji University, University of Aizu and AIST.)

Foto di bawah ini pula menunjukan momen prob sedang berada di atas permukaan asteroid ini.

Foto menerusi kamera CAM-H (Kredit: JAXA)

Dan yang ini ialah keadaan permukaan yang telah dihentam, lebih kurang 4 saat selepas pendaratan tadi!

Foto menerusi kamera CAM-H (Kredit: JAXA)

 

(Jika tiada gambar yang keluar di atas, sila ke link asal ini)

Selepas ini prob Hayabusa2 akan mula bersiap sedia kembali ke Bumi lewat tahun 2020 nanti. Sampel-sampel ini dijangka akan dilepaskan masuk ke atmosfera Bumi, manakala prob utama Hayabusa2 ini akan kekal di angkasa lepas. Khabarnya mungkin jika JAXA ada bajet lebih, ia akan menziarah asteroid lain pula!

Keseluruhan misi ini sungguh mengkagumkan. Saya suka melihatnya daripada sudut teknologi kawalan dan betapa terperincinya perancangan dalam sistem perkomputeran yang dibangunkan oleh JAXA.

Bayangkanlah, semua ini berlaku di atas sebuah asteroid kecil bersaiz 870 meter sahaja dan berada sejauh 290 JUTA km daripada Bumi! Isyarat yang dihantar ke sana terpaksa mengambil masa 20 minit dan ketepatan pergerakan prob ini mendarat di atas Ryugu dalam ralat 1 meter sahaja!

Anak beranak Ultraman sure bangga!

 

Tiba-tiba je asteroid 2019 OK melintasi Bumi Khamis lepas. Nasib baik OK!

$
0
0
U3XHF4GQUJGW3JCIPMYMMWL3EE

Lakaran artis, asteroid 2019 OK yang melintasi Bumi pada jarak hanya 1/5 jarak ke Bulan!

Aduss.. nyaris tu!! Kalau sesiapa yang terbaca berita astronomi beberapa hari lepas pasti akan terserempak dengan sebuah berita mengejutkan di mana sebuah asteroid yang agak besar, telah melintasi di antara Bumi dan Bulan. Lebih mengerikan ialah asteroid ini hanya diketahui laluannya sehari sebelum ia melintas!

makk aiii

Asteroid yang bernama 2019 OK (…mujurlah nama dia ‘OK’ ) telah dikesan oleh ahli astronomer di balai cerap SONEAR di Oliveria, Brazil pada sekitar tengah malam (waktu UTC) pada 24 Julai. 10 jam kemudian, satu lagi pasukan yang mengendalikan projek ASAS-SN (All-Sky Automated Survey for Supernovae) telah mengesan objek yang sama.

Menurut Kris Stanek, seorang professor astronomi yang juga salah seorang penyelidik utama ASAS-SN, “Data telah menunjukkan sesuatu sedang bergerak dan bergerak amat laju! Teleskop-teleskop kami merakam dengan tetapan dedahan 90 saat, dan benda itu bergerak di dalam setiap rakaman tersebut! Jadi kami terpaksa mengenalpasti apakah benda itu kerana ia bergerak amat pantas!”

Asteroid 2019 OK ini bergerak pada kelajuan 20km/saat dan ketika ia melintasi Bumi kita, ia berada pada jarak 80,000 km, lebih kurang 1/5  jarak Bumi-Bulan! Ia berlaku antara jam 9:00am hingga 10:00am 25 Julai 2019 waktu Malaysia.

Saiz asteroid ini dijangkakan antara 60-130 meter, cukup besar untuk menghancurkan sebuah bandaraya besar jika ia terhempas ke Bumi.

Menurut Stanek lagi, jika saiz asteroid ini ialah 100 meter dan berlanggar dengan Bumi, tenaga yang terhasil menyamai letupan TNT seberat 5 tan dan akan menghasilkan sebuah kawah sebesar 1 km.

Sebenarnya, asteroid 2019 OK ini tidaklah istimewa pun. Ia dikategorikan sebagai sebuah asteroid yang kecil. Namun, jika dibandingkan dengan objek-objek Near-Earth-yang lain, ia agak besar. Orbitnya juga agak unik kerana pada poin paling jauh ia berada lebih jauh dari Marikh, dan ketika ia berada paling dekat dengan Matahari, ia berada di persekitaran orbit Utarid dan Zuhrah.

Disebabkan ia berlaku secara tiba-tiba, tidak banyak ulasan yag dibuat (atau sempat dibuat!). Berbeza dengan isu viral asteroid 2002 NT7 yang lalu! Namun apa yang pasti , aktiviti pemantauan langit terhadap objek-objek yang berpotensi membawa bencana kepada Bumi semakin rancak dilakukan.

Unik dalam kes 2019 OK ini ialah, salah sebuah balai cerap yang menemui asteroid (ASAS-SN) ini sebenarnya sedang mengkaji dan memantau langit untuk letupan supernova. Sistem ASAS-SN ini menarik untuk dibaca kerana ia mempunyai 20 buah teleskop kecil (yang juga sebenarnya hanya lens kamera) yang diletakkan pada 4 buah lokasi di seluruh dunia: Hawaii, Texas, Chile dan Afrika Selatan.

Bidang kajian objek-objek bahaya ini semakin banyak dibuat. Kewujudan sistem teleskop robotik yang membuat pemantauan dan rakaman automatik setiap malam telah membolehkan lebih banyak asteroid berbahaya ini ditemui. Saya jangkakan apabila Large Synoptic Survey Telescope mula beroperasi, ia bakal merancakkan lagi bidang ini.

Apa pun, dalam kes asteroid 2019 OK ni, … setakat ni kita semua OK selamat, Alhamdulillah!

LightSail 2 – kapal angkasa pertama terbang menggunakan layar solar!

$
0
0

Berlayar di angkasa dengan cahaya matahari. Perghhh.. bunyi macam cerita dongeng zaman 50an. Hakikatnya telah ada pun kapal angkasa yang sedang melakukan demikian!

LightSail 2 , sebuah satelit kecil yang dilancarkan ke orbit hasil project sumbangan orang ramai atau crowdfunded dan juga projek yang dikawal selia oleh The Planetary Society telah berjaya bergerak ke orbit yang lebih tinggi, dengan hanya menggunakan tenaga solar!

Minggu lepas, setelah dilancarkan dari Kennedy Space Center, Florida di atas roket SpaceX Falcon Heavy, kapal angkasa ini telah berjaya mengeluarkan layar solar (solar sail) yang diperbuat daripada bahan Mylar yang dialuminiumkan.

20190725_c2_2019-07-23_184851-11_v0_web_f840.jpg

Layar solar yang berjaya dikeluarkan. Kredit Planetary Society.

Sejak beberapa hari yang lepas, pengendali misi ini telah cuba menghalakan layar ini ke kedudukan yang optimum untuk menerima cahaya Matahari. Kemudian dengan hanya menggunakan tenaga suria yang dikumpulkan oleh layar tersebut, mereka telah berjaya menaikkan orbit Lightsail 2  ini pada jarak 2 km! Poin paling tinggi ini juga dikenali sebagai apogee. Jarak yang sama, 2 km ke bawah, turut dicapai apabila kapal angkasa kecil ini bergerak ke poin paling rendah atau perigee.

20190731_apogeegraph-02_f840.png

The Planetary Society / Data oleh NXTRAC 

Pergerakan yang semakin rendah ini konsisten dengan kesan seretan atmosfera Bumi yang nipis yang masih wujud pada ketinggian itu.

Menurut Bruce Betts, “Kami sangat gembira untuk mengumumkan kejayaan misi LightSail 2. Kriteria kami ialah untuk menunjukkan pergerakan terkawal sebuah CubeSat dengan mengubah orbit kapal angkasa ini dengan hanya menggunakan tekanan cahaya daripada Matahari. Sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini dan saya amat berbangga dengan pasukan ini”

Lightsail 2 telah menjadi kapal angkasa pertama yang digerakkan oleh layar solar di dalam orbit Bumi. Ia juga merupakan kapal angkasa kedua yang berjaya menggunakan teknologi pelayaran solar ini, selepas misi IKAROS oleh Jepun (yang dilancarkan pada tahun 2010).

Setelah sebulan berada di orbit, Lightsail 2 akan kembali masuk jatuh ke dalam atmosfera Bumi. Jangkaan ini akan berlaku dalam masa lebih kurang setahun. Layar solar yang besar ini mungkin akan dapat dilihat melintasi langit pada momen ia berlaku nanti.

Laman khas Lightsail 2 Mission Control ini ada menunjukkan kedudukan terkini kapal angkasa ini berada di dalam orbit. Mungkin ada pemerhati langit di Malaysia bernasib baik dapat melihatnya nanti kot.

Sumbangan crowdfunding projek LightSail 2 ini mencecah $7 juta dollar, hasil daripada para dermawan 50,000 ahli Planetary Society, serta orang perseorangan dari lebih 100 buah negara!

Untuk rujukan lebih lanjut sila ke pautan di bawah.

 

 

 

Meteor Perseids memuncak pada 13 Ogos nanti, tapi…

$
0
0

Juraian meteor Perseids akan memuncak menjelang Subuh hari Selasa minggu hadapan, 13 Ogos 2019. Meteor ini merupakan di antara juraian meteor yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat astronomi dan pemerhati langit. Jadi, apakah kebarangkalian dan prospek kenampakan meteor ini untuk tahun ini?

Tarikh kemunculan meteor.

Meteor Perseids akan mula kelihatan di langit bermula dari 17 Julai hingga 24 Ogos. Meteor-meteor ini akan mudah kelihatan dari tengah malam hinggalah menjelang Subuh. Pada awal pagi 13 Ogos nanti, bilangan meteor ini akan menjadi paling banyak.

Bilangan meteor

Dijangkakan akan kelihatan di antara 50-75 meteor setiap jam pada awal pagi tersebut. Namun nombor itu adalah dari kawasan luar bandar. Jika kita cuba melihatnya dari kawasan bandar, atau dari kawasan yang dicemari cahaya, bilangannya akan jauh rendah.

Nilai ZHR atau Zenithal Hourly Rate merupakan jumlah meteor jika dilihat dari kawasan sempurna gelap dan juga titik radian meteor ini berada tegak di atas kepala.

Di dalam kes Perseids ini, nilai ZHR-nya ialah 100. Memang banyak! Tetapi kita harus bersikap realistik dan mengambil kira kedudukan titik kemunculan ini dari langit Malaysia, serta keadaan persekitaran.

Gangguan cahaya Bulan.

Untuk tahun 2019 ini, pada 13 Ogos nanti, Bulan berada pada fasa hampir purnama. Ia akan hanya terbenam pada jam 5 pagi (Semenanjung). Ini bermaksud kita hanya akan memperolehi 1 jam langit yang gelap tanpa gangguan cahaya Bulan, untuk benar-benar menikmati kemunculan meteor Perseids ini!

Screenshot 2019-08-08 at 8.57.24 PM.jpg

Bulan berada dalam fasa hampir purnama pada awal pagi 13 Ogos 2019 nanti.

Walaupun begitu, janganlah berasa kecewa. Kita masih boleh melihat kemunculan meteor Perseids yang cerah-cerah sepanjang malam itu. Namun janganlah harap bilangannya nanti akan menjadi banyak!

Arah pandangan

Meteors Perseids akan muncul dari kawasan buruj Perseus yang berada di langit timur laut. Buruj ini akan terbit sekitar jam 1 pagi dan menjelang 5 pagi, ia agak tinggi di langit timur laut.

5 pagi langit Semenanjung Malaysia (6 pagi langit Sabah). SImulasi Sky Safari 6 Pro

Arahkan pandangan kita jauh daripada Bulan. Cari kawasan langit yang paling jauh dari gangguan cahaya Bulan, sebagai contoh arah timur. Kawasan inilah peluang terbaik untuk melihat bilangan meteor yang ‘agak banyak’.

Cara melihatnya

Setelah mendapat lokasi langit gelap yang paling ideal, lakukan cerapan meteor ini dengan hanya menggunakan mata sahaja. Kita tidak perlukan teleskop. Meteor-meteor ini akan muncul di mana-mana kawasan langit.

Cuba cari kawasan lapang yang tiada gangguan atau halangan. Kawasan padang atau tepi pantai adalah yang terbaik. Carilah kawasan yang tidak diganggu oleh cahaya seperti cahaya lampu jalan, lampu rumah atau kawasan lalu-lalang kenderaan.

Jangan sekadar menjenguk di luar tingkap 2 minit kemudian complain tak nampak meteor! Saya dah dengar banyak kisah seperti ini!

Suasana cerapan meteor di Sabah, pada tahun 2016. Foto kredit Harris Jefrrey

Cara yang betul ialah, kita kena berada dalam keadaan rileks dan berbaring. Hamparkan tikar atau kalau segan nak baring, carilah ‘kerusi malas’ yang boleh disengetkan. Jangan berdiri sambil mendongak! Ia akan mengakibatkan sakit tengkuk yang kronik pada keesokan paginya! Jangan cari nahas!

Merakam dalam kamera.

Lupakan saja kamera dalam telefon bimbit tu! Cara yang betul ialah dengan menggunakan kamera DSLR dan lens yang wide-angle. Rakamkan seberapa banyak shot yang boleh dengan waktu dedahan yang paling lama, sebagai contoh 30 saat.

p02z15bg.jpg

Kamera DSLR adalah alat rakaman meteor terbaik.

Disebabkan adanya Bulan, disarankan halakan kamera itu ke kawasan berlawanan arah daripada cahaya Bulan.

Berdasarkan maklum balas penjejak meteor yang ada, bilangan meteor yang berjaya dirakam dalam kamera jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang kita dapat lihat dengan mata! Maka, jangan hairanlah jika di antara beribu-ribu frame yang dirakam, mungkin ada hanya 3-4 keping sahaja yang ada meteor!

Semoga berjaya!

Wallahua’lam

Cara paling selamat mencerap Gerhana Matahari

$
0
0

Pada 26 Disember 2019 nanti, kita berpeluang menyaksikan sekali lagi fenomena Gerhana Matahari. Seluruh penduduk Malaysia dan Asia Tenggara berpeluang melihat Bulan menutupi sebahagian daripada Matahari.

Namun begitu, saya ingin mengingatkan agar anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika melihat ke arah Matahari.

AMARAN! JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG TEPAT KE ARAH MATAHARI!

Cahaya Matahari amat terang dan berbahaya. Mata kita akan rosak kekal, terbakar dan buta jika kita memandang terus ke arah Matahari.

Oleh itu, cara PALING SELAMAT yang disyorkan ialah dengan menggunakan kaedah Kamera Lubang Pin.

Berikut ialah beberapa video yang menunjukkan cara mudah untuk membina alat ini. Walaupun tak canggih, tetapi ia adalah cara PALING SELAMAT.

Jika anda telah membina sebuah kamera lubang pin, kongsikan dengan saya menerusi link youtube. Saya akan letakkan video anda di sini sebagai panduan rakan-rakan kita yang lain!

Jom sains!

kjhdkjf

Viewing all 396 articles
Browse latest View live