Malam semalam menerusi twitter, begitu banyak posting yang mengenai Balai Cerap Arecibo yang akhirnya telah runtuh.
Menurut tweet dari National Science Foundation, badan yang memberi dana kajian di balai cerap ini, pelantar peralatan telah runtuh dan jatuh ke atas cakera di bahagian bawah.
The instrument platform of the 305m telescope at Arecibo Observatory in Puerto Rico fell overnight. No injuries were reported. NSF is working with stakeholders to assess the situation. Our top priority is maintaining safety. NSF will release more details when they are confirmed. pic.twitter.com/Xjbb9hPUgD
Gambar awal (bawah) daripada kawasan kejadian jelas menunjukkan ‘hilangnya’ pelantar seberat 900 tan yang sepatutnya berada tergantung di atas cakera bersaiz 1000 kaki itu. Tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Ayer fue la última vez que visite esta belleza de lugar. Lamentablemente agonizaba. Aquí imágenes de ayer y hoy. pic.twitter.com/jWuAwtUc1s
Menurut NFS lagi, teleskop ini runtuh sekitar jam 11:55 GMT hari Selasa, bersamaan 7:55 petang waktu Malaysia semalam. Siasatan awal menunjukkan bahagian atas menara yang memegang peralatan seberat 900 tan itu telah patah!
Menurut Jonathan Friedman, yang tinggal berdekatan dengan balai cerap ini dan juga telah bertugas sebagai rakan penyelidik kanan selama 26 tahun di sini, “ia bunyi seperti guruh. Apabila saya dengar bunyi tersebut, saya dah dapat agak apa yang telah berlaku!”
Foto: Getty Images
Video dari dron di bawah menunjukkan dengan jelas sejauh mana kerosakan yang telah berlaku ke atas cakera gergasi Arecibo ini
Tweet di bawah menunjukkan gambar dari sebuah kapal terbang.
Dennis Vazquez via Facebook: He took these pictures of the collapse of the Arecibo Observatory. You can see the debris and the remains of the platform and the Gregorian Dome. pic.twitter.com/xneOGSVFYi
Banyak tweet daripada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan balai cerap ini mula membanjiri timeline twitter pagi ini.
Ada petisyen yang inginkan balai cerap ini diperbaiki dan dibangunkan semula. Namun tiada siapa tahu apakah perancangan NFS selepas kejadian ini.
Apa pun dengan rosaknya Balai Cerap Arecibo ini, dunia kini terpaksa bergantung kepada sebuah lagi Teleskop Radio gergasi, FAST, kepunyaan negara China.
China sekali telah berjaya menghantar sebuah lagi prob ke Bulan.
Misi yang diberi nama Chang’ e 5 ini bertujuan untuk mengumpul dan membawa 2 kg ‘tanah’ atau regolith Bulan, kembali ke Bumi untuk kajian susulan.
Menurut agensi angkasa China, prob pendarat (lander) telah mendarat pada jam 10:11 malam waktu Malaysia semalam, 1 Disember 2020. Lokasi ia mendarat ialah di kawasan Mons Rumker, sebuah kawasan yang kompleks dengan aktiviti purba gunung berapi.
Lokasi mendaratnya prob Chang’e 5. Sumber NASA/JPL
Chang’e 5 membawa beberapa peralatan seperti kamera, spektrometer, radar, ‘senduk’ dan sebuah gerudi!
Model Chang’e 5 yang dipamerkan di Beijing Aerospace Control Center (BACC). (Foto/Xinhua)
Kali terakhir misi seperti ini yang telah berjaya membawa pulang 200 gram regolith atau tanah Bulan, ialah 44 tahun lepas oleh Soviet Luna 24.
Ketika proses pendaratan sedang berlaku, siaran TV di China tidak melaporkan secara live. Hanya selepas berjaya mendarat, foto saat-saat akhir bayang-bayang salah satu ‘kaki’ prob ini telah dikongsi.
Pagi ini, berita terbaru telah dilaporkan yang mana Chang’e 5 sudah pun memulakan proses menggerudi permukaan Bulan dan mula mengumpulnya.
Salah satu frame gambar ketika Chang’e 5 sedang melakukan pendaratan.
Dijangkakan kerja-kerja penggerudian ini akan berlangsung selama 2 hari. Selepas itu, ia akan dihantar ke sebuah lagi modul prob ini (yang sedang mengorbit Bulan), dan dihantar kembali ke Bumi.
The first drilling for samples by the Chang'e-5 lander started ~17:15 & will conclude in a few minutes. Maybe too late for an update from China. A first surface sampling will follow in a few hours. As the scoop arm has cameras, we may get good footage of this. pic.twitter.com/FGxZs7apqz
Sebelum ini, sejumlah 400 kg batu dan tanah telah dibawa pulang ke Bumi menerusi misi oleh Amerika Syarikat dan Soviet. Namun semua sampel ini amat tua, berusia sekitar 3 bilion tahun. Kawasan pandaratan Chang’e 5 ini lebih muda yang mana tanah-tanah di sini berumur sekitar 1.2-1.3 bilion tahun. Ini bakal memberi pengetahuan baru mengenai sejarah geologi Bulan.
Ketika artikel ini ditulis, begitu banyak berita terbaru sedang dikongsikan mengenai proses penggerudian Chang’e 5 ini. Boleh lungsuri timeline tweet di sini.
Global Times learned from the China National Space Administration (CNSA) that, as of 4:53 am Wednesday, the Chang'e-5 probe's lander-ascender combination had completed drilling the moon surface and sealed its collected samples. https://t.co/PEPngMa96gpic.twitter.com/pnr8tIoF80
Masih ingat misi Hayabusa2? Pada tahun lepas kapal angkasa kepunyaan Jepun, Hayabusa2 telah berjaya di dalam misinya untuk mengumpul sampel daripada sebuah asteroid bernama Ryugu.
[5 days until our return to Earth] Today’s memory is “the moment you collect the history of the Solar System”.
📷 Images captured on July 11, 2019 from 10:03:54 ~ 10:11:44. 10 x speed video by the small monitor camera (CAM-H) during the 2nd touchdown. pic.twitter.com/Fe7yfwx7dn
Akhirnya setelah hampir setahun perjalanan dan terbang sejauh 300 juta km, ia semakin menghampiri Bumi dan pada 6 Disember 2020 nanti, ia dijadualkan akan menghantar sampel itu kembali di dalam sebuah kapsul kecil.
Lokasi tempat ia ‘turun’ ialah Australia!
JAXA, agensi angkasa negara Jepun, merancangkan untuk menjatuhkan kapsul berharga ini di kawasan yang hampir tiada penduduk di negara Australia. Semua sedia maklum, Australia ini sebuah negara yang besar tetapi kepadatan penduduknya amat rendah. Kalau sesiapa yang pernah travel di kawasan outback negara itu mesti dapat faham betapa ‘kosong’nya negara itu!
Kapsul yang dilindungi oleh perisai haba ini akan bertukar menjadi seperti sebuah meteor apabila ia masuk ke dalam atmosfera Bumi pada ketinggian 200 km. Apabila ia sampai pada 10 km dari Bumi, payung terjunnya akan dibuka dan isyarat suarnya akan dihantar untuk memberitahu lokasi ia mendarat dengan lebih tepat.
Menurut laporan dari twitter JAXA, beberapa staf mereka telah pun memasang beberapa cakera satelit di lokasi-lokasi strategik untuk menangkap isyarat tersebut. Radar, dron dan helikopter juga akan digunakan dalam misi pencarian kapsul ini nanti.
Menurut pengurus projek misi Hayabusa2, Makoto Yoshikawa, tanpa persediaan rapi seperti itu, adalah amat susah untuk mencari kapsul sebesar 40 cm ini!
Sampel dari asteroid Ryugu ini bakal menyimpan maklumat berharga mengenai sejarah pembentukan sistem suria kita. Disebabkan sampel yang dikumpul ini adalah dari bawah permukaan asteroid itu, ia masih ‘suci’ dan tidak tercemar oleh radiasi angkasa lepas dan faktor-faktor persekitaran lain.
Setelah prob Hayabusa2 ini melepaskan kapsul ke Bumi, misi ini sebenarnya belum tamat lagi. Prob angkasa ini akan meneruskan perjalanan dan menuju ke sebuah lagi asteroid kecil bernama 1998KY26. Namun perjalanan ini masih jauh dan kita terpaksa menunggu 10 tahun lagi untuk ia sampai!
Semoga sukses dan selamat sampai! Kita tunggu berita lanjut selepas ini.
Itu bukan meteor, itu ialah Fireball Hayabusa2!! Foto kredit Collection Team M
Sampai dah! Kapsul Hayabusa2 yang membawa sampel asteroid Ryugu telah selamat mendarat di Woomera, Australia sekitar tengah malam tadi!
Ini merupakan kali kedua dalam sejarah manusia, kita telah membawa balik sampel dari sebuah asteroid. Kali terkahir ialah misi dari Jepun juga, iaitu Hayabusa yang berjaya mengambil sampel dari sebuah asteroid bernama Itokawa pada tahun 2010.
Keunikan misi ini ialah ini adalah kali pertama sampel dari BAWAH PERMUKAAN asteroid yang berjaya dibawa pulang ke Bumi.
Akaun rasmi twitter Hayabusa2 sibuk dengan ciapan status proses pendaratan kapsul tersebut.
Balai Cerap National Astronomical Observatory of Japan (NAOJI) telah merakam prob Hayabusa2 dan kapsul yang dilepaskannya menerusi teleskop bersaiz 50cm.
Balai Cerap NIshi-Harima Observatory juga telah berjaya mengesan dan merakam kapsul itu.
The estimated landing time for the capsule is between 02:47 ~ 57 JST. Capsule landing is coming soon!
Pendaratan dijangka akan berlaku dalam julat masa 10 minit, antara jam 2:47 hingga 2:57 waktu Jepun. Mengkagumkan apabila mereka dapat mengira dengan begitu tepat sekali!
[Capsule Separation Operation] Due close proximity to the Earth, the spacecraft was invisible to ground antenna and communication was interrupted. However, communication with the Goldstone station began again at 03:15 JST. This elicited a big applause in the control room!
Akhirnya, pada jam 4:47 JST, kapsul tersebut telah berjaya dijumpai di lokasi yang dirancangkan! Wow! Tahniah!
Berikut merupakan antara foto awal dari Australia, yang menunjukkan momen kapsul tersebut masuk ke dalam atmosfera Bumi seperti sebuah meteor!
Images of the re-entry capsule fireball! We have posted short videos of the re-entry capsule as it passed through the Earth's atmosphere, captured from near Coober Pedy in Australia. Link: https://t.co/wFHcICc7L1
Foto di atas dirakam berhampiran Coober Pedy, Australia.
This video is AMAZING—the Hayabusa-2 sample capsule punching through the atmosphere, starting at 11 kilometres per second and reaching a temperature of about 3,000°C at peak heating!
Kumpulan pengumpul Team M merakam fireball yang terhasil dari lokasi!
Just spotted #hayabusa2 from #ISS! Unfortunately not bright enough for handheld camera, but enjoyed watching capsule! Thanks Houston & Tsukuba for pointing information!!!
— NOGUCHI, Soichi 野口 聡-(のぐち そういち) (@Astro_Soichi) December 5, 2020
Angkasawan Jepun di ISS, Soichi Noguchi melaporkan beliau telah dapat melihat lintasan kapsul tersebut dengan jelas!
Sila lihat video rakaman dari ISS di atas, Agak kurang jelas tetapi masih boleh dilihat. Skrol ke 13m 27s.
Today (12/6) at 07:32 JST the capsule collection work at the landing site was completed. From now onwards, we being shipping to the local headquarters.
Ketika artikel ini ditulis, masih belum ada foto aktiviti pencarian yang dikongsi. Nak tengok juga bagaimana rupa paras kapsul itu setelah menyala-nyala apabila ia masuk dalam atmosfera Bumi tu!
Apa pun tahniah kepada JAXA. Saya pun agak risau takut-takut kapsul ini tidak berjaya mendarat dengan selamat, tetapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Follow twitter saya dan falakonline untuk berita terkini misi Hayabusa2 ini.
Meteor Geminids akan memuncak pada tarikh 13 dan 14 Disember setiap tahun. Tahun 2020 ini juga akan jatuh pada tarikh yang sama.
Lingkaran habuk dan debu dari asteroid 3200 Phaethon dipercayai sumber kepada juraian Meteor Geminids.
Menurut International Meteor Organization (IMO), saat meteor ini akan memuncak agak lama dan boleh menjangkau hampir 24 jam. Ini bermakna, seluruh dunia berpeluang besar untuk menikmati momen menarik ini.
Bagi tahun 2020, waktu kemuncaknya bermula dari jam 4 pm 13 Disember HINGGA 2 pm 14 Disember waktu Malaysia.
Berdasarkan kiraan di atas, bermula TENGAH MALAM hingga ke SUBUH 14 Disember 2020 adalah waktu paling sesuai untuk kita mencerap di Malaysia.
Dari kawasan manakah meteor ini akan muncul?
Meteor Geminids kelihatan muncul dari arah buruj Gemini, di langit sebelah utara. Buruj ini berada di sisi kiri bawah dari buruj Orion (yang saya rasa majoriti daripada kita dah kenal pun!)
Titik munculnya meteor-meteor ini dipanggil sebagai titik radian.
Namun harus diingat, jangan hanya tumpu ke arah buruj Geminid ini. Meteor-meteor ini akan muncul di mana-mana sahaja di seluruh kawasan langit!
Kedudukan titik radian (titik munculnya meteor Geminids) yang berada di buruj Gemini, pada waktu selepas tengah malam 14 Disember 2020 nanti. Simulasi SkySafari 6 Pro
Berapakah jumlah meteor yang akan kelihatan?
Jumlah meteor yang muncul dalam skala Zenithal Hourly Rate (ZHR). Nilai ini memberitahu kepada kita bilangan meteor yang kelihatan jika titik radian berada tegak di atas kepala dan dicerap dari kawasan yang betul-betul gelap tanpa gangguan cahaya langsung.
Di dalam kes Geminids ini, ZHR-nya adalah antara 140 hingga 150 meteor dalam masa sejam dijangka akan kelihatan.
Jadi, di Malaysia, berapakah bilangan sebenar meteor Geminids ini akan muncul?
Disebabkan kedudukan radian Geminids dari langit Malaysia tidak akan tegak di atas kepala, maka bilangan meteor yang kelihatan nanti jauh berkurangan daripada yang dijangka.
Selain itu, kena ambil kira faktor lokasi cerapan juga. Jika anda cuba melihat kemunculan meteor-meteor ini dari kawasan bandar atau banyak cahaya, mungkin dalam sejam anda hanya dapat lihat 10 atau kurang.
Adakah cahaya Bulan akan mengganggu tahun ini?
Bulan akan memasuki fasa Bulan Baru pada 15 Disember 2020. Ini bermakna kita bernasib baik mempunyai langit yang gelap dan tiada gangguan silau cahaya daripada Bulan.
Di lokasi manakah terbaik untuk melihat meteor Geminids?
Jika anda ingin melihat bilangan meteor yang banyak, anda perlu keluar dari kawasan bandar jauh dari pencemaran cahaya yang banyak.
Selain itu, anda perlu juga mengelak dari mencerap berdekatan dengan sumber cahaya seperti lampu jalan, lampu dari rumah atau kenderaan. Silau cahaya itu akan mengganggu kita daripada dapat melihat dengan jelas.
Foto komposit atau gabungan beberapa frame gambar meteor Perseid. Hakikat sebenar ketika mencerap dengan mata bukanlah seperti ini. Foto oleh Petr Horálek/NASA
Salah satu faktor lain yang akan mengurangkan lagi bilangan meteor yang muncul ialah kehadiran awan. Meteor-meteor ini kebanyakannya kelam, maka jika ada awan nipis pun akan menyebabkan meteor-meteor ini hilang daripada pandangan.
Secara amnya:
Cari lokasi jauh dari bandar besar.
Elak berdiri berhampiran dari sumber cahaya lampu yang menyilaukan.
Jika berawan, semakin kurang bilangan meteor yang akan dapat dilihat.
Apakah cara terbaik untuk mencerap meteor Geminids?
Sebaik-baiknya anda perlu berbaring. Jangan duduk di atas kerusi, tetapi jika ada ‘kerusi malas’ yang boleh direndahkan, itu pun ok dah.
Fokuskan pandangan anda ke kawasan langit yang paling gelap dan tidak ada silau cahaya.
Jangan mencerap dari tingkap bilik! Anda pelukan kawasan langit yang luas pemandangan dan tidak ada sebarang halangan. Padang yang luas atau di tepi pantai antara lokasi yang bagus.
Jangan harap apabila anda keluar dari kawasan terang dan duduk di kawasan gelap, anda akan terus nampak banyak meteor! Mata kita perlukan masa selama 30 minit untuk menyesuaikan diri dalam suasana gelap!
Kemudian, mulakan kiraan bilangan meteor yang anda nampak. Kalau boleh catatkan masanya sekali. Di bawah merupakan contoh catatan yang boleh dibuat.
Jam
Bilangan Meteor
12.00 am – 1am
7
1 am – 2 am
12
2 am – 3 am
30
3 am – 4 am
27
4 am – 5 am
12
5 am – 6 am
6
Jika anda mencerap di dalam kumpulan, pastikan setiap ahli akan pandang ke kawasan langit yang berlainan. Ini supaya kumpulan anda akan dapat cover sebanyak kawasan langit yang boleh. Apabila seorang ahli nampak meteor, jeritlah “satu”.. dan jika yang lain nampak meteor baru, sambung sahaja kiraan itu “dua”… dan seterusnya… sampailah ke Subuh!
Contoh lintasan sebuah meteor dari kawasan Kuala Lumpur. Foto oleh @shahgazer
Cerapan meteor zaman Covid-19
Aktiviti mencerap meteor ini lebih seronok di dalam kumpulan. Namun di zaman Covid-19 ini, pastikan anda mengamal SOP yang betul seperti penjarakan sosial dan seumpamanya.
Pejam celik 2020 dah nak habis dah. Di sebalik pandemik covid-19 yang secara langsung ‘memadam’ segala aktiviti rutin sepanjang tahun ini, masih banyak fenomena langit yang telah berjaya dilihat oleh kita untuk dijadikan kenangan untuk anak cucu kita nanti.
Membuka lembaran baru 2021, jom kita lihat apakah fenomena utama yang menarik yang boleh dicerap sepanjang tahun baru nanti. Senarai lengkap boleh didapati menerusi Almanak Astronomi 2021
Menjejaki Uranus – 20 Januari 2021
Planet Uranus akan melintasi 1.5º daripada planet Marikh. Ini peluang terbaik untuk menjejaki planet hijau ini dengan berpandukan kedudukan Marikh. Jarak sudut 1.5º itu bersamaan 3 kali diameter Bulan.
Bulatan menandakan medan pandangan seluas 3ºatau 6 kali diameter Bulan
Giliran Utarid menghimpit Musytari – 5 Mac 2021
Menjelang Subuh, lihat ke arah timur. Kita boleh lihat planet Utarid berada hampir dengan Musytari. Waktu terbaik ialah sekitar 15 minit selepas Subuh apabila ia mula tinggi sedikit. Jarak sudut antara kedua planet ini ialah 0.5º iaitu bersamaan 1 diameter Bulan.
Pandangan arah timur 15 minit selepas Subuh.
Marikh hilang dari pandangan! Dihijab oleh Bulan. Merajuk ke tu.. – 17 April 2021
Fenomena UTAMA untuk tahun 2021 ini! Marikh akan dihijab oleh Bulan. Sesuatu yang jarang dapat dilihat dari Malaysia. Kejadian ini akan berlaku sekitar jam 9 malam hingga 10.30 malam, bergantung kepada lokasi masing-masing.
Anda di Semenanjung Malaysia berpeluang melihat momen Marikh hilang dan muncul kembali. Bagi anda di Sabah dan sebahagian daripada Sarawak, akan dapat lihat momen planet ini hilang sahaja.
Simulasi momen Bulan bergerak di hadapan planet Marikh.
Bulan Penuh Perigee – ehemm.. Super Moon
Menurut Fred Espenak, Bulan Penuh Perigee yang juga dikenali sebagai perigee syzygy berlaku apabila momen Bulan berada di dalam Fasa Penuh, Bulan berada dalam lingkungan 90% jarak terdekat dengan Bumi. Ketika ini Bulan akan kelihatan sedikit besar dan lebih terang daripada biasa.
Istilah super moon dipopularkan oleh ahli tukang tilik Amerika, Richard Nolle, pada tahun 1979, dan sejak kebelakangan ini digunapakai oleh masyarakat umum. Ia BUKAN istilah rasmi dalam astronomi.
Pada tahun 2021 ini, akan berlaku 4 kali super moon
28 Mac 2021
27 April 2021
26 Mei 2021 (paling hampir, paling besar..dan berlaku gerhana bulan)
24 Jun 2021
Gerhana Bulan Penuh Perigee Syzygy – 26 Mei 2021
Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada waktu Maghrib ketika Bulan sedang terbit di ufuk timur. Anda di Semenanjung akan dapat melihat Bulan berada dalam fasa maksimum ketika ia terbit. Anda di Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya lebih awal ketika ia sedang masuk ke dalam fasa gerhana penuh!
Lokasi terbaik untuk mencerap ini ialah dari kawasan yang tiada halangan di ufuk timur. Anda yang berada di pantai timur yang mengadap laut bakal mendapat pemandangan yang amat cantik!
Kebetulan pula gerhana kali ini juga berlaku ketika Bulan berada paling hampir dengan Bumi, iaitu terkait dengan salah satu daripada bulan-bulan berlakunya super moon !
Foto suasana Bulan gerhana yang sedang terbit rendah di ufuk. Sumber foto.
Berikut ialah jadual bagi 3 bandar utama.
Kuala Lumpur
5:44 pm
❌ Fasa gerhana separa bermula. Bulan mula masuk ke dalam bayang-bayang umbra
Tidak kelihatan. Bulan di bawah ufuk
7:11 pm
❌ Fasa gerhana penuh bermula. Keseluruhan Bulan berada di dalam umbra
Tidak kelihatan. Bulan di bawah ufuk.
7:18 pm
✅ Kemuncak gerhana bulan penuh
Boleh dilihat. Bulan sedang terbit dan amat rendah di ufuk.
7:25 pm
✅ Fasa gerhana penuh tamat. Bulan mula keluar dari umbra
Boleh dilihat. Bulan berada di atas ufuk.
8:52 pm
✅ Fasa gerhana separa tamat. Keseluruhan Bulan berada di luar umbra
Boleh dilihat. Bulan berada di atas ufuk.
Kuching
5:44 pm
❌ Fasa gerhana separa bermula. Bulan mula masuk ke dalam bayang-bayang umbra
Tidak kelihatan. Bulan di bawah ufuk
7:11 pm
✅ Fasa gerhana penuh bermula. Keseluruhan Bulan berada di dalam umbra
Boleh dilihat. Bulan sedang terbit dan rendah di ufuk.
7:18 pm
✅ Kemuncak gerhana bulan penuh
Boleh dilihat. Bulan sedang terbit dan rendah di ufuk.
7:25 pm
✅ Fasa gerhana penuh tamat. Bulan mula keluar dari umbra
Boleh dilihat. Bulan berada di atas ufuk.
8:52 pm
✅ Fasa gerhana separa tamat. Keseluruhan Bulan berada di luar umbra
Boleh dilihat. Bulan berada di atas ufuk.
Kota Kinabalu
5:44 pm
❌ Fasa gerhana separa bermula. Bulan mula masuk ke dalam bayang-bayang umbra
Tidak kelihatan. Bulan di bawah ufuk
7:11 pm
✅ Fasa gerhana penuh bermula. Keseluruhan Bulan berada di dalam umbra
Boleh dilihat. Bulan sedang terbit dan rendah di ufuk.
7:18 pm
✅ Kemuncak gerhana bulan penuh
Boleh dilihat. Bulan sedang terbit dan di atas ufuk.
7:25 pm
✅ Fasa gerhana penuh tamat. Bulan mula keluar dari umbra
Boleh dilihat. Bulan berada di atas ufuk.
8:52 pm
✅ Fasa gerhana separa tamat. Keseluruhan Bulan berada di luar umbra
Boleh dilihat. Bulan berada tinggi di atas ufuk.
Marikh lintas Zuhrah. 13 Julai 2021
Marikh akan melintasi amat hampir dengan Zuhrah, pada jarak sudut 0.5º sahaja, iaitu bersamaan 1 diameter Bulan. Ia berlaku selepas Maghrib tetapi agak rendah di ufuk barat.
Ini adalah antara peluang terakhir untuk kita melihat Marikh, sebelum ia berada terlalu rendah dan terlalu hampir dengan Matahari.
Simulasi kedudukan Marikh dan Zuhrah. Bulatan menunjukkan saiz 1º atau bersamaan 2 kali diameter Bulan.
Oposisi planet Musytari dan Zuhal
Pada 2 Ogos 2021, Zuhal akan kembali ke posisi oposisi atau bersetentang dengan Matahari. Kemudian pada 20 Ogos 2021, giliran Musytari pula berada bersetentang. Pada tarikh tersebut, planet-planet itu akan terbit di ufuk timur sebaik sahaja masuk waktu Maghrib dan kelihatan sepanjang malam hinggalah ia terbenam pada waktu Matahari terbit keesokannya.
Meteor Perseids – 12 Ogos 2021
Tahun ini Meteor Perseids akan memuncak pada awal pagi 12 Ogos 2021 dalam keadaan langit yang sungguh optimum! Tiada cahaya bulan yang akan mengganggu. Jika dicerap dari kawasan sempurna gelap, dijangka sekitar 80-100 meteor boleh dilihat dalam masa sejam!
Meteor Geminids – 14 Disember 2021
Meteor Geminids tahun ini akan diganggu sedikit oleh kehadiran cahaya Bulan. Namun selepas jam 3 pagi (2 pagi di Sabah), Bulan akan terbenam dan kita ada peluang 2-3 jam untuk melihat meteor-meteor ini dalam suasana langit gelap. Dijangka 100 meteor boleh dilihat dalam masa sejam dari kawasan yang sempurna gelap.
Almanak Astronomi 2021
Jangan lupa rujuk Almanak Astronomi 2021 terbitan FalakOnline. Saya sudah memuat naik almanak ini di dalam Google Calendar dan boleh digunakan sebagai rujukan bagi yang berminat.
Saya ada membincangkan sikit (dalam siaran live Bicara Santai Falak 14 Jan 2021) mengenai misi-misi angkasa yang akan berlaku sepanjang tahun 2021, dan boleh dikatakan bulan Februari nanti merupakan bulan yang paling sibuk.
3 buah misi dari 3 buah negara, akan sama ada masuk ke dalam orbit atau cuba untuk mendarat di atas permukaan planet Marikh!
Paling besar dan ambitious ialah dari misi Mars 2020 kepunyaan NASA, iaitu Perserverance . Ia merupakan sebuah perayau yang bersaiz sebuah kereta tetapi yang bernilai USD $2.7 juta.
Robot perayau ini akan mendarat pada 18 Februari 2021, dengan kaedah yang agak unik, yang mana roket yang membawa perayau ini ke permukaan Marikh, akan mengeluarkan sebatang kren yang panjang dan perlahan-lahan melepaskan Perserverance ini ke bawah. Cuba lihat video animasi proses tersebut.
Menurut laporan rasmi misi ini, Perserverance akan mendarat di dalam kawasan sebuah kawah bernama Jezero Crater. Perayau ini akan kemudian cuba mencari kesan kehidupan purba di Marikh (jika ada) dan mengumpul beberapa sampel tanah di sana. Kemudian jika semua berjalan lancar, sampel ini akan dibawa pulang pada tahun 2031, menerusi usahama antara NASA dan ESA. Ini amat bersejarah kerana ia bakal menjadi misi pertama manusia cuba membawa balik sampel dari Marikh.
Kalau sampel dari asteroid, kita semua dah banyak kali buat dah!
Perserverance juga mempunyai sebuah alat bernama MOXIE (singkatan kepada “Mars Oxygen ISRU Experiment”). Alat ini akan cuba menghasilkan oksigen daripada udara planet Marikh yang didominasi oleh gas karbon dioksida. Jika berjaya ia bakal menjadi langkah penting untuk manusia mendarat dan tinggal di permukaan planet Marikh ini.
Selain itu, Perserverance juga akan membawa helikopter kecil bernama Ingenuity . Ini merupakan prototaip dan eksperimen penting untuk lihat sejauh mana kemampuan sebuah helikopter terbang di dalam keadaan udara yang amat nipis di Marikh ini.
Kalau berjaya ni, bersepah lah dron terbang sana-sini kat Marikh tu nanti! 😀
Kapal angkasa HOPE kepunyaan UAE.
Selain daripada misi di atas, satu lagi misi bernama HOPE akan masuk ke dalam orbit Marikh. Misi ini merupakan misi pertama negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke planet ini dan juga misi pertama dikendalikan oleh sebuah negara yang majoritinya umat Islam. Ia dijadukan masuk ke orbit pada 9 Februari.
Misi dari negara China pula akan, Tianwen-1, akan masuk ke orbit Marikh sehari selepas HOPE. Ini juga merupakan misi pertama China ke planet merah ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh negara komunis ini. Kejayaan misi-misi angkasa oleh China beberapa tahun kebelakangan ini amat menakjubkan!
Tianwen-1 kepunyaan China
Misi Tianwen-1 juga mempunyai sebuah perayau yang akan mendarat beberapa bulan selepas itu, katanya sekitar Mei 2021. Ini pun akan dibuat selepas beberapa bulan merakam dan mengkaji kawasan paling sesuai untuk mendarat perayau ini.
Adakah semua misi ini akan berjaya nanti? Jom kita sama-sama pantau berita-berita kemajuan misi ini menerusi web FalakOnline ataupun menerusi twitter FalakOnline.
Foto pertama planet Marikh dari prob angkasa negara China, Tianwen-1 sungguh menarik.
Foto kredit CNSA/PEC (Planetary Exploration of China)
Dikongsi pada 5 Feb 2021 lepas oleh China National Space Administration (CNSA), ia menunjukkan bahagian planet dari sudut ‘tepi’, dengan beberapa ciri permukaan yang utama, seperti Merdiani Planum dan Valles Marineris, jelas kelihatan.
Foto dan peta Marikh yang dirakam oleh Tianwen-1 (Kredit CNSA/PEC)
Menurut jadual, prob ini akan memasuki orbit Marikh pada hari Rabu ini, 10 Feb 2021. Ketika itu ia akan mula menyalakan enjin untuk memperlahankan pergerakannya ngam-ngam sehingga graviti Marikh dapat menangkapnya.
Tianwen-1 ini telah terbang sejauh 465 juta km daripada Bumi selama 197 hari. Pada jarak ini isyarat dari prob ini terpaksa mengambil masa 10 minit untuk sampai ke Bumi. Disebabkan inilah, ketika fasa untuk memperlahannya pergerakannya tadi akan dibuat secara automatik.
Setelah memasuki orbit, Tianwen-1 akan mula melakukan rakaman dan mencari lokasi paling sesuai untuk menurunkan perayaunya (rover) pula.
Buat masa ini, perayau itu tidak mempunyai nama dan China sedang mengadakan undian umum selama 40 hari kepada rakyatnya untuk memberi nama kepada perayau itu tadi.
Di antara kajian saintifik yang akan dibuat oleh perayau itu ialah mengkaji ciri-ciri permukaan tanah dan distribusi ais yang mungkin ada. Manakala prob utama yang kekal di orbit akan melakukan rakaman resolusi medium dan tinggi menggunakan kamera dan radar.
Sebuah lagi asteroid akan melintasi kawasan persekitaran sistem Bumi-Bulan pada 21 Mac 2021 nanti. Asteroid yang bernama 2001 FO32 akan melintas pada jarak selamat 1.9 juta KM daripada Bumi. Sebagai perbandingan, jarak purata Bulan dan Bumi ialah 384,400 km. Menurut laporan, asteroid ini merupakan asteroid paling besar yang akan melintasi Bumi pada tahun 2021 ini.
Simuasi kedudukan asteroid 2001 FO32 ketika poin paling hampir dengan Bumi. Sumber.
Sebagaimana semua sedia maklum, angkasa lepas kita ni bukanlah kosong sangat. Ia bersepah dengan debu, habuk dan serpihan batu yang berasal daripada awal pembentukan sistem suria kita.
Maka, tidak hairanlah kita sering dengar berita mengenai kemunculan asteroid-asteroid yang akan bergerak hampir dengan Bumi. Sekarang ni lagi kerap kita dengar, sebab sudah banyak organisasi yang memantau langit mencari objek-objek sebegini.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian saintis , 2001 FO32 ialah sebuah asteroid kecil yang dimasukkan ke dalam kategori “Asteroid Berpotensi Berbahaya” atau istilah asalnya “Potentially Hazardous Asteroid”, kerana laluan orbitnya yang akan melintas hampir dengan Bumi.
Jangan gelabah.. baca dulu
2001 FO32 mengorbit Matahari setiap 810 hari, dan mempunyai bentuk orbit yang sangat eliptikal. Berdasarkan cahaya yang dipantulkan, saiz asteroid ini adalah di antara 0.767 km hingga 1.714 km.
Saiz asteroid ini walaupun kecil, tetapi ia berada di dalam kumpulan 3% asteroid terbesar.
Jangan gelabah…baca sampai habis
Walaupun asteroid ini berada dalam “top 3%”, ia sebenarnya masih kecil dan tidak termasuk dalam kumpulan asteroid “pemusnah planet” yang jauh lebih besar dan lebih bahaya ancamannya.
Maka itu, apakah kesan JIKA asteroid sebesar 2001 FO32 ini jatuh ke Bumi? Menurut kajian, ANDAIKATA jatuh ke laut ia boleh menghasilkan tsunami serta mampu menyejat air laut hingga menghasilkan jerebu yang meliputi seluruh planet.
Persoalannya adakah ia akan berlanggar dengan Bumi?
Jangan gelabah…. faham dulu penerangan di bawah ni..
Jawapannya tidak sama sekali. Orbit asteroid 2001 FO32 ini akan membawa asteroid ini paling dekat dengan Bumi, pada jarak 1.9 JUTA km.
Jarak ini BERSAMAAN hampir 5 KALI GANDA LEBIH JAUH DARI BULAN.
Dalam erti kata lain, ia akan tidak akan berlanggar dengan Bumi.
Habis tu, kenapa asteroid ini dimasukkan dalam kategori “Asteroid Berpotensi Berbahaya” ?
Menurut definisi “Asteroid Berpotensi Berbahaya” atau “Potentially Hazardous Asteroid” ialah apabila sebuah objek memenuhi 2 syarat di bawah:
Ia akan melintasi Bumi pada jarak kurang dari 0.05 Astronomical Unit atau bersamaan 7,500,000 km.
Kecerahan absolut (absolute magnitude) lebih cerah dari 22, yang membawa maksud saiznya lebih besar dari 140 meter.
Maka, di dalam kes ini jelaslah asteroid 2001 FO32 memenuhi kriteria PHA di atas. Namun, ini TIDAK BERMAKSUD ia akan berlanggar dengan Bumi.
Adakah ia akan berlanggar pada masa hadapan?
Kemajuan teknologi cerapan dan pengetahuan matematik serta dinamik orbital sejak beberapa dekad yang lalu telah membolehkan kita meramal laluan asteroid ini pada masa hadapan.
Menurut data ini, 4 lintasan seterusnya asteroid 2001 FO32 dengan Bumi akan membawanya semakin jauh dari lintasan sebelumnya.
Tarikh
Jarak dari Bumi (km)
21 Mac, 2021
2,016,351
22 Mac, 2052
2,831,658
23 Mac, 2103
3,142,002
25 Mac, 2134
7,123,726
20 Mac, 2185
11,476,678
Boleh nampak ke dari Bumi?
Asteroid ini akan bergerak pada kelajuan 123,887 km/jam. Laju tu! Maka, pada ketika momen ia berada hampir dengan Bumi, kita boleh melihatnya bergerak perlahan-lahan di celah-celah bintang. Namun, disebabkan ia jauh dan kecil, kita perlu menggunakan teleskop sekurang-kurangnya saiz 8 inci untuk melihatnya secara visual.
Berdasarkan kiraan aplikasi Sky Safari 6 Pro, asteroid ini akan terbit sekitar tengah malam di dalam buruj Lupus di langit selatan, dan menjelang Subuh, ia akan menuju ke bahagian selatan buruj Scorpio. Kecerahannya sekitar magnitud 11.
Secara kasarnya, saya dapati dalam masa 30 minit, ia sudah pun bergerak sejauh 0.6 darjah… kira laju tu! Boleh nampak ia bergerak secara ‘real-time’ menerusi teleskop atau kamera!
Video di bawah menunjukkan lokasi kasar asteroid ini bermula dari jam 12 tengah malam hingga ke Subuh, 21 Mac 2021. Paparan ini merujuk kepada lokasi Malaysia dan Asia Tenggara.
Viral?
Harapnya tidaklah, tetapi selalunya cerita sebegini akan mula terbesar dengan cepat apabila ada blog-blog yang menulis tajuk gimik seperti “NASA ramalkan asteroid sebesar 1.7 km bakal menghentam Bumi” atau seumpamanya. Kemudian yang membacanya pula tak nak usaha nak faham senario sebenar lalu terus viralkan dalam group whatsapp kak kiah.
Andaikata ada yang dah terjumpa viral seumpama itu, harap tolong share lah artikel ini semua semua faham.
Sukses! Prob dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) bernama Al Amal atau Hope, telah berjaya masuk ke dalam orbit planet Marikh tengah malam tadi (waktu Malaysia).
Ini secara rasminya telah menjadikan UAE negara ke-5 dalam dunia yang telah berjaya menghantar misi angkasa ke planet Marikh. UAE juga menjadi negara Arab pertama melakukan demikian.
Isyarat yang diterima di pusat kawalan sekitar jam 12:08 tengah malam tadi waktu Malaysia, menyusul selepas semua yang berada di sana, termasuk yang menyaksikan di dalam siaran live, menunggu penuh debaran selama lebih kurang 30 minit untuk menunggu samada prob ini berjaya atau tidak di dalam fasa memasuki ke dalam orbit Marikh secara autonomous.
Boleh ulang tayang kembali saat-saat bersejarah tersebut di bawah. Jika nak terus lompat ke momen isyarat diterima, boleh terus ke minit ke-39 video ini.
Kegembiraan dan kelegaan jelas di muka para jurutera di pusat kawalan tersebut apabila isyarat diterima tepat pada waktunya.
Saat-saat kelegaan bagi pasukan misi Hope awal tengah malam tadi.
Kita kena faham, isyarat dari lokasi Hope di Marikh ini mengambil masa 11 minit untuk sampai ke Bumi. Maka itu, adalah mustahil untuk mereka mengawal setiap instrumen secara real time. Prob ini bergantung sepenuhnya kepada arahan dan koding di dalam komputernya, untuk melakukan proses tekan brake dan masuk ke dalam orbit Marikh dengan sendirinya.
Senario ini sama sahaja dengan apa yang akan ditempuhi oleh prob China, Tianwen-1 dan prob NASA, Preseverance nanti.
Perjalanan Hope ke planet Marikh mengambil masa selama 200 hari. Misi ini tidak mempunyai perayau, maka ia tidak akan ada instrumen di permukaan Marikh. Sebaliknya ia akan menumpukan sepenuhnya kepada misi di dalam orbit dengan mengkaji atmosfera, cuaca dan musim planet merah ini.
Prob Hope ketika berada di Mohammed bin Rashid Space Centre
3 alat yang penting yang akan melakukan cerapan ini ialah:
Emirates Exploration Imager (EXI) – sebuah kamera yang merakam imej beresolusi tinggi
Emirates Mars Infrared Spectrometer (EMIRS) – mengkaji corak suhu, ais, habuk dan wap air yang wujud di dalam atmosfera Marikh.
Emirates Mars Ultraviolet Spectrometer (EMUS) akan mengkaji lapisan atas atmosfera Marikh, dan kesan hidrogen dan oksigen yang terlepas ke angkasa.
Pasukan yang hebat.
Misi Hope ini merupakan kerjasama dengan UAE bersama-sama dengan University of Colorado, Boulder; the University of California, Berkeley; dan Arizona State University.
Pengerusi Agensi Angkasa UAE, Sarah Yousif Al-Amiri
Selain itu, fakta yang menakjubkan juga ialah 80% daripada ahli pasukan misi Hope ini terdiri daripada wanita! Malah Sarah Al-Amiri, Pengerusi Agensi Angkasa UAE dan Emirati Minister of State for Advanced Sciences baru berusia 34 tahun!
Muda lagi tu…!
Misi Hope ini merupakan langkah pertama kepada satu lagi misi besar UAE dalam penerokaan angkasa lepas. Satu lagi misi dalam perancangan, Rashid, akan cuba menghantar sebuah perayau ke permukaan Bulan pada tahun 2024.
Lagi satu misi besar ialah rancangan untuk membina penempatan manusia yang tidak didiami yang pertama di Marikh pada tahun 2117, yang mana robot-robot akan dihantar ke planet merah ini dan membina penempatan terlebih dahulu.
Buat masa ini kita terus tumpukan fasa-fasa seterusnya dalam misi Hope ini dan lihat apakah penemuan menarik yang bakal ditemui nanti!
Sehari selepas kejayaan misi dari UAE, kini negara China pula mengambil giliran. Semalam sekitar jam 9 malam waktu Malaysia, prob Tianwen-1 telah menghantar isyarat kembali ke Bumi, seterusnya menunjukkan ia telah berjaya memasuki ke dalam orbit planet Marikh.
#BREAKING China's first Mars probe Tianwen-1 has successfully entered the orbit of the red planet after a crucial “brake” to decelerate and be captured by Mars gravity, according to #CNSA. pic.twitter.com/jx2TaN9Z8l
Kejayaan China ini menjadikan ia negara ke-6 dunia yang berjaya menghantar prob ke planet Marikh, selepas Amerika Syarikat, Soviet Union, European Space Agency, India dan UAE.
Usaha China untuk meneroka planet merah ini sebenarnya telah bermula lebih awal iaitu pada November tahun 2011, dengan misi bernama Yinghuo-1. Malangnya roket yang membawa prob ini (bersama-sama dengan misi dari Rusia dan dari Planetary Society) telah terhempas ketika dilancarkan.
China's first Mars probe Tianwen-1 has successfully entered the orbit of the red planet on Wednesday after a crucial "brake" to decelerate and be captured by Mars gravity. pic.twitter.com/NWwV1QHCTk
Misi Tianwen-1 ini merupakan langkah seterusnya, malah jauh lebih hebat kerana misi ini secara keseluruhannya dimiliki dan dibangunkan oleh China National Space Administration.
Dilancarkan pada 23 Julai 2020, Tianwen-1 bukan sahaja akan mencerap Marikh dari orbit, ia juga mempunyai sebuah perayau yang akan diturunkan ke permukaan planet ini pada Mei nanti.
Prob Tianwen-1
Jika perayau ini berjaya mendarat dengan selamat, negara China akan menjadi negara ke-2, selepas Amerika Syarikat, yang akan beroperasi dan melakukan kajian di atas permukaan planet Marikh.
Perayau ini akan menggunakan konsep atau kaedah yang sama seperti mana misi Chang’e 3 dan Chang’e 4 yang telah dan sedang beroperasi di Bulan.
Tempoh operasi Tianwen-1 adalah selama sekurang-kurangnya 1 tahun Marikh, bersamaan 687 hari di Bumi. Perayau itu pula akan beroperasi selama 90 hari Marikh, atau bersamaan 93 hari di Bumi.
Bawa balik tanah
Misi Tianwen-1 ini merupakan langkah pertama dalam perancangan negara tersebut untuk membawa sampel tanah Marikh kembali ke Bumi menjelang tahun 2030. NASA juga, menerusi misi Perseverance nanti akan mula mengorak langkah yang sama dan dijangka seawal tahun 2031 akan dapat juga membawa sampel Marikh ini ke makmal di Bumi.
Kita belum pernah berjaya membawa sebarang sampel ‘dunia’ lain (melainkan asteroid) sebelum ini. Walaupun dengan menghantar prob dan robot di permukaan Marikh, kajian untuk mencari samada planet ini pernah ada ada kehidupan dari jarak jauh adalah amat terhad dan sukar. Kita perlu membawa sampel-sampel ini kembali ke Bumi, barulah kajian lebih menyeluruh dapat dibuat.
6 negara
Kehadiran 6 buah negara di planet Marikh hari ini dapat membuka peluang lebih luas dalam penerokaan dan kajian. Lebih banyak data dapat diperolehi dan lebih banyak ‘mata’ akan memerhatikan penemuan di antara satu sama lain. Check and balance.
Masih ingatkah dahulu, kalau orang tanya apakah planet paling jauh daripada Bumi? Semua dengan penuh yakin menjawab ‘Pluto’!
Fast forward tahun 2021, jawapan dah berubah-ubah sampai naik pening kita dibuatnya! 😀
Pada tahun 2018, para pengkaji dari University of Hawaii, yang mencari objek-objek kecil dan jauh yang wujud di dalam sistem suria kita ini telah menemui sebuah objek yang terletak amat jauh daripada Matahari.
Objek yang dikenali sebagai 2018 AG37 oleh Minor Planet Center, berada sungguh jauh hinggakan ia mengambil masa 1000 tahun untuk melengkapi satu pusingan orbit mengelilingi Matahari.
Ilustrasi Farfarout yang terletak begitu jauh di hujung sistem suria, hinggakan Matahari hanya kelihatan seperti sebutir bintang yang terang. Kredit: NOIRLab/NSF/AURA/J. da Silva
Menurut David Thoken, salah seorang ahli pengkaji dari universiti tersebut, disebabkan objek ini terlampau jauh, ia bergerak amat-amat perlahan di langit, dan memerlukan cerapan berterusan selama beberapa tahun baharulah pergerakan orbit yang lebih tepat dapat diperolehi.
Foto penemuan Farfarout (2018 AG37) yang dirakam oleh Teleskop Subaru pada 15 Januari, 2018. Kredit: S.Sheppard
Objek yang diberi nama jolokan, Farfarout, mempunyai orbit yang berbentuk elips yang sungguh ekstrem. Di dalam skala Astronomical Unit (AU), yang mana 1 AU bersamaan jarak Bumi ke Matahari, pada ketika ini Farfarout berada pada jarak 132 AU, iaitu bersamaan 4 kali jarak Pluto ke Matahari. Pada kedudukan paling jauh ia melepasi jarak 175 AU. Apabila ia berada paling dekat dengan Matahari, ia akan bergerak lebih dekat daripada Neptune (pada jarak 27 AU). Berdasarkan kiraan pergerakan objek ini serta kecerahan sinar cahayanya yang dilihat daripada Bumi, saintis menganggarkan saiz objek ini sekitar 402 km.
Orbit Farfarout yang melintasi orbit Neptune ini menunjukkan mungkin pada suatu ketika dahulu, ia telah tercampak keluar kesan graviti daripada planet Neptune.
Pada saiz ini, Farfarout berada di dalam kategori kumpulan planet kerdil (belum rasmi) yang paling kecil.
Dah lah kerdil dan kecik, kena campak jauh-jauh pulak tu …ciannkena buli!
Farfarout telah memecah rekod objek paling jauh (120 AU) sebelum ini yang dipegang oleh objek yang digelar Farout.
Adehhh.. kalau depa jumpa lagi jauh… kena panggil VeryFarFarOut la kot?
Nama yang agak pelik ini sebenarnya hanya nama gelaran dan ia akan diberi nama rasmi apabila orbitnya dapat dikira dengan lebih jitu dan tepat.
Rajah berskala sistem suria, menunjukkan betapa jauhnya kedudukan Farfarout berbanding objek-objek lain. Credit: Roberto Molar Candanosa, Scott S. Sheppard from Carnegie Institution for Science, and Brooks Bays from University of Hawaiʻi
Penemuan Farfarout ini dikatakan hanya permulaan kepada lambakan penemuan objek-objek kecil di sudut hujung sistem suria kita. Menurut Scott Sheppard dari Carnegie Institution for Science and Chad Trujillo of Northern Arizona University, yang mengetuai pencarian dan usaha pemetaan kawasan di luar orbit Pluto, “Hanya dengan kemajuan teknologi digital kamera bersaiz besar yang dipasang pada teleskop besar, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telah membolehkan penemuan yang lebih efisyen objek-objek yang amat jauh seperti Farfarout”
Tepat pada waktunya, prob perayau NASA, Perseverance telah selamat mendarat di atas permukaan Marikh!
Momen getir 20-30 minit sebelum pendaratan yang boleh dikatakan senyap sunyi di dalam bilik kawalan di JPL, akhirnya semua bersorak gembira dan lega apabila isyarat dari perayau Perseverance akhirnya diterima pada jam 4:55 AM Waktu Malaysia!
Suasana di dalam bilik kawalan di JPL apabila menerima isyarat dari Perseverance
Siaran live NASA di YouTube menunjukkan fasa-fasa ketika prob ini dalam perjalanan ke permukaan Marikh. Ketika mereka menerima isyarat itu, sebenarnya ia telah pun berlaku di Marikh. Kita terpaksa menunggu 7 minit untuk isyarat itu sampai.
Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah menurut pengurus projek Ingenuity (helikopter pertama Marikh), Mimi Aung, helikopter kecil yang dibawa bersama-sama dengan Perseverance ini dijangka akan cuba diterbang esok!
"Our team now gets a chance to test, prove, & learn how [the Ingenuity Mars Helicopter] works in the actual environment of Mars. Our team can't ask for a better reward than that."
Project manager Mimi Aung shares her excitement for the first ever flight test on another planet: pic.twitter.com/AorK4tKCml
Adakah Perseverance betul-betul telah berjaya mendarat di lokasi yang ditetapkan, iaitu di dalam kawah Jezero? Setakat saya menulis artikel ini ( 5:30 AM!!) , belum ada berita lagi.
Rasanya kita akan dapat maklumat lebih jelas ketika pengumuman rasmi nanti, yang dijadualkan sebentar lagi pada jam 6:30 pagi waktu Malaysia.
Nampak gaya kesemua tiga misi angkasa ke Marikh, bermula dari UAE, China dan sekarang Amerika Syarikat, telah berjaya sampai ke planet ke-4 itu.
Jom kita nantikan apakah penemuan-penemuan baru yang bakal dikongsi nanti.
Ok rehat dulu. Ulasan saya seterusnya petang Jumaat nanti!
Awal pagi tadi, sedar-sedar je dapat betubi-tubi notifikasi daripada twitter mengenai misi Perseverance yang memaparkan 4 buah imej terbaru daripada perayau yang mendarat tempoh hari.
Dan foto-foto itu sungguh… wow!
Salah satu daripada foto itu merupakan pemandangan ‘kali pertama’ yang belum pernah dirakam sebelum ini, iaitu momen ketika Preseverance sedang diturunkan daripada kren sebelum ia mencecah tanah! Lihat saja foto di bawah.
Menurut laman web JPL, foto ini menunjukkan perayau ini masih terikat pada kren dan sedang diturunkan oleh jet pack atau bahagian roket yang mengawal pergerakan turun bahagian perayau di bawahnya.
Menarik tu boleh lihat bukan sekadar perayau, tetapi permukaan tanah Marikh di mana ia mendarat dalam masa beberapa saat selepas itu! Momen ini dirakam ketika perayau tersebut berada lebih kurang 2 meter di atas permukaan Marikh!
Foto ini sungguh ikonik!
Sebelum ini saya ada tersilap sikit dengan mengatakan kesemua kamera yang digunakan ialah kamera hitam putih yang kemudian foto itu akan diwarnakan menggunakan kaedah gabungan penapis RGB.
Rupa-rupanya majoriti daripada kamera-kamera Perseverance ini adalah kamera warna!
Senang la kerja depa tu nanti!
Setelah mendarat 2 buah lagi kamera yang bernama Hazard Cameras (Hazcams) telah merakam bahagian depan dan belakang perayau ini. Foto ini adalah sama dengan apa yang dirakam sebelum ini tetapi kali ini versi warna.
Foto panorama dari salah satu kamera Hazcams
Foto batu-bata berhampiran salah sebuah roda Perseverance.
Saya belum jumpa banyak maklumat mengenai foto-foto di atas. Menurut JPL, foto dari kren yang tadi itu merupakan salah satu frame daripada VIDEO hi-res yang dirakam ketika proses mendarat tadi!
Menurut jurutera di Jet Propulsion Laboratory, data-data masih di muat-turun ke Bumi ketika ini dan dijangka hari Isnin nanti kita akan dapat perolehi video tersebut dan mungkin juga dapat dengar BUNYI pertama dari permukaan planet Marikh!
Ya betul… kali ini depa bawak mikrofon pi sana tu!!
Foto di bawah ini pun amat menarik. Ia dirakam oleh sebuah lagi satelit yang berada di dalam orbit planet Marikh, Mars Reconnaissance Orbiter, menerusi kamera High Resolution Imaging Experiment (HiRISE). Ia menunjukkan momen ketika fasa mendarat dan jelas menunjukkan perayau ini dikawal pendaratannya dengan paracut yang telah dibuka dengan jayanya.
Bahagian tanda empat segi menunjukkan Perseverance dengan paracutnya. Tandaan bulat menunjukkan kawasan ia mendarat.
Momen yang sama juga pernah dirakam menerui HiRISE ketika perayau Curiosity mendarat pada tahun 2012.
Baik punya timing depa set prob-prob depa tu ambik gambar sana-sini..
Jadual seterusnya ialah bahagian mast atau ‘kepala’ di atas perayau ini akan dilepaskan. Di dalamnya terdapat 3 buah kamera lagi, The Navigation Cameras (Navcams) yang digunakan untuk memandu perayau itu nanti, dan 2 buah kamera sains, Mastcam-Z dan SuperCam.
Menurut JPL, ia dijadualkan akan dibuat pada 20 Feb waktu Amerika Syarikat. Kalau kita di Malaysia, kena tunggu samada malam ini atau awal pagi esok untuk tahu statusnya.
Bahagian ‘kepala’ yang akan menjadi nadi pergerakan Perseverance itu nanti.
Sekitar hari ini, jam 9 malam 22 April 2021 waktu Malaysia, meteor Lyrids akan muncul pada kadar paling maksimum. Berdasarkan data sebelum ini, sekitar 10 meteor setiap jam dijangka akan kelihatan menerusi langit yang betul-betul gelap, tanpa gangguan cahaya bulan.
(Imej utama artikel kredit Harris Jeffrey)
Berikut ialah Q&A mengenai kemunculan meteor Lyrids untuk tahun ini.
Bilakah waktu puncak Lyrids?
Menurut laporan rasmi International Meteor Organization, Meteor Lyrids ini akan memuncak dalam masa beberapa jam sahaja, dari waktu puncak 9 malam itu tadi. Malangnya, kedudukan radian (titik muncul) meteor ini yang masih belum terbit pada waktu tersebut, dan dijangka bilangan meteor yang kelihatan akan jauh lebih sedikit daripada 10 meteor/jam.
Di manakah titik radian atau titik muncul meteor Lyrids?
Meteor-meteor ini akan kelihatan muncul dari sebuah buruj kecil bernama Lyra di langit utara. Buruj ini akan terbit sekitar jam 11:30 malam (10:30 malam di Sabah) di sebelah ufuk timur laut.
Bilakah waktu terbaik untuk melihat meteor Lyrids?
Secara amnya, meteor-meteor ini sudah boleh dicerap bermula tengah malam ini hinggalah masuk waktu Subuh (dawn) esok, 23 April 2021.
Adakah cahaya Bulan akan mengganggu penglihatan meteor Lyrids untuk tahun ini?
Bulan baru sahaja beberapa hari melepasi Fasa Sukuan Awal. Maka, pada sekitar tengah malam, Bulan masih berada tinggi dan akan menerangi keseluruhan langit. Ini akan mengganggu kenampakan meteor-meteor ini dan menyebabkan kita dapat melihat kurang dari 10 meteor setiap jam.
Bulan hanya akan terbenam sekitar jam 3:30 pagi (2:30 pagi di Sabah). Setelah ia terbenam, barulah keadaan langit menjadi lebih gelap dan memungkinkan kita nampak bilangan meteor yang banyak.
Namun, kita harus ambil kira waktu puncaknya sudah pun berlaku pada jam 9 malam. Maka jika anda mencerap pada jam 4 pagi, ini bermaksud ia sudah pun melepasi 7 jam daripada momen kemuncaknya.
Jika saya nak tengok jugak, arah manakah paling sesuai untuk melihat meteor-meteor ini?
Anda boleh cuba hala pandangan anda ke arah timur, timur laut atau sebelah langit utara. Meteor-meteor yang kelihatan muncul dari arah ini selalunya berkait dengan meteor Lyrids.
Namun, jika kawasan langit anda di sebelah utara tidak sesuai atau mungkin diganggu oleh cahaya, anda masih boleh lihat di mana-mana kawasan langit pun.
Kedudukan titik muncul (radian) meteor Lyrids sekitar jam 1 pagi (12 tengah malam di Sabah). Simulasi SkySafari 6 Pro
Di manakah kawasan sesuai untuk melihat meteor?
Sebaiknya cari kawasan gelap dan jauh dari gangguan cahaya. Lokasi di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, adalah tidak sesuai kerana terlalu banyak pencemaran cahaya.
Elakkan mencerap dari kawasan yang ada banyak gangguan cahaya. (gambar hiasan)
Jika anda berada di kawasan luar bandar, anda bernasib baik dan memungkinkan dapat lihat bilangan meteor yang lebih ‘banyak’ berbanding di bandar.
Selain itu, carilah kawasan lapang. Jangan cuba mencerap meteor dari dalam tingkap bilik! Anda harus mencari kawasan yang tidak ada sebarang halangan seperti bangunan atau pokok.
Boleh tiada masalah. Anda hanya perlukan kamera DSLR dan lens bersudut luas. Kemudian gunalah alat seperti intervalometer untuk merakam seberapa banyak gambar yang boleh. Setiap frame gambar seeloknya dipanjangkan waktu dedahan, mungkin boleh set hingga 30 saat.
Emma dan hubby, Luqman berjaya merakam meteor Lyrids awal pagi tadi.
Dari manakah asal meteor Lyrids ini?
Berdasarkan kajian, habuk-habuk debu meteor Lyrids ini berasal daripada sebuah komet bernama Komet 1861 G1 Thatcher. Kali terakhir komet ini melintasi kawasan sistem suria berhampiran matahari ialah pada tahun 1861. Komet ini mempunyai orbit yang agak besar, dan mengelilingi Matahari setiap 415 tahun!
2 tahun setelah komet ini ditemui, kemunculan meteor-meteor yang banyak telah membantu ahli astronomi mengaitkan Komet Thatcher dengan meteor Lyrids.
Saya tertarik membaca sejarah meteor ini. 60 tahun sebelum penemuan Komet Thatcher, iaitu tahun 1803, ada laporan yang mengatakan banyak meteor yang muncul. Malangnya, tiada kajian meteor dibuat pada tahun 1920an, menyebabkan ramai ‘terlepas pandang’ kemunculan meteor Lyrids yang banyak pada tahun 1922!
Seolah-olah ada corak yang mana setiap 60 tahun, bilangan meteor Lyrids menjadi lebih banyak dari biasa.
Malangnya, 60 tahun kemudian, sekitar tahun 1980an, sekali lagi tidak ramai yang mengkaji meteor, dan sekali lagi pada tahun 1982, peminat meteor terkejut dan tidak bersedia dengan kemunculan Lyrids yang begitu banyak!
Harapnya, pada tahun 2040an nanti, jangan lah pulak ada yang terlepas pandang lagi!
Dimanakah maklumat mengenai meteor yang boleh dirujuk?
Secara amnya, cara mencerap meteor sama sahaja bagi semua musim meteor. Anda boleh rujuk kembali artikel-artikel FalakOnline yang ditulis sebelum ini.
Supermoon bukan istilah dari ilmu astronomi. Ia diperkenalkan oleh seorang ahli nujum/astrologi bernama Richard Nolle. Saya pengkaji astronomi dan tidak mahu dikaitkan dengan pseudoscience hocus pocus seperti astrologi.
Ok, lapang dada aku lepas buat disclaimer tu..serabut nanang…
Walaubagaimanapun istilah ‘supermoon‘ ini sudah menjadi begitu popular di kalangan masyarakat sekarang dan telah pun digunakan di dalam banyak artikel sains di laman web lain. Ia secara tidak langsung menggalakkan orang awam memandang ke langit memerhatikan bulan penuh…Maka, kita layan je la..
Secara amnya, supermoon merujuk kepada BULAN PENUH YANG KELIHATAN LEBIH BESAR berbanding bulan-bulan penuh yang lain, disebabkan ia berada LEBIH DEKAT dengan Bumi ketika itu.
Orbit Bulan yang berbentuk elips dan tidak sempurna bulat, menyebabkan ada ketika di dalam orbitnya, ia lebih dekat dan pada waktu yang lain, ia berada lebih jauh.
Bentuk orbit Bulan yang menunjukkan poin paling hampir dan paling jauh. Sumber.
Namun apabila kita tinjau di sana-sini, terdapat banyak variasi definisi supermoon yang telah digunakan.
Supermoon ialah Bulan Penuh atau Bulan Baru yang berlaku hampir sama waktu ketika Bulan berada pada kedudukan Perigee (iaitu titik orbit Bulan di mana ia berada paling hampir dengan Bumi).
Supermoon berlaku pada MOMEN Bulan berada PALING HAMPIR dengan Bumi di dalam satu-satu tahun masihi.
Supermoon berlaku apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada di dalam lingkungan 90% daripada jarak ia berada paling hampir dengan Bumi. Ini kata ahli nujum tadi.
Supermoon berlaku apabila Bulan Penuh Perigee berlaku di dalam lingkungan 90% daripada jarak terdekatnya dengan Bumi di dalam orbitnya. Ini ahli astronomi Fred Espenak kata.
Supermoon berlaku apabila Bulan Penuh berlaku apabila Bulan berada di dalam lingkungan 360,000 km dari Bumi. Ini TimeandDate yang kata…
Supermoon berlaku apabila Bulan Penuh berlaku apabila Bulan berada di dalam lingkungan 358,884 km dari Bumi. Ini Sky & Telescope yang kata…
Di dalam astronomi, kejadian ini lebih tepat dipanggil sebagai perigee-syzygy, di mana perigee menujuk kepada poin paling dekat di dalam orbitnya, dan syzygy bermaksud apabila Matahari, Bumi dan Bulan sejajar di dalam satu garisan (berlaku apabila Bulan Penuh dan Bulan Baru)
Istilah lain kalau susah nak sebut syzygy tu ialah, Bulan Penuh Perigee.
Istilah supermoon sekarang ini pun hanya merujuk kepada Bulan Penuh dan tidak ramai yang mengaitkan ia dengan Bulan Baru.
Mungkin sebab Bulan Penuh lebih menarik dan senang nak tengok kot!
Bagi mempermudahkan perbincangan, saya akan mengambil definisi yang dibuat oleh ahli astronomer Fred Espenak di atas. Merujuk kepada jadual yang disediakan oleh beliau, pada tahun 2021 ini, Bulan Penuh Perigee berlaku pada 28 Mac, 27 April, 26 Mei dan 24 Jun.
Dari jadual di atas, di antara keempat-empat tarikh yang berlaku tahun ini, kejadian pada 26 Mei 2021 merupakan supermoonPALING BESAR DAN PALING DEKAT .
Kebetulan pula pada tarikh itu, berlaku Gerhana Bulan Penuh yang boleh dilihat dari Malaysia. Bab ni kita sembang lain..
Kejadian supermoon malam ini, 27 April 2021 merupakan KEDUA TERBESAR untuk tahun ini.
Adakah Bulan akan kelihatan besar?
Secara amnya, Bulan Penuh Perigee akan kelihatan 7% lebih besar berbanding Bulan Penuh yang biasa-biasa. Kalau kita bandingkan dengan Bulan ketika ia berada PALING JAUH dari Bumi, atau dikenali sebagai Apogee (lawan kepada Perigee), Bulan Penuh Perigee akan kelihatan 14% lebih besar!
Namun….
Betul ke kita akan dapat membandingkan saiz Bulan itu dengan bulan-bulan penuh yang lain?
Mungkin agak sukar untuk kita ‘cuba ingat’ Bulan Penuh ‘bulan lepas’ dengan apa yang dilihat nanti. Cara paling senang ialah merakam Bulan menggunakan kamera dan teleskop/telefoto lens, sambil mempastikan kita menggunakan ALAT DAN TETAPAN KAMERA YANG SAMA setiap Bulan. Kemudian bandingkannya menggunakan mana-mana perisian grafik.
Perbandingan saiz Bulan ketika Apogee dan Perigee boleh dibuat menggunakan kamera
Secara peribadi, saya nampak perbezaan paling menonjol ialah Bulan Penuh Perigee kelihatan jauh LEBIH TERANG berbanding biasa. Menurut kiraan, ia akan kelihatan 30% lebih terang berbanding Bulan Penuh Apogee.
Ilusi Bulan
Lagi satu yang saya suka sebut di sini ialah ilusi di mana Bulan kelihatan AMAT BESAR ketika ia sedang terbit atau masih rendah di ufuk timur. Ini merupakan ilusi optik sahaja dan saiz Bulan SAMA JE samada ketika ia sedang terbit dan juga ketika ia berada di atas kepala menjelang tengah malam.
Malah, ilusi ini tidak hanya berlaku ketika Bulan Penuh. Ia berlaku setiap kali Bulan berada rendah di ufuk, tak kisah la Bulan sabit ke, Bulan Sukuan Awal ke… semua akan kelihatan ‘besar’
Ingat ye..itu adalah Ilusi Bulan (Moon illusion)
Pink Moon? Worm Moon? Flower Moon? Apa benda tu?
Nama-nama Bulan Penuh yang sering diwar-warkan di internet sejak kebelakangan ini merujuk kepada gelaran yang diberikan oleh suku kaum asal Amerika, Algonquin, yang menetap di sekitar New England dan barat dari Lake Superior.
Suku kaum ini dikatakan mempunyai pengaruh besar ketika penjajahan dari negara-negara Eropah. Nama-nama yang digunakan oleh mereka berkait dengan kejadian yang berlaku pada Bulan Penuh dalam satu-satu bulan kalendar dan digunakan turun-temurun oleh penduduk Amerika sehingga ke hari ini.
Sebagai contoh, untuk bulan April ini, ia dikenali sebagai Pink Moon. Bukan kerana disebabkan warna Bulan berubah menjadi pink!! Ia merujuk kepada musim di mana bunga-bunga mula mekar dan tanah dipenuhi dengan rumput yang dikenali sebagai wild ground phlox.
Rumput wild ground phlox.
Bulan Penuh bulan Mei nanti pula dikenali sebagai The Flower Moon, merujuk kepada musim di mana bunga-bunga sudah lengkap memekar dan masa untuk menanam jagung.
Air jagung kaw yang dibuat daripada jagung 😉
Ringkasnya:
Januari – The Wolf Moon – Musim salji semakin banyak di tengah-tengah hutan dan bunyi laungan serigala semakin kerap didengar.
Februari – The Snow Moon – Musim salji semakin menebal
Mac – The Worm Moon – Salji semakin mencair, dan cacing tanah mula keluar.
April – The Pink Moon – Bunga mula memekar dan rumput berwarna merah jambu, wild ground phlox, semakin banyak tumbuh.
Mei – The Flower Moon – Bunga lengkap memekar dan jagung sudah boleh ditanam.
Jun – The Strawberry Moon – Musim kemuncak untuk memetik buah strawberry.
Julai – The Buck Moon – Rusa jantan mula tumbuh tanduk-tanduk yang diselaputi seperti baldu.
Ogos – The Sturgeon Moon – Musim paling senang untuk mengkap ikan Sturgeon di kawasan Great Lakes.
September – The Harvest Moon – Kebanyakan daripada makanan asas kaum asal Amerika, seperti jagung, nasi dan labu, sudah boleh dikumpulkan.
Oktober -The Hunter’s Moon – Musim rusa-rusa sudah bersedia untuk diburu!
November – The Beaver Moon – Musim berang-berang sibuk buat persediaan untuk musim sejuk. Ketika ini penduduk asal akan mula memasang perangkap untuk mendapatkan stok bulu berang-berang yang akan digunakan kemudian.
Disember – The Cold Moon – Musim sejuk bermula dan suhu jatuh mendadak.
Kesemua kejadian yang dikaitkan dengan Bulan Penuh ini merujuk kepada keadaan negara asalnya, iaitu di Amerika Utara. Anda boleh baca lanjut di sini.
Saya agak kurang minat untuk kita adopt istilah ini di dalam negara kita kerana tidak ada kena-mengena pun! Agree to disagree!
InsyaAllah malam ini, saya akan bersama hos DarkSkyMalaysia, akan cuba buat live streaming Bulan Penuh Perigee, jika cuaca mengizinkan.
Salam langit gelap!
Stargazers, jom saksikan fenomena bulan tercerah dan terbesar pada tahun 2021 pada 27 April ini 🌕
Momen Gerhana Bulan Penuh yang dirakam pada tahun 2018. @shahgazer
Pada awal Maghrib, 26 Mei 2021 nanti, kita di Malaysia dan rakan-rakan lain di Asia Tenggara berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh.
Kali terakhir kita menyaksikan gerhana bulan (gerhana penumbra tidak dambil kira) ialah pada 16 Julai 2019, di mana ketika itu jenis gerhananya ialah gerhana bulan separa.
Waktu kejadian.
Gerhana Bulan Penuh kali ini akan berlaku ketika Bulan baru sahaja terbit di ufuk sebelah timur selepas waktu Maghrib (sunset). Ini bermakna kedudukan Bulan berada sangat rendah di ufuk.
Menyukarkan lagi keadaan ialah, kita (terutama di Semenanjung) hanya akan dapat lihat separuh sahaja daripada keseluruhan fasa gerhana.
Fasa gerhana yang saya maksudkan di sini ialah apabila Bulan mula memasuki bayang-bayang umbra, kemudian keseluruhan piring bulan masuk sepenuhnya ke dalam bayang-bayang umbra, dan seterusnya keluar kembali daripada sempadan bayang-bayang umbra.
Berbalik kepada apa yang kita akan dapat lihat dari Semenanjung, pada waktu Maghrib ketika Bulan terbit, Bulan sedang berada di kemuncak gerhana penuh iaitu keseluruhan piring Bulan sudah pun berada di dalam kawasan gelap bayang-bayang umbra.
Kita hanya dapat tengok separuh masa kedua sahaja, yakni bermula dari kemuncak gerhana penuh dan ia kembali keluar dari bayang-bayang umbra.
Namun begitu, bagi pencerap di Sarawak dan Sabah, anda lebih bernasib baik kerana apabila Bulan sedang terbit pada waktu Maghrib, ia masih belum masuk sepenuhnya ke dalam kawasan bayang-bayang gelap umbra.
Hanya selang 30-40 minit selepas itu barulah keseluruhan Bulan memasuki bayang-bayang umbra, yakni ia berada di dalam fasa gerhana penuh!
Nak mudah cerita, Gerhana Bulan Penuh kali ini akan dapat dilihat SELEPAS MAGHRIB DI LOKASI MASING-MASING hinggalah jam 8:52 malam (SELURUH MALAYSIA).
Berapa lamakah jangka waktu gerhana kali ini?
Keseluruhan fasa gerhanabulan (dari awal masuk umbra hingga akhir keluar dari umbra) mengambil masa 3 jam 7 minit.
Keseluruhan fasa gerhana penuh (iaitu Bulan berada keseluruhan di dalam kawasan gelap umbra) mengambil masa hanya 15 minit sahaja.
Harus diingat, ketika Bulan baru sahaja memasuki kawasan umbra, Bulan masih berada di bawah ufuk dan tidak kelihatan di langit kita.
Kenapa 15 minit?
Ini adalah disebabkan Bulan begerak di dalam bayang-bayang umbra di bahagian sisi sempadan umbra sahaja, dan bukan di tengah-tengah. Maka, jangka waktu ia berada di dalam kawasan gelap adalah singkat.
Diagram laluan Bulan merentasi kawasan bayang-bayang Umbra. Kredit Fred Espenak.
Apakah yang kita akan dapat lihat nanti?
Berdasarkan maklumat oleh Fred Espenak,nilai umbral magnitude gerhana kali ini ialah 1.009. Nilai ini memberi maksud pecahan diameter Bulan yang berada di dalam bayang-bayang umbra.
Gerhana Bulan Penuh akan memberi nilai lebih besar dari 1
Gerhana Bulan Separa memberi nilai kurang dari 1
Gerhana Bulan Penumbra memberi nilai negatif!
Lebih besar nilai 1 itu, bermaksud lebih gelap dan lebih banyak kawasan bayang-bayang umbra yang terpaksa ditempuhi oleh Bulan.
Gerhana kali ini, nilai umbral magnitude hanya 1.009, sedikit besar dari 1. Ini bermaksud Bulan hanya bergerak sedikit sahaja di dalam kawasan bayang-bayang umbra, dan lebih hampir ke sempadan luar umbra.
Maka, dijangkakan gerhana penuh kali ini, Bulan tidak akan lihat begitu gelap atau merah pekat. Ia mungkin akan kelihatan ‘agak cerah’, atau merah terang.
Mungkin beginikah suasana Bulan ketika ia terbit dalam fasa Gerhana Penuh nanti?
Sempadan di sebelah utara Bulan (atau sebelah kiri dari pandangan mata kita) akan kelihatan lebih cerah/terang bebanding sisi selatan/kanan Bulan.
Gerhana Bulan Penuh Perigee!
Bulan kali ini mungkin akan kelihatan sedikit besar berbanding biasa kerana kebetulan waktu Gerhana Bulan Penuh ini berlaku, Bulan berada di dalam kedudukan paling hampir dengan Bumi, iaitu perigee.
Jarak Bulan dengan Bumi pada kali ini ialah 357309 km.
Oleh itu kita boleh la kot nak panggil fenomena kali ini Gerhana Bulan Penuh Perigee!
Adakah kedudukan Bulan yang rendah akan memberi kesan?
Mungkin juga. Faktor altitud atau ketinggian Bulan yang rendah (terutama di Semenanjung) akan memberi sedikit kesan terhadap ‘kecerahan’ gerhana ini. Bulan mungkin akan kelihatan agak malap ketika ia baru sahaja terbit.
Namun, apabila Bulan semakin tinggi, kesan atmosfera ini akan berkurangan.
Contoh kesan atmosfera apabila Bulan berada rendah di langit. Foto oleh Antonín Hušek dari Czech Republic.
Walaupun begitu kita kena ingat, apabila Bulan semakin tinggi, ia sudah pun tamat fasa gerhana penuhnya! Ketika itu Bulan sudah mula keluar daripada sempadan bayang-bayang umbra dan berada di dalam fasa separa.
Perbezaan pemandangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bulan akan memasuki fasa gerhana penuh bermula jam 7:11 pm hingga 7:25 pm.
Bagi anda di Sabah dan Sarawak, Bulan akan terbit lebih awal di sana, iaitu lebih kurang antara jam 6:11 pm ( di Tawau, Sabah) hinggalah 6:37 pm ( di Kuching, Sarawak).
Maka, ketika Bulan terbit, ia masih dalam fasa gerhana separa, dan semasa Bulan baru masuk ke dalam fasa gerhana penuh, ia sudah pun berada agak tinggi di ufuk timur.
Keadaan Gerhana Bulan Penuh sedang terbit di ufuk. Pemandangan ini mirip dengan apa yang dapat dilihat oleh pencerap di Sabah dan Sarawak. Foto oleh Matt Dahl.
Selesa dan mudah untuk dicerap! Best!
Bagi anda di Semenanjung pula, Bulan terbit sekitar jam 7:18 pm (di Kuala Lumpur), campur tolak beberapa minit di bandar-bandar lain.
Maka, ketika Bulan terbit, Bulan sudah pun berada di dalam fasa gerhana penuh! Anda akan terlepas dan tidak dapat menyaksikan momen ia mula-mula menjadi gelap sepenuhnya, kerana pada ketika itu Bulan masih berada di bawah ufuk.
Di manakah lokasi sesuai untuk melihat gerhana kali ini?
Di sebabkan faktor kedudukan Bulan yang rendah, anda perlu mencari kawasan ufuk langit timur yang luas dan tiada halangan, seperti bangunan, pokok atau bukit.
Cabaran paling getir bagi pencerap di Semenanjung ialah Bulan sangat rendah ketika gerhana, dan kita perlu mencari kawasan yang tidak ada halangan seperti gambar di atas.
Tiada keperluan untuk berada di tempat yang gelap kerana Bulan boleh dilihat dengan mudah walaupun dari kawasan bandar yang terang. Anda hanya perlu mengelak daripada melihat ke kawasan yang silau dengan lampu jalan.
Jika langit timur anda ialah laut, seperti di pantai timur, anda lebih bernasib baik kerana pemandangan Bulan dalam keadaan gerhana penuh sedang terbit di atas garisan laut bakal menjadi momen yang sungguh indah!
Tepi pantai adalah lokasi terbaik untuk menyaksikan gerhana bulan penuh kali ini. Foto oleh Stefano De Rosa.
Harus diingat juga, disebabkan sekarang musim Covid, dan PKP sedang dilaksanakan, janganlah merayau ke tempat yang jauh-jauh atau lakukan cerapan di dalam kumpulan yang besar.
Patuhi SOP!!!
Lebih baik lakukan cerapan dari rumah sahaja. Gerhana ini tak kemana pun, InsyaAllah panjang umur tahun depan ada lagi peluang nak tengok.
Bilakah gerhana bulan seterusnya?
Gerhana Bulan seterusnya akan berlaku pada 19 Nov 2021 ini. Ia merupakan Gerhana Bulan Separa, namun nilai umbral magnitude -nya ialah 0.974 !! Hampir-hampir nak gerhana penuh!
Sekali lagi ia akan berlaku ketika Bulan terbit.
Dan sekali lagi, rakan-rakan di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan Bulan terbit dalam keadaan ia sedang berada di dalam fasa gerhana separa, yakni Bulan sedang mula keluar daripada bayang-bayang umbra.
Dan sekali lagi, anda di Semenanjung, tidak akan dapat lihat langsung Bulan yang berada di dalam keadaan gerhana! Ketika Bulan terbit, ia sudah pun keluar daripada bayang-bayang umbra!
Sabor je la! 🙂
Bilakan waktu untuk melakukan solat sunat khusuf ( الخُ لخُ فِو )?
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Gerhana Bulan kali ini akan tamat pada jam 8:52 malam (seluruh Malaysia). Maka, anda boleh lakukan solat sunat khusuf ( الخُ لخُ فِو ) bermula waktu Maghrib di lokasi masing-masing, hinggalah 8:52 malam
Masih ingatkan awal tahun 2020 yang lalu, kecoh semua orang dengan bintang Betelgeuse yang tiba-tiba kelihatan semakin kelam.
Betelgeuse merupakan antara bintang yang tercerah di dalam buruj Orion, yang menandakan bahu kanan bagi buruj yang menggambarkan seorang pemburu. Keunikan bintang ini selain daripada kecerahannya ialah warnanya yang jelas kemerah-merahan, berbanding dengan bintang-bintang lain di dalam buruj ini.
Buruj Orion dan bintang Betelgeuse (atas kanan). Foto @shahgazer
Warna merah selalunya menunjukkan bintang ini sudah tua dan berada di penghujung hayatnya. Maka, apabila Betelgeuse ini tiba-tiba pudar, ramai menyangkakan ia akan meletup dan menjadi supernova!
Maklumlah, manusia yang hidup sekarang belum pernah dapat menyaksikan sebuah bintang meletup di dalam galaksi Bima Sakti sejak kurun ke-17 yang lalu (Kepler’s Supernova).
Bulan berganti bulan, dan akhirnya menjelang April 2020, Betelgeuse kembali cerah seperti magnitud asalnya. Namun, para saintis masih belum dapat tentukan asbab mengapa bintang ini menjadi kelam.. hinggalah kini.
Menerusi kertas kajian “A dusty veil shading Betelgeuse during its Great Dimming” (https://doi.org/10.1038/s41586-021-03546-8) yang akan diterbitkan di Nature, pasukan penyelidik dari Observatoire de Paris, France, dan KU Leuven, Belgium, telah membentangkan hasil kajian mereka dan menyimpulkan fenomena yang berlaku ini adalah disebabkan satu lapisan debu yang besar telah menyelubungi sebahagian besar permukaan bintang Betelgeuse ini.
Permukaan Betelgeuse mengalami perubahan yang drastik dari semasa ke semasa. Kepulan gas yang besar bergerak, mengecut dan mengembang di dalam bintang ini. Menurut kajian tersebut, fenomena yang diberi gelaran The Great Dimming ini berlaku apabila Betelgeuse menghasilkan satu gelembung gas yang besar dan ia mula bergerak keluar dari bahagian dalam bintang ini.
Sebahagian daripada gelembung gas ini kemudian akan menyejuk, suhunya jatuh mendadak dan cukup sejuk untuk menukarkan gas ini meluwap menjadi debu.
Kuantiti debu-debu ini sangat banyak hingga ia mampu menghalang sebahagian cahaya bintang Betelgeuse daripada memancar keluar ke angkasa. Kita sedang menyaksikan pembentukan debu-debu bintang (star dust)!
Menurut Emily Cannon, dari KU Leuven, “Debu yang dibuangkan keluar daripada bintang-bintang yang sejuk, seperti yang kita saksikan apa yang berlaku terhadap Betelgeuse ini, mungkin akan menjadi asas kepada pembentukan planet-planet baru dan juga kehidupan”
Foto Betelgeuse yang menunjukkan sebahagian daripada permukaannya sedikit kelam. Kredit ESO VLT.
Foto di atas dirakam menerusi teleskop gergasi kepunyaan European Southern Observatory (ESO), iaitu Very Large Telescope atau VLT yang terletak di Chile. Rakaman dibuat dari Disember 2019 hinggalah April 2020 menunjukkan sebahagian daripada permukaan bintang Betelgeuse kelihatan sedikit kelam berbanding kawasan lain.
Miguel Montargès yang mengetuai pasukan penyelidik ini mengatakan “Buat kali pertama, kita sedang menyaksikan perubahan yang berlaku ke atas sebuah bintang di dalam ‘masa sebenar’, dalam skala minggu”
Buruj Orion ketika artikel ini ditulis tidak lagi kelihatan di langit. Ia terbenam pada waktu Maghrib, dan hanya akan muncul kembali di langit Subuh dalam masa sebulan dua nanti.
Harap-harapnya janganlah pulak Betelgeuse tiba-tiba rasa nak meletop pulak masa ini! 🙂
Foto dari Dark Energy Survey (DES) menunjukkan Komet Bernardinelli-Bernstein yang dirakam menerusi kamera 570-megapixel Dark Energy Camera (DECam) yang dipasang pada Víctor M. Blanco 4-meter Telescope di Cerro Tololo Inter-American Observatory (CTIO) di Chile. Foto ini dirakam pada Oktober 2017, ketika komet ini berada 25 AU, atau 83% jarak ke planet Neptune. Kredit: Dark Energy Survey/DOE/FNAL/DECam/CTIO/NOIRLab/NSF/AURA/P. Bernardinelli & G. Bernstein (UPenn)/DESI Legacy Imaging Surveys, Acknowledgments: T.A. Rector (University of Alaska Anchorage/NSF’s NOIRLab), M. Zamani (NSF’s NOIRLab) & J. Miller (NSF’s NOIRLab)
Sebuah komet baru yang ditemui baru-baru ini merupakan sebuah komet gergasi yang mempunyai diameter di antara 100-200 km, menjadikan ia komet paling besar yang berjaya ditemui di zaman moden ini.
Komet Bernardinelli-Bernstein adalah 1000 kali lebih masif daripada komet-komet biasa. Orbit komet ini sungguh besar, hinggalah ia mengambil masa jutaan tahun untuk melengkapi satu pusingan orbit.
Komet ini ditemui di dalam data-data cerapan yang dikumpulkan selama 6 tahun dari tahun 2014 hingga 2018, menerusi satu projek cerapan bernama Dark Energy Survey (DES).
Suasana di dalam balaicerap DES. Wow!! Foto kredit Dark Energy Survey.
DES ditugaskan untuk membuat peta 300 juta buah galaksi di dalam satu kawasan seluas 5000 darjah persegi, bermula dari tahun 2013 hingga 2019. Kamera yang digunakan, Dark EnergySurvey Camera (DECam) mempunyai saiz 570 megapiksel dan dipasang pada teleskop 4 meter Victor M. Blanco di Cerro Tololo INter-American Observatory (CTIO) di Chile.
Hasil pemerhatian DECam ini, ia telah mencerap banyak komet dan objek-objek trans-Neptunian (TNO) yang melintasi di dalam frame kamera ini. Pelajar sarjana, Pedro Bernardinelli dan ahli astronomi Gary Bernstein, dari University of Pennsylvania, telah menggunakan 15-20 juta “CPU hours” dari National Center for Supercomputing Application and Fermilab, dan telah menemui 800 buah objek TNO tadi, dan 32 daripadanya berasal daripada sebuah objek yang sama, iaitu Komet Bernardinelli-Bernstein atau nama rasminya C/2014 UN271.
Komet ialah sebuah objek berais yang beku dan dipercayai saki-baki kepada elemen-elemen yang membentuk sistem suria kita ini. Ia mengorbit Matahari pada kedudukan yang amat jauh hinggakan ia membeku dan tidak dapat dilihat dengan mudah daripada Bumi. Namun, ada ketikanya orbit komet-komet ini diganggu oleh sesuatu dan terpesong masuk ke dalam sistem suria menuju ke arah Matahari.
Pada ketika inilah ia mula mencair dan membentuk koma (gas yang mengembang besar daripada nukleusnya) dan ekor yang panjang.
Walaubagaimanapun, untuk sesebuah komet bertukar menjadi bentuk tersebut, ia hendaklah berada hampir dengan Matahari, iaitu lebih kurang pada orbit Musytari.
Komet Bernardinelli-Bernstein ini ditemui nun jauh di belakang orbit Neptune, menerusi data tahun 2014-2018 tadi dan tidak menunjukkan ciri-ciri sebuah komet yang sedang ‘mencair’. Namun, disebabkan ia berjaya dikesan pada jarak tersebut, maka ahli astronomi berpendapat ia adalah sangat besar dan luar biasa.
Lakaran artis menunjukkan Komet Bernardinelli-Bernstein di dalam orbitnya yang jauh daripada Matahari. Penemuan ini agak unik kerana ia merupakan komet yang terbesar pernah ditemui setakat ini selain mempunyai orbit yang amat jauh sehingga mengambil masa jutaan tahun untuk melengkapi satu pusingan! Kredit: NOIRLab/NSF/AURA/J. da Silva
Setelah diumumkan penemuan komet ini menerusi badan Minor Planet Center, ahli astronomi menggunakan teleskop rangkaian Las Cumbres Observatory dan merakam gambar terbaru komet tersebut dan mendapati ia sudah menghasilkan koma, menjadikan ia secara rasmi sebagai sebuah komet.
Jarak paling jauh Komet Bernardinelli-Bernstein daripada Matahari ialah sekitar 40,000Astronomical Unit (AU). Ini bermaksud ia berada 40,000 kali ganda lebih jauh berbanding jarak Bumi ke Matahari.
Sebagai perbandingan lain, Pluto terletak pada jarak purata 39 AU sahaja.
Jarak ini menunjukkan Komet Bernardinelli-Bernstein berasal dari kawasan Awan Oort, sebuah kawasan dipercayai dipenuhi dengan komet-komet beku. Ia juga objek Awan Oort yang paling besar pernah ditemui setakat ini.
Ketika ini, Komet Bernardinelli-Bernstein berada pada jarak 20 AU (lebih kurang jarak ke planet Uranus) dan bersinar pada kecerahan magnitud 20.
Pada tahun 2031 ia akan berada pada titik paling hampir dengan Matahari (perihelion) pada jarak 11 AU (jarak ke planet Zuhal).
Jauh tu! Ini bermakna pada tahun 2031 nanti, ia masih terlalu jauh daripada Bumi untuk bersinar terang dan cerah di langit kita. Ia mungkin hanya dapat dilihat menerusi teleskop besar.
Walaupun begitu, ahli astronomi amat teruja kerana berpeluang menemui komet yang paling besar pernah dicerap, dan berjaya menemui komet ini cukup awal ketika ia masih jauh daripada Matahari, membolehkan kajian jangka panjang dapat dibuat dengan lebih terperinci.
Kita tunggu dan lihat berita seterusnya mengenai Komet Bernardinelli-Bernstein ini nanti.Komet gergasi 1000 kali ganda lebih masif dari biasa telah ditemui.
Apabila kita melihat Bulan setiap hari , kita akan dapat lihat permukaan atau bahagian Bulan yang sama sahaja akan kelihatan sepanjang masa. Ini memberi gambaran seolah-olah Bulantidak berputar di atas paksinya.
Lalu, ramai yang bertanya, adakah Bulan berputar seperti Bumi? Jawapannya YA.
Tapi nak terangkannya agak berbelit-belit. Maka itu, saya harapkan anda yang ingin tahu lebih lanjut, bacalah sampai habis.
Bulan bergerak mengelilingi Bumi setiap 27.322 hari. Ini bermaknanya, Bulan akan kembali ke titik permulaan ia bergerak di dalam orbitnya setiap 27.322 hari. Ahli astronomi menamakannya ini sebagai Bulan Sidereal.
Bulan berputar di atas paksinya selama lebih kurang 27 hari juga. Ini bermakna, sesiapa yang berada di Bulan, akan mengalami SATU HARI, yakni satu putaran lengkap siang dan malam, selama 27 hari kita di Bumi.
Sebagai perbandingan Bumi berputar di atas paksi dan mengalami siang dan malam selama 24 jam.
Ini bermaksud Bulan berputar di atas paksinya amat perlahan berbanding dengan putaran Bumi.
OK faham kan?.
Maka itu, kesan gabungan jangka masa Bulan berputar di atas paksi (~27 hari) dan jangka masa Bulan melengkapi satu pusingan orbit mengelilingi Bumi (27.322 hari), memberikan gambaran bagi kita di Bumi, seolah-olah ia ‘tidak berputar’ walhal hakikatnya sebaliknya.
Senario ini juga dikenali sebagai putaran synchronous.
Mungkin pening sikit nak faham dalam bentuk tulisan. Sila lihat video yang amat bagus yang dibuat oleh Dr. James O’Donoghue. Ia menunjukkan secara ‘serentak’ pandangan apa yang kita lihat dari Bumi, berbanding jika kita di angkasa lepas dan melihat Bulan (tanpa mengambil kira Bumi).
Video ini jelas menunjukkan andai kata kita berada di angkasa lepas, dan hanya melihat ke arah Bulan, sepanjang 27.322 hari ia bergerak mengelilingi Bumi, kita akan dapati Bulan itu pun berputar di atas paksi, dan setiap bahagian permukaan Bulan mengalami siang dan malam.
Walau pun begitu, putaran Bulan amat perlahan berbanding putaran Bumi. Cuba lihat betul-betul animasi video ini.
Bayang-bayang kawah di permukaan Bulan
Satu lagi contoh yang boleh saya cuba terangkan bukti Bulan berputar di atas paksi ialah dengan kita meneropong keadaan permukan Bulan itu sendiri dari hari ke hari.
Sebagai contoh, apabila kita duduk di halaman rumah kita bermula waktu Subuh, ketika itu langit masih gelap. Selepas lebih kurang sejam selepas itu, barulah kita nampak jasad Matahari terbit di timur dan menerangi halaman rumah kita ini. Kemudian pada waktu Maghrib, Matahari hilang di barat, kawasan rumah kita tadi ini kembali gelap.
Sekarang cuba andaikan kita berdiri di dalam salah satu kawasan kawah di permukaan Bulan.
Saya guna gambar permukaan Bulan yang saya sendiri rakam pada 18 dan 19 Julai 2021 di bawah.
Foto dirakam pada 18 Julai 2021 (atas), dan 19 Julai 2021 (bawah). Sila rujuk pos FB saya di sini dan sini.
Andai kata ‘rumah kita’ berada di kedudukan kawah A atau B. Pada 18 Julai, sebahagian besar kawasan kawah ini masih berada di dalam kegelapan. Jika kita berada di sana, cahaya Matahari masih tak kelihatan. Namun, pada 19 Julai, ia sudah menjadi terang benderang dan dilimpahi cahaya Matahari. Maka, ketika itu kita berada waktu siang dan dapat lihat Matahari semakin tinggi di ufuk sana.
Jika kita berada di dalam kawasan kawah C pula, pada 18 Julai, kawasan kita berada dalam kegelapan dan langsung tak kena cahaya Matahari, namun situasi berbeza pada 19 Julai di mana bibit-bibit cahaya Matahari mula menerangi sebahagian kecil kawasan kita tu.
Dengan mengambil kira situasi di atas, jelas menunjukkan jika kita yang berada di atas permukaan Bulan di kawasan A,B dan C itu, kita dapat melihat Matahari terbit di ufuk timur Bulan secara perlahan-lahan.
Hilal.
Satu lagi contoh ialah ketika kita mencerap anak bulan atau hilal, ataupun ketika Bulan masih muda berumur sekitar 2,3 hari. Pada waktu itu, sebahagian besar permukaan Bulan yang menghadap ke arah Bumi (yang kita dapat lihat setiap hati tu), berada dalam kegelapan. Ini bermaksud, sesiapa yang berada di bahagian Bulan yang menghadap ke arah kita, sedang mengalami waktu malam. Sesiapa yang berada di bahagian belakang Bulan yang kita tak dapat lihat dari Bumi, sedang menghadap ke arah Matahari dan mengalami waktu siang.
Foto di atas menunjukkan kawasan ‘gelap’ Bulan itu sebenarnya ‘muka yang sama’ yang kita lihat setiap hari dan hanya kelihatan jika kita set kamera pada dedahan yang panjang. Ini merunjukkan di kawasan tersebut ia sedang mengalami waktu malam.
Bulan Purnama.
Sama kes ketika Bulan purnama, sesiapa yang berada di permukaan Bulan dan menghadap ke arah Bumi, mereka sedang mengalami waktu siang. Manakala sesiapa yang berada di bahagian belakang Bulan, yakni kawasan yang kita tak dapat tengok, sedang mengalami waktu malam.
Keseluruhan kawasan Bulan yang menghala ke Bumi sedang mengalami waktu siang.
Dark Side of the Moon.
Maka, dari penerangan di atas juga menunjukkan TIDAK WUJUD kawasan di Bulan yang dikenali sebagai ‘Dark Side of the Moon’. Ini adalah kerana hampir 99% kawasan Bulan akan mengalami siang dan malam setiap 27.322 hari. Hanya beberapa spot kecil di celah-celah kawah di kawasan kutub utara dan selatan Bulan sahaja yang ‘selama-lamanya’ terlindung daripada cahaya Matahari.
Istilah yang betul di sini ialah FAR SIDE OF THE MOON, merujuk kepada kawasan bahagian Bulan yang berada di belakang pandangan kita di Bumi.
Kesimpulannya, Bulan berputar di atas paksi setiap 27.322 hari, jauh lebih lambat berbanding 24 jam putara Bumi. Kesan atau bukti Bulan berputar boleh dilihat menerusi pemerhatian atau cerapan berterusan perubahan bayang-bayang di atas permukaan Bulan, terutama di kawasan kawah atau gunung.