Quantcast
Channel: FALAKONLINE.NET
Viewing all 396 articles
Browse latest View live

Musim mencerap Zuhal sudah kembali! Jom!

$
0
0
Planet Zuhal merupakan objek yang paling cantik di langit. Foto oleh penulis pada tahun 2020. @shahgazer

Planet Zuhal akan berada paling dekat dengan Bumi pada 2 Ogos 2021 nanti. Bagi peminat astronomi dunia, inilah masa atau ‘musim’ paling sesuai untuk mencerap planet bergelang ini.

Pada hari tersebut, Zuhal akan berada bersetentang dengan Matahari. Satu fenomena yang dikenali sebagai istiqbal atau opposition. Di Bumi, kita akan dapat lihat planet ini terbit di timur sebaik sahaja waktu Maghrib (ketika Matahari terbenam).

Pada waktu opposition ini, kita berpeluang mencerap planet Zuhal sepanjang malam hinggalah ke waktu Subuh!

Rujuk Almanak Astronomi 2021 untuk fenomena-fenomena langit menarik.

Selain itu, jika kita perhatikan kedudukan planet Bumi dan Zuhal dari sudut ‘atas’ sistem suria ini, kita akan dapati Zuhal akan berada pada poin paling hampir dengan Bumi.

Kedudukan Zuhal, Bumi dan Matahari segaris pada 2 Ogos 2021 nanti. Saiz planet tidak ikut skala. Simulasi SkySafari 6 Pro.

‘Hampir’ itupun agak relatif! Jarak sebenar Bumi ke Zuhal pada ketika itu ialah sekitar 1,336,700,000 km! 

Billion km tu!!

Maka seperti biasa, saya harapkan janganlah ada di antara kita yang memviralkan fakta ini secara salah dan merapu-rapu hingga mengatakan planet ini akan berlanggar la, tanda akhir zaman lah dan lain-lain yang tiada kaitan.

Belajarlah sifat alam secara berfakta dan bukan main hentam saja..

Planet Zuhal mengorbit Matahari setiap 29 tahun. Bumi pula mengelilingi setiap 1 tahun sekali.

Andai kata Zuhal pegun dan tidak bergerak, fenomena opposition ini akan berlaku tepat setahun sekali. 

Walaubagaimanapun, Zuhal pun bergerak di dalam sepanjang satu tahun tu (walaupun amat perlahan berbanding Bumi). Oleh itu, untuk Bumi dan Zuhal kembali sejajar dengan Matahari, Bumi perlu bergerak ke hadapan sedikit untuk kembali ke posisi yang sama.

Kiraan falak menunjukkan, fenomena opposition ini berulang setiap 378 hari atau 1.035 tahun.

Kita boleh gambarnya pergerakan ini seperti jarum jam kita. Jarum ‘minit’ bergerak laju berbanding jarum ‘jam’. Apabila jarum ‘minit’ bergerak ke hadapan dengan pantas, jarum ‘jam’ pun bergerak tetapi agak perlahan. Untuk jarum ‘minit’ ini kembali bertingih dengan jarum ‘jam’, ia perlu berpusing lebih sedikit daripada satu pusingan lengkap 360 darjah tu.

Menerusi teleskop, Zuhal teramat cantik. Gelangnya senang dan jelas kelihatan walaupun kita menggunakan teleskop ‘mainan’ yang murah.

Malangnya, gelang Zuhal tidak dapat diihat menerusi Binokular. Alat ini tidak cukup power untuk melihatnya.

Jika kita berpeluang melihat planet ini menerusi teleskop yang besar, bukan sahaja kita dapat melihat gelangnya, malah gelang itu sendiri boleh dilihat berbelang-belang, di samping dapat juga sekali sekala melihat bulan-bulan Zuhal yang terang seperti bulan Titan.

‘Permukaan’ Zuhal tidaklah seperti Musytari (permukaan yang saya maksudkan di sini ialah lapisan awannya… Zuhal tak ada permukaan pejal macam Bumi). Jika Musytari penuh dengan bentuk-bentuk awan yang berlingkar-lingkar di seluruh ‘permukaannya’, Zuhal ni agak boring. Tidak banyak rupa bentuk awan unik yang dapat dilihat. Hanya belang-belang pudar sahaja yang kadangkala boleh kelihatan.

Menerusi kamera, ciri-ciri lain planet Zuhal ini mula terserlah dan jelas kelihatan.

Sebelum itu, kamera yang saya maksudnya di sini ialah kamera planetari seperti berjenama QHY atau ZWO. Jika anda menggunakan kamera DSLR, planet ini akan kelihatan lebih kurang sama dengan apa yang dilihat menerusi mata di dalam teleskop. Jika anda menggunakan kamera pada telefon bimbit, anda mungkin boleh zoom dekat dan boleh ‘nampak’ bentuk gelangnya, tetapi ia masih tidak seperti kamera planetari dan masih kurang sharp.

Menggunakan kamera planetari, gelang planet Zuhal ini akan kelihatan terbelah kepada beberapa bahagian. Paling jelas ialah gelang A (paling luar) dan gelang B. Garisan gelap yang membahagikan gelang A dan B ini dikenali sebagai Pembahagi Cassini (Cassini Division). Gelang C ialah paling dalam dan paling sukar untuk dilihat kerana ia halus dan agak gelap.

Foto oleh Michael A. Phillips dari Swift Creek, North Carolina

Seperkara yang menarik untuk kita perhatikan ialah sudut sengetnya gelang Zuhal untuk tahun 2021 ini berbeza dengan apa yang dilihat pada tahun 2020 lepas. Kali ini ia lebih ‘landai’ dan nampak seperti ‘kurus’ sedikit.

Sudut gelang planet Zuhal sedikit berbeza berbanding tahun lepas. Foto yang penulis rakam sendiri dari ShahGazer Observatory, Kuala Lumpur.

Ini disebabkan setiap tahun, kedudukan paksi Zuhal yang dilihat dari Bumi berbeza sedikit.

Sudut pandangan gelang Zuhal berbeza dari tahun ke tahun bergantung kepada kedudukan Bumi dan Zuhal di dalam orbit. Sumber.

Gelang planet Zuhal yang paling luas dan paling ‘curam’ atau paling ‘terbuka’ yang dapat dilihat dari Bumi ialah pada tahun 2017 lepas.

Keadaan gelang Zuhal paling terbuka luas pada tahun 2017 yang dirakam oleh penulis. @shahgazer

Selepas ini dari hari ke hari, gelang ini akan mula ‘menipis’ hinggalah tahun 2025, di mana ia kelihatan seperti satu garisan halus sahaja! Pada momen itu, dari Bumi kita melihat gelang Zuhal tepat dari sisinya.

Simulasi gelang Zuhal hampir ‘hilang’ apabila kita melihatnya daripada sudut ‘tepi’. Simulasi SkySafari 6 Pro.

Pusingan perubahan bentuk gelang Zuhal dari ‘nipis’ ke ‘terbuka’ berulang setiap 15 tahun.

Bulan paling besar di planet ini bernama Titan. Ia amat terang dan paling mudah dilihat menerusi teleskop, apatah lagi kalau kita rakam menerusi kamera.

Di langit kita, planet Zuhal akan kelihatan seperti sebutir ‘bintang’ yang agak cerah di ufuk sebelah timur sekitar waktu Isya’. Ia berada di dalam buruj Capricorn yang tidak mempunyai banyak bintang-bintang secerah Zuhal. 

Jika anda lakukan cerapan lewat sikit, katalah sekitar 2 jam selepas Isya’, ada sebuah lagi planet yang jauh lebih terang, iaitu Musytari akan mula terbit. Ketika ini, ada boleh menggunakan Musytari sebagai panduan untuk menjejaki planet Zuhal. 

Planet Zuhal lebih mudah dijejaki kedudukannya dengan berpandukan planet Musytari yang jauh lebih terang. Simulasi ini menunjukkan waktu sekitar 1-2 jam selepas Isya’.

Fenomena opposition ini berlaku setiap tahun dan telah berulang saban tahun sejak wujudnya sistem suria ini. Ia adalah momen yang menarik untuk diamati tetapi ia bukanlah sesuatu yang amat penting hinggakan kita KENA PERGI TENGOK pada tarikh tersebut!

Jangan bayangkan pulak, planet Zuhal ini hanya muncul pada 2 Ogos nanti! Salah tu! 

Zuhal sekarang pun sudah boleh dilihat selepas waktu Isya’ dengan jelas. Malah, ia boleh dilihat hampir sepanjang tahun. Andai kata anda terlepas nak tengok pada 2 Ogos nanti, ia masih boleh dilihat esok lusa dan berbulan-bulan selepas itu!

Jangan risau dan gelabah tak tentu arah! 😉

Satu lagi perkara yang saya pernah lihat di dalam ruangan komen media sosial sebelum ini ialah, apabila fenomena ini berlaku, graviti Zuhal akan memberi kesan kepada Bumi d bla bla bla…. itu semua salah. Graviti Zuhal amat kecil dan tiada kesan langsung kepada kita di Bumi. Maka, tak perlukan buat anggapan yang pelik-pelik dan memviralkan cerita sensasi sana-sini.

Letih pakcik nak melayannya…

Planet Zuhal merupakan di antara objek yang paling cantik dan boleh memberi impak yang besar terhadap seseorang. Ramai yang boleh ‘terjebak’ ke dalam astronomi apabila dia melihat planet ini kali pertama menerusi teleskop. 

Di dalam musim pandemik ini, agak malang kita tidak dapat melihat bersama-sama planet ini menerusi aktiviti cerapan awam. Namun begitu, InsyaAllah jika cuaca mengizinkan, saya akan cuba menyiarkan secara live planet Zuhal ini menerusi channel Youtube saya menerusi segmen LiveSGO dan juga di Facebook saya dari semasa ke semasa.

Selamat mencerap.

The post Musim mencerap Zuhal sudah kembali! Jom! appeared first on FALAKONLINE.NET.


Peluang melihat juraian meteor Perseids yang banyak untuk tahun 2021.

$
0
0

Musim juraian meteor Perseids sudah kembali.  Ia merupakan salah satu daripada dua buah juraian meteor yang amat aktif dan menghasilkan bilangan meteor yang banyak.

Setiap tahun dalam bulan Julai dan Ogos, Bumi memasuki ke dalam kawasan debu dan habuk peninggalan sebuah komet bernama 109P/Swift-Tuttle. Komet ini mengelilingi Matahari setiap 133 tahun, dan kali terakhir ia masuk ke kawasan pendalaman sistem suria ialah pada tahun 1992. Namun begitu, walaupun sekarang komet ini berada jauh daripada Matahari, habuk dan debu yang ditinggalkannya masih wujud di sepanjang laluan komet itu. Habuk dan debu inilah yang dilanggar oleh Bumi dan dikenali sebagai meteor-meteor Perseids.

Sebuah meteor melintas di hadapan planet Venus yang dirakam oleh Emma pada 14 Disember 2018 menggunakan kamera Fujifilm X-A1 18mm f2.8 30″ ISO 2000. Sumber.

Prospek penampakan meteor Perseids tahun 2021 ini amat baik. Ini adalah kerana tiada cahaya Bulan yang akan mengganggu dan menerangkan langit malam.

Bulan masih berada di dalam fasa sabit yang kecil dan terbenam awal, iaitu sekitar 1 atau 2 jam selepas Isya’. Maka itu, kondisi langit yang gelap pada waktu tengah malam hingga ke Subuh membolehkan kita melihat lebih banyak meteor.

Menurut laporan International Meteor Organization (IMO), meteor Perseids ini sudah pun mulai aktif pada 17 Julai yang lalu dan akan berterusan hingga 24 Ogos.

Tangkap layar dari laporan IMO

Kemuncaknya akan berlaku di antara jam 3 pagi hingga 6 pagi, 13 Ogos 2021 waktu Malaysia.

Nota: Saya ada tersilap tulis tarikh di dalam Almanak Astronomi 2021, di mana sebelum ini saya letakkan 12 Ogos 3-6 pagi. Tarikh puncak sebenar waktu Malaysia ialah 13 Ogos 3-6 pagi. Saya dah verify kembali dengan maklumat di laman web IMO. Harap maklum.

Kadar ZHR ialah 110 meteor setiap jam.

Seperti biasa, bilangan 110 meteor sejam ini hanya akan dapat dicapai jika kita melihatnya dari kawasan yang 100% gelap tanpa gangguan cahaya, dan titik muncul (radian) berada di atas kepala.

Titik muncul atau radian meteor Perseids ini ialah di sekitar buruj Perseus, sebuah buruj yang terang di langit utara.

Buruj ini mula terbit sekitar 2 pagi di Semenanjung, dan 1 pagi di Sabah, di kawasan ufuk sebelah timur laut.

Kawasan titik muncul (radian) meteor Perseids ialah dari kawasan buruj Perseus. Rajah menunjukkan kedudukan titik radian pada jam 3 pagi (2 pagi di Sabah). Simulasi SkySafari 6 Pro.

Menjelang Subuh ia akan berada tinggi di langit utara.

Oleh itu, berdasarkan kedudukan waktu terbit buruj ini, dan juga waktu kemuncak meteor ini muncul, saya boleh katakan untuk tahun 2021 ini kita di Malaysia dan Asia Tenggara berpeluang cerah menyaksikan kemunculan meteor-meteor yang banyak.

Untuk meningkatkan peluang melihat kemunculan meteor ini, pastikan anda lakukan cerapan di kawasan lapang dan tiada halangan seperti bangunan, pokok atau rumah. Jangan duduk tepi tingkap rumah dan berharap dapat lihat meteor. Kena rajin dan cari kawasan lapang.

Langit perlukan gelap dan persekitaran harus jauh dari silau cahaya yang terang.

Lakukan cerapan bermula tengah malam hingga ke Subuh. Itulah waktu mula munculnya meteor-meteor Perseids.

Anda tidak perlu melihat ke arah utara di buruj Perseus untuk melihat meteor-meteor ini. Ia akan muncul di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Tips saya ialah:

  1. Pandang ke kawasan langit paling gelap di kawasan anda.
  2. Baring dan pandang serta fokus di satu kawasan langit sahaja.
  3. Cuba kira bilangan meteor yang dapat dilihat. Catatkan juga waktu ia muncul. Rekod ini amat berharga nanti.
  4. Minum kopi banyak-banyak.
  5. Jangan buka handphone ketika lakukan cerapan. Cahaya dari telefon itu amat silau dan boleh mengganggu penglihatan anda.
  6. Jika nak guna lampu juga, gunalah lampu torch light yang dibalut dengan plastik merah.
  7. Jangan nak mengada-ngada tembak laser pointer hijau ke langit. Cahaya laser hijau itu amat terang dan menyilaukan.
Sila padamkan paparan telefon bimbit ketika cerapan meteor. Cahayanya boleh mengganggu. (Gambar hiasan)

Agak malang kita masih di dalam musim pandemik, maka tiada cerapan awam yang dapat dilakukan.

Walau bagaimanapun, rakan kita di Dark Sky Malaysia akan lakukan cerapan meteor Perseids secara online nanti. Anda dipersilakan bersama-sama dengan team DSM di Sabah.

Tidak semestinya anda lakukan cerapan pada tengah malam hingga ke  Subuh 13 Ogos itu. Anda sebenarnya boleh mencuba pada 1 atau 2 hari sebelum dan selepas tarikh itu.

Anda boleh rujuk artikel-artikel meteor di FalakOnline mengenai cara untuk merakam gambar meteor-meteor ini.

Selamat mencerap!

The post Peluang melihat juraian meteor Perseids yang banyak untuk tahun 2021. appeared first on FALAKONLINE.NET.

Lucy, misi asteroid unik 8 dalam 1

$
0
0

Selalunya apabila kita memikirkan misi angkasa lepas ke objek-objek seperti planet, komet dan asteroid, selalunya ia melibatkan 1 atau 2 buah objek sahaja. Namun, misi terbaru NASA bernama Lucy, bakal memecah rekod dengan melawati 8 buah asteroid di dalam misi yang akan menjangkau 12 tahun!

Kuar angkasa yang diberi nama Lucy ini, boleh kita anggapkan sebagai sebuah ahli arkeologi robot!. Ia akan cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti bagaimana planet-planet gergasi seperti Mustari, Zuhal, Uranus dan Neptune terbentuk ketika di awal pembentukan sistem suria.

Lucy akan melakukan 8 kali lintas terbang atau flyby terhadap 3 jenis kumpulan asteroid yang berlainan, iaitu asteroid yang berada di dalam kawasan gelang asteroid (orbit di antara Marikh dan Musytari), dan 2 buah kumpulan asteroid yang bergelar asteroid Trojan.

Asteroid-asteroid Trojan ini unik kerana ia berkongsi orbit dengan sesebuah planet. Kumpulan asteroid ini akan wujud secara berkelompok di hadapan dan di belakang planet yang berkongsi orbit dengannya.

Walaupun ia berkongsi orbit, asteroid-asteroid ini tidak akan berlanggar dengan planet tersebut kerana kedudukannya akan sentiasa berada samada 60 darjah di hadapan planet itu, ataupun 60 darjah di belakang.

Rajah di atas menunjukkan titik-titik stabil yang dikenali sebagai Poin Langrange yang berada di dalam sistem Bumi-Matahari. Kedudukan ini sama untuk kes sistem Muystari-Matahari. (Rajah kredit NASA/WMAP Science Team)

Kedudukan ini dipangil sebagai poin Lagrange, sebuah kawasan di angkasa lepas di mana pengaruh graviti di antara planet tersebut dan Matahari adalah stabil dan seimbang.

Di dalam misi Lucy, kuar angkasa ini akan keluar masuk ke kawasan asteroid-asteroid Trojan yang berkongsi orbit dengan planet Musytari.

Sebanyak 10,000 buah asteroid Trojan telah ditemui di dalam orbit planet Musytari ini. Asteroid-asteroid ini dipercayai saki baki bahan-bahan yang membentuk planet Musytari yang telah wujud sejak awal pembentuk sistem suria, lebih 3.8 bilion tahun dahulu.

Saiz-saiz asteroid Trojan ini boleh jadi sekecil beberapa kilometer hinggalah sebesar ratusan kilometer. Kawasan ini dikatakan satu-satunya kawasan di dalam sistem suria yang belum pernah diterokai atau dikaji dengan dekat oleh manusia.

Perjalanan Lucy sepanjang 12 tahun ini cukup menakjubkan bagi peminat roket dan mekanik samawi (celestial mechanics).

Apabila Lucy dilancarkan pada 16 Oktober 2021 lepas, ia akan melakukan satu pusingan mengelilingi Matahari dan pada Oktober 2022, ia akan kembali menghampiri Bumi. Lucy akan menerima bantuan graviti (gravity assist) dari Bumi dan meneruskan perjalanan mengelilingi Matahari dengan kelajuan yang bertambah serta orbit yang lebih elips. Orbit baru ini akan mengambil masa 2 tahun lagi sebelum kuar angkasa ini kembali ke Bumi, dan meminjam graviti Bumi sekali lagi dan dipecutkan ke arah kawasan asteroid Trojan di dalam orbit planet Musytari.

Laluan perjalanan kuar angkasa Lucy sepanjang 12 tahun. Sumber Youtube NASA Goddard.

Di dalam perjalanan menuju ke kawasan itu, Lucy akan melintas berhampiran dengan sebuah asteroid (bukan Trojan) yang berada di dalam kawasan gelang asteroid utama, iaitu asteroid bernama Donaldjohanson. Ini ialah asteroid yang paling kecil (4 km) di antara 8 target utama misi ini dan ketika lintasan ini berlaku, jurutera Lucy akan menguji beberapa peralatan penting untuk mempastikan semua berfungsi dengan baik.

Asteroid Donaldjohanson ini ialah asteroid jenis-C, dan dipercayai kaya dengan unsur karbon, sama seperti asteroid Bennu dan Ryugu. Lintasan dengan asteroid ini akan berlaku pada 20 April 2025.

Kemudian Lucy akan meneruskan perjalanan menuju ke target pertama di dalam kawasan Trojan ini, iaitu asteroid Eurybates yang bersaiz 64 km. Uniknya asteroid ini ialah apabila ia dicerap oleh Teleskop Angkasa Hubble pada tahun 2019, di dapati ada sebuah ‘bulan’ kecil yang mengorbitnya. ‘Bulan’ asteroid ini diberi nama Queta dan dipercayai saiznya hanya 1 km sahaja. Lucy akan sampai ke asteroid ini pada 12 Ogos 2027.

Lakaran artis menunjukkan saiz relatif 8 buah asteroid yang akan diterokai oleh misi NASA, Lucy. (Kredit: NASA Goddard/YouTube)

Sebulan selepas itu, Lucy akan singgah ke asteroid Polymele yang mempunyai saiz 21 km. Asteroid ini adalah jenis-P, sebuah kelas asteroid yang mempunyai warna kemerahan dan dipercayai terbentuk dari bahan-bahan organik. Lintas terbang ini akan berlaku pada 15 September 2027.

Lucy kemudian akan ‘singgah’ ke asteroid bersaiz 40 km, iaitu Leucus, Asteroid ini berputar amat perlahan di atas paksinya, iaitu selama 446 jam. Saintis berpendapat putaran yang amat perlahan ini mungkin akan menyebabkan sebahagian asteroid ini lebih ‘panas’ berbanding bahagian lain. Saiz asteroid ini juga dipercayai agak bujur kerana kecerahannya didapati tidak konsisten apabila dicerap dari Bumi. Lucy akan melintasi asteroid ini pada 18 April 2028.

Lebih kurang setahun selepas itu, asteroid Orus pula akan dilawati. Asteroid ini bersaiz 51 km dan juga jenis asteroid kelas-D yang kemerahan. Saiz asteroid ini hampir sama dengan Eurybates, dan membolehkan saintis mempunyai perbandingan di antara kedua asteroid tadi.

Kesemua asteroid di atas berada di dalam kawasan poin Lagrange bernama L4, iaitu kawasan Trojan yang berada 60 darjah di ‘hadapan’ atau ‘mendahului’ planet Musytari.

Lucy akan kemudian keluar dari kawasan L4 dan kembali bergerak menghampiri Bumi sekali lagi. Kali ini ia akan sekali lagi ‘meminjam’ tenaga graviti Bumi untuk bergerak ke kawasan L5, iaitu kumpulan asteroid Trojan yang berada di ‘belakang’ atau ‘mengekori’ planet Musytari.

Perjalanan ke kawasan L5 mengambil masa 5 tahun. Di sini Lucy akan melawati sebuah sistem asteroid berkembar, Patroclus (113 km) dan Menoetius (104 km). Saintis amat teruja dengan lintasan terakhir ini kerana asteroid berkembar seperti ini dipercayai adalah contoh terbaik bagaimana planet-planet terbentuk.

Lintasan ini juga boleh dikatakan amat bernasib baik kerana kedua-dua asteroid ini mempunyai satah orbit yang agak curam berbanding satah orbit sistem suria. Kebetulan ketika Lucy bergerak di kawasan L5 ini, kedua-dua asteroid ini berada tidak jauh dari laluan kuar angkasa ini. Lintasan ini akan berlaku pada 3 Mac 2033.

Jika kesemua misi ini berjaya, NASA mungkin akan meneruskan lagi dengan misi tambahan, dan cuba mencari target tambahan yang berada di kawasan poin Lagrange ini.

Misi-misi ke asteroid bakal menjadi tumpuan agensi-agensi angkasa negara-negara maju dalam masa 10-20 tahun mendatang kerana masih banyak perkara yang kita belum benar-benar faham mengenai unsur-unsur kecil seperti asteroid ini.

Rujukan:

The post Lucy, misi asteroid unik 8 dalam 1 appeared first on FALAKONLINE.NET.

Menanti penuh debaran pelancaran James Webb Space Telescope

$
0
0

2007, itulah jadual asal pelancaran teleskop angkasa terbaru, James Webb Space Telescope. 14 tahun kemudian, ia masih belum dapat dilancarkan.

Namun, akhirnya berdasarkan maklumat dari NASA, teleskop ini akan dilancarkan pada 24 Disember 2021 ini.

Apa yang kecoh sangat mengenai JWST ni?

Bagi yang telah mengikuti kisah JWST ini selama bertahun-tahun pasti sudah tahu kepentingan teleskop ini. Ia digelar sebagai pengganti kepada Teleskop Angkasa Hubble (HST). Walaupun begitu ia sebenarnya jauh lebih daripada itu. JWST ialah sebuah balai cerap angkasa pelbagai guna (mutipurpose observatory) . Ia akan menggantikan peranan HST sebagai teleskop ulung dunia di dalam usaha manusia mempelajari rahsia alam semesta.

HST ialah sebuah teleskop veretan yang dah tua! Teleskop ini sudah beroperasi selama 31 tahun di dalam orbit di sekeliling Bumi.

Kita boleh panggil dia ni teleskop otai la kot!

Namun, seperti makhluk lain, tidak ada yang kekal. HST sudah mula menunjukkan keuzurannya dengan kerosakan demi kerosakan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dahulunya, jika HST rosak, misi angkasa NASA yang menggunakan Space Shuttle akan dihantar ke orbit untuk proses baik pulih atau tukar alat baru. Namun begitu, apabila misi Space Shuttle ini ditamatkan pada tahun 2011, kita tidak ada cara untuk naik ke orbit dan melakukan kerja penyelenggaran atau baik pulih ke atas HST ini.

Justeru, teleskop pengganti bernama James Webb Space Telescope atau singkatannya JWST dicadangkan.

Keupayan JWST dijangka akan dapat menyelongkar rahsia seperti:

  • Mengkaji dengan lebih mendalam kandungan atmosfera di dalam eksoplanet yang kita ketahui sehingga hari ini. Ini termasuk mencari kewujudan air, karbon dioksida dan metana, yang mana kehadrian ketiga-tiga komponen ini boleh menunjukkan mungkin wujud kehidupan di sana.
  • Ahli astrofizik, orang yang mengkaji alam semesta dalam skala yang lebih besar, akan berpeluang melihat galaksi-galaksi yang mula wujud 100 juta tahun sahaja selepas berlakunya Big Bang atau letusan besar.
  • Para pengkaji planet akan dapat mengkaji perubahan atmosfera di planet-planet seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune dengan lebih mendalam.

Projek JWST ini bukan milik NASA sahaja. Ia merupakan kerjasama di antara Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada, yang mana masing-masingnya ada menyumbang kepada sebahagian daripada kos teleskop ini.

Oh ya… projek ini sekarang bernilai 10 bilion dollar!

Bagaimana JWST ini lebih hebat daripada HST?

Kita tahu HST meneropong alamn semesta menggunakan julat cahaya nampak (visible light) atau lebih senang nak faham, cahaya pelangi yang kita nampak dengan mata.

Namun, ia juga mampu melihat julat cahaya seperti ultraviolet dan near-infrared pada tahap sensitiviti antara 100 nanometer hingga 1.8 micron sahaja. Kalau HST nak tengok lebih dari itu, ia tidak berupaya kerana faktor saiz cerminnya yang kecil, dan juga jarak orbitnya yang hampir dengan Bumi, menghadkan kajian di dalam julat cahaya yang lain.

Apa yang HST nampak hanya sebahagian kecil daripada julat cahaya yang ada di langit. Jika kita hanya mengharapkan HST sahaja, kita sebenarnya telah mengabaikan maklumat lain yang lebih penting.

Antara kelemahan HST ialah ia tidak mampu melihat apa-apa objek yang diselubungi oleh debu dan habuk. Di angkasa lepas sebenarnya penuh dengan debu dan habuk. Debu dan habuk ini menghalang cahaya untuk sampai ke kita. Namun, objek-objek ini mengeluarkan haba, ia haba akan bersinar terang di dalam julat cahaya infra-merah.

Di sinilah antara peranan utama JWST. Teleskop ini akan fokus kepada cerapan di dalam julat cahaya infra merah. Ia mampu menembusi kepulan habuk dan debu ini, seterusnya kita boleh tahu apa yang sedang berlaku di dalam kepulan-kepulan ‘asap’ ini.

Satu lagi perkara menarik ialah JWST ini akan ditempatkan di dalam orbit stabil yang dipanggil sebagai poin Lagrange L2. Ia merupakan satu titik di angkasa yang terletak 15 juta kilometer daripada Bumi. Di sini gabungan graviti Bumi dan Matahari akan membolehlah JWST ‘di-parking’ di situ secara kekal.

Pada kedudukan L2 ini, JWST akan sentiasa mengadap ke arah berlawanan daripada Bumi , Bulan dan Matahari. Ini bermaksud ia akan sentiasa pandang ke arah langit yang gelap jauh dari silau cahaya tiga objek terang tadi.

Perjalanan ke titik L2 ini mengambil masa 1 bulan. Kedudukan yang jauh ini tidak memungkinkan kita boleh ‘pergi’ ke sana, jika berlaku sebarang kerosakan! Maknanya, jika ada komponen JWST ini rosak, kiranya pakai buang je la!

Itulah sebabnya kalau kita follow twitter pengendali JWST, samada saintis atau jurutera, mereka sekarang ini berada di dalam situasi stress yang berpanjangan!

Apa pun kita nantikan dulu pelancaran teleskop ini. Doakan ia berjaya kerana maklumat yang kita bakal perolehi daripada JWST ini apabila ia mula beroperasi nanti bakal menggegarkan dunia kajian astronomi secara amnya.

Bacaan lanjut:

The post Menanti penuh debaran pelancaran James Webb Space Telescope appeared first on FALAKONLINE.NET.

Cheatlist: Membezakan antara komet, meteor dan asteroid

$
0
0

Tulisan di bawah ialah posting saya di FB mengenai perbezaan di antara komet, meteor dan asteroid. Saya dapati masih ramai keliru sifat-sifat ketiga-tiga objek ini. Senarai cheatlist ini diharapkan dapat membantu. Ia fokus kepada sifat nampak objek-objek ini, dan saya tak mahu tumpukan sangat kepada sifat fizikal/teori kerana itu dah masuk bab planetary science.


METEOR

1. bergerak laju rentas langit

2. muncul 2-3 saat lepas tu hilang,

3. selalunya terang senang nampak dengan mata kasar.

4. boleh kadang2 dapat rakam dengan video sebab terang. (henfon tak boleh)

5. Boleh rakam guna kamera, bukan senang… tapi masih boleh.

5. Ia berada atas kepala kita masuk atmosfera pada ketinggian 70-90 km dari Bumi lepas tu dia hancur.

6. Meteor akan banyak muncul pada tarikh-tarikh penting juraian meteor seperti Geminids, Perseids dan lain-lain. Waktu-waktu malam lain ada juga meteor muncul tapi tak banyak. 

7. Meteor tak boleh tau bila dia muncul, arah mana dia muncul , secerah mana dia muncul sebab dia orang ni benda-benda kecik seperti habuk debu. Kita hanya boleh tunggu dan lihat je.

8. Kalau meteor A muncul di Semenanjung, ia mungkin tak dapat dilihat di Sabah. Sebab meteor ni sangat rendah dan bumi ini bulat. (refer juga fakta (5).)

9. Bila meteor muncul, dia nampak seperti panjang berekor. Tu kot orang suka panggil ‘bintang berekor’.

10. Meteor ni kena tunggu dan lihat baru boleh nampak. Cuma kadang2 nasib baik yang terang2 kita boleh secara tak sengaja ternampak..contoh masa kita tengah jalan ke, naik kereta ke..masuk dalam dashcam kereta ke

KOMET

1. gerak perlahan (sama macam pergerakan bintang2 di langit),

2. berubah kedudukan sikit je dari hari je hari. (contoh kalau hari ni dia dekat bintang A, esok pun dia masih area-area bintang A jugak)

3. boleh muncul berbulan-bulan (sebab dia jauh dari bumi, pergerakan dia nampak slow)

4. kelam susah nampak dengan mata (amat-amat jarang yang terang2 muncul), majoriti kena guna teleskop.

5. tak boleh rakam dengan video (sebab kelam) 

6. kena rakam guna kamera dan kena set exposure panjang sikit untuk bagi terang dan jelas

7. Kalau nampak ada video komet, itu sebenarnya orang gabungkan puluhan gambar dan dijadikan video (macam time lapse)

8. Ia gerak di angkasa lepas mengorbit matahari. Jarak puluhan malah ratusan JUTA km dari Bumi.

9. Tak masuk atmosfera Bumi (dia bukan macam meteor)

10. Kita boleh kira kedudukan komet menggunakan formula falak sedia ada dan masukkan dalam software untuk check kedudukan dia. Sebab komet ni jauh dari Bumi, boleh dilihat berbulan-bulan sebelum ia menghampiri matahari dan kita sempat buat rumus dan kira kedudukannya.

11. Kecerahan komet boleh diramal, tetapi ia boleh berubah-ubah jugak. Sebab kita tak tahu ialah komet ni ais yang beku, bila gerak hampir dengan matahari dia mungkin akan berpecah sana sini, meletup sana-sini.

12. Komet ni kalau ada di langit, seluruh dunia akan nampak komet yang sama.

13. Kalau kita tengok dalam teleskop atau gambar, kita akan nampak komet ini ada ekor. Lawa.

14. Komet tak boleh nampak senang2 gitu je. Kita kena CARI dia baru jumpa. Tak boleh nampak komet masa kita tengah jalan pergi surau, naik motor dan lain-lain. Kita kena CARI barulah JUMPA. (bukan macam meteor)

ASTEROID

1. gerak perlahan (sama macam pergerakan bintang2 di langit),

2. berubah kedudukan sikit je dari hari je hari. (contoh kalau hari ni dia dekat bintang A, esok pun dia masih area-area bintang A jugak)

3. boleh muncul berbulan-bulan (sebab dia jauh dari bumi, pergerakan dia nampak slow)

4. kelam susah nampak dengan mata (amat-amat jarang yang terang2 muncul), majoriti kena guna teleskop.

5. tak boleh rakam dengan video (sebab kelam) 

6. kena rakam guna kamera dan kena set exposure panjang sikit untuk bagi terang dan jelas

7. Kalau nampak ada video asteroid gerak-gerak, itu sebenarnya orang gabungkan puluhan gambar dan dijadikan video (macam time lapse) dan dirakam menerusi teleskop.

8. Ia gerak di angkasa lepas mengorbit matahari. Jarak dari ratusan RIBU km hingga  ratusan JUTA km dari Bumi. Ada yang lintas hampir dengan orbit Bumi (lintas bukan langgar tau.. istilah kena betul)

9. Tak masuk atmosfera Bumi sebab dia berada di jauh.

10. Kita boleh kira kedudukan asteroid menggunakan formula falak sedia ada dan masukkan dalam software untuk check kedudukan dia. Sebab asteroid ni jauh dari Bumi, boleh dilihat berbulan-bulan sebelum ia menghampiri matahari dan kita sempat buat rumus dan kira kedudukannya.

11. Kecerahan asteroid boleh diramal dan agak konsisten. Jarang asteroid buat perangai dan ubah2 kecerahan dia macam komet tu.

12. Asteroid ni kalau muncul di langit, seluruh dunia akan nampak asteroid yang sama.

13. Asteroid ialah seketul batu-besi. Dia tak ada ekor. Dalam gambar nampak macam bintang je, tak best langsung.

14. Asteroid pun kita kena CARI dulu baru JUMPA. Itu pun kena guna binokular atau teleskop atau ambik gambar (bukan dengan henfon). Tak boleh nampak asteroid masa tengah drive. Sebabnya dia kelam.

* Kalau ada tambahan fakta, pakcik akan tambah sikit2

https://falakonline.net/semesta/?s=meteor

https://falakonline.net/semesta/?s=asteroid

https://falakonline.net/semesta/?s=komet

Rujukan lain:

https://www.livescience.com/difference-between-asteroids-comets-and-meteors.html

https://skyandtelescope.org/astronomy-resources/what-are-asteroids-comets-meteors/

https://www.lpi.usra.edu/education/explore/solar_system/background/background4.shtml

The post Cheatlist: Membezakan antara komet, meteor dan asteroid appeared first on FALAKONLINE.NET.

Jom teropong langit minggu ini (1-7 Januari 2022)

$
0
0

Sabtu, 1 Januari

Ada beberapa lintasan atau conjunction yang menarik yang berlaku sekitar waktu Subuh hari ini. Bulan sabit tua yang berada rendah di ufuk timur sekitar waktu Subuh tu akan kelihatan melintas hampir dengan planet Marikh dan bintang Antares.

Marikh paling hampir dengan Bulan (di atas), sementara bintang Antares akan berada sedikit jauh ke arah jarum jam pukul 2.

Kedudukan Bulan, Marikh dan bintang Antares sekitar waktu Subuh. Simulasi SkySafari.

Planet Marikh ketika ini berada jauh di belakang Matahari dan jika kita nak teropong pun, ia terlalu kecil dan tak nampak apa-apa ciri menarik di permukaannnya.

Pada waktu Maghrib, planet Zuhrah sudah menjunam rendah ke ufuk barat dan semakin rendah setiap hari. Ia sedang menunju ke posisi inferior conjunction pada 8 Januari nanti, yang mana ia akan melintasi hampir tepat di antara Matahari dan Bumi.

Utarid juga berada hampir dengan Zuhrah, di sebelah arah jam pukul 10. Cuba cari planet ini berpandukan Zuhrah. Tapi kena cepat sebab menjelang Isya’ kedua-dua planet ini sudah pun terbenam.

Musytari dan Zuhal juga semakin rendah. Musytari masih tinggi dan terserlah kecerahannya. Zuhal agar pudar dan kita mudah terkelirunya seolah-olah seperti ‘bintang biasa’!

Komet Leonard masih berada di sekitar kawasan langit barat. Namun kedudukannya dengan Bumi makin jauh. Laporan terkini (setakat 30 Dis) menyatakan kecerahannya pada jatuh pada magnitud 5.

Kedudukan Komet Leonard sekitar 45 minit selepas Maghrib. Simulasi SkySafari

Ahad, 2 Januari

Bulan akan berada pada kedudukan perigee, iaitu sekitar jarak 358036 km daripada Bumi. Momen ini berlaku sekitar 19 jam sebelum masuknya fasa Bulan Baru. Selalunya waktu sebegini air pasang besar akan berlaku dan kebetulan METMalaysia meramalkan hujan berterusan sekitar waktu ini, maka saya doakan agar semua selamat dan sentiasa berjaga-jaga.

Apa pun jangan tanya bab cuaca kepada ahli astronomi, sebab ini bukan bidang astronomi. Kena tanya ahli yang mengkaji cuaca atau pakar cuaca. Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar!

Pada waktu Isya‘, cuba perhatikan di sebelah timur. Buruj Orion sudah semakin tinggi dan bintang tercerah di langit, iaitu Sirius sudah mula terbit awal dan boleh dilihat rendah di ufuk. Bintang Sirius pernah dikenali sebagai bintang yang menunjukkan bermulanya musim banjir dari Sungai Nil oleh tamadun mesir kuno. Namun disebabkan peralihan paksi pusingan Bumi kesan (yang berpusing-pusing di dalam satu bulatan besar setiap 26,000 tahun , juga dikenali sebagai fenomena precession), waktu banjir Sungai Nil tidak sama dah dengan kemunculan bintang ini seperti zaman Mesir dahulu.

Kedudukan buruj Orion sekitar waktu Isya’. Simulasi SkySafari

Isnin, 3 Januari

Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 2:35 AM.

Pada menjelang waktu Subuh, cuba cari planet Marikh. Ia masih berada di kedudukan yang lebih kurang sama saja. Jangan keliru pula dengan menyangkakan Marikh hanya kelihatan satu hari je. Ia sebenarnya boleh dilihat pada hari-hari berturutan dan bukannya jenis sekejap ada sekejap tak ada!

Satu perkara yang menarik ialah bermula hari ini planet Marikh sudah mula masuk dalam lingkungan 5 darjah dari sebuah kluster bintang bernama M 19. Jika anda mempunyai binokular atau lens kamera yang boleh merakam FOV 5 darjah, boleh cuba rakam kedua-dua objek ini.

Pada waktu Maghrib, teruskan pencarian planet Utarid. Kedudukan planet ini sedikit tinggi berbanding semalam.

Planet Zuhrah pula sudah makin rendah dan jika anda cuba cari 30 minit selepas Maghrib, memang tak akan nampak dah sebab planet ini sudah pun terbenam!

Komet Leonard masih ada dan belum hilang. Cuma kena cari menggunakan binokular atau teleskop baru mudah nak nampak. Kecerahannya dijangka semakin pudar setiap hari.

Buruj Andromeda sedang tinggi di sebelah utara. Bagi peminat Galaksi Andromeda, ini adalah waktu yang terbaik untuk merakam galaksi ini. Saya secara peribadi belum pernah berusaha untuk merakamnya kerana keadaan langit di rumah saya ini penuh dengan pencemaran cahaya. Tetapi bagi anda yang bernasib baik duduk di kawasan langit gelap, boleh cuba mencari galaksi ini.

Galaksi Andromeda, M 31. Imej dari DSS2 Aladin

Selasa, 4 Januari

Meteor Quadrantid akan memuncak pada jam 5 pagi. Meteor ini muncul dari langit sebelah timur laut dan menurut rekod kenampakan bilangan meteor ini disekitar 60 hingga 200 meteor setiap jam!

Tetapi kita kena tahu juga satu faktor penting, meteor Quandrantid ini hanya akan memuncak dalam lingkungan 4 jam sahaja! Maknanya, ia akan bermula aktif sekitar jam 3 pagi hingga 7 pagi waktu Malaysia.

Malangnya, radian meteor ini hanya terbit pada jam 4 pagi. Maka, bilangan meteor yang kelihatan tidaklah sebanyak seperti yang telah direkod oleh pencerap meteor sebelum ini.

Kedudukan radian meteor Quadrantids. Simulasi SkySafari

Walaupun begitu, prospek tahun 2022 ini agak bagus kerana tiada cahaya Bulan mengganggu pada waktu menjelang Subuh 4 Januari ini.

Pada waktu Maghrib, perhatikan kemunculan kembali Bulan sabit yang halus di langit barat. Ia akan berada hampir dengan planet Utarid dan juga planet Zuhal.

Rabu, 5 Januari

Subuh ini, teruskan pemerhatian terhadap planet Marikh dan juga kluster M 19. Kalau anda mengikuti pergerakan planet ini dari hari ke hari, anda akan dapat lihat kedua-dua objek ini semakin hampir antara satu sama lain.

Planet Zuhrah berada sekitar 7 darjah sahaja daripada Matahari. Secara amnya planet ini terlalu hampir dengan Matahari dan susah nak dilihat dengan mata kasar. Anda perlukan teleskop yang mempunyai kemampuan GoTo, serta pengetahuan mendalam mengenai cara-cara mencerap waktu siang. Ni bukan senang nak buat!

Rupa bentuk planet Zuhrah yang dirakam oleh penulis pada tahun 2017. shahgazer.net

Waktu selepas Maghrib kita akan dapat lihat deretan 4 buah objek menarik, bermula dengan Utarid paling rendah, diikuti Zuhal, Bulan dan paling atas ialah Musytari.

Kedudukan 4 deretan objek terang di langit sekitar 45 minit selepas Maghrib. Simulasi SkySafari.

Jangan lupa cuba perhatikan fenomena Earthshine pada Bulan. Selalunya waktu bulan sabit sebegini mudah nak lihat dan mudah nak dirakam menggunakan kamera.

Earthshine boleh dirakam dengan menetapkan waktu dedahan kamera pada lebih dari 1 saat. Foto oleh penulis. @ shahgazer.net

Khamis, 6 Januari

Seperti biasa, teruskan pandangan ke ufuk timur selepas Subuh, dan perhatikan perubahan kedudukan planet Marikh dan kluster M 19. Anda akan dapat lihat kedua-duanya semakin hampir.

Pada waktu Maghrib, Bulan sudah mula bergerak di atas dari planet Musytari. Namun, 4 buah objek Bulan, Musytari, Zuhal dan Utarid masih boleh kelihatan sederet.

Alang-alang tengah tengok langit tu, cuba pandang ke ufuk arah utara sekitar waktu Isya’. Kita boleh lihat buruj berbentuk huruf ‘M’ iaitu Cassiopeia dengan mudah. Perhatikan juga sebuah buruj yang ‘tidak ada bentuk yang jelas’ tetapi penuh dengan bintang-bintang yang terang, iaitu buruj Perseus di sebelah kanan atas dari buruj Cassiopeia.

Buruj Perseus ini dikenali ramai kerana ia mempunyai sebuah bintang bernama Algol, yang berubah-ubah kecerahannya setiap 2.8 hari. Bintang Algol ialah contoh sebuah jenis bintang binari gerhana (eclipsing binary) yang paling popular.

Kedudukan buruj Cassiopeia dan Perseus. Simulasi SkySafari.

Jumaat, 7 Januari

Pada Subuh ini, Marikh akan berada paling hampir dengan kluster bintang M 19, iaitu 3.3 darjah sahaja. Ini boleh dijadikan target rakaman astrofoto yang menarik. Sebagai perbandingan jarak dalam kelajuan cahaya, cahaya dari Marikh mengambil masa 19 minit untuk sampai ke Bumi, manakala cahaya dari kluster M 19 mengambil masa 29,000 tahun untuk sampai!

Kluster bintang M 19 (Imej dari data DSS Aladin)
Dapatkan maklumat lanjut mengenai fenomena sepanjang tahun 2022 menerusi ALMANAK ASTRONOMI 2022

The post Jom teropong langit minggu ini (1-7 Januari 2022) appeared first on FALAKONLINE.NET.

Top 18 fenomena samawi sepanjang 2022

$
0
0

Sepanjang tahun 2022, akan berlangsung beberapa peristiwa samawi yang menarik untuk diperhatikan oleh peminat astronomi tempatan. Kebanyakkannya berlaku pada waktu awal pagi menjelang Subuh.

Senarai di bawah ialah fenomena yang boleh dikira menggunakan rumus falak (bukan agak-agak atau ramalan bukan empirikal). Senarai lengkap semua fenomena 2022 boleh didapati di ALMANAK ASTRONOMI 2022

Berikut merupakan Top 18 fenomena samawi yang boleh dilihat dari Malaysia dan juga sekitar Asia Tenggara.

Inferior Conjunction planet Zuhrah

8 Januari – Zuhrah akan kembali bergerak di antara Matahari dan Bumi, di dalam posisi inferior conjunction, pada jam 11:16 pm, 8 Januari nanti. Planet ini akan berada 4º 48 min daripada pusat Matahari. Fenomena ini hanya dapat dicerap dengan penuh hati-hati pada waktu siang dan menggunakan teleskop berkomputer atau jenis GoTo.

Zuhrah pada 6 Jan 2014 © shahgazer

Marikh lintas antara Nebula Lagoon dan Nebula Trifid

26 Januari – Fenomena awal pagi sekitar waktu Subuh ini akan menyaksikan planet Marikh melintasi 2 buah nebula popular, Nebula Lagoon dan Nebula Trifid di dalam buruj Sagittarius. Planet ini akan berada di dalam lingkungan 5 darjah dari kedua-dua objek ini bermula 20 Januari hinggalah 2 Februari. Momen paling menarik ialah pada 26 Januari apabila Marikh betul-betul berada di antara 2 nebula ini.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Marikh lintas kluster gergasi M 22

5 Feb – Marikh sekali lagi akan bergerak hampir dengan sebuah gugusan bintang glob gergasi, iaitu M 22, di dalam buruj Sagittarius. Marikh akan berada di dalam kawasan 5 darjah di persekitaran kluster ini bermula 30 Januari hinggalah 12 Februari. Momen paling dekat ialah pada 5 Februari, di mana ketika itu Marikh dan M 22 hanya dipisahkan 22 arc minit sahaja atau lebih kurang 1/3 darjah antara satu sama lain! Fenomena ini dapat dilihat sekitar waktu Subuh.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Marikh lintas kluster M 28

2 Feb – Marikh akan melintas sebuah lagi gugusan glob, M 28. Ia akan berada dalam lingkungan 5 darjah dari gugusan bintang ini bermula 26 Januari hingga 8 Februari. Momen paling dekat ialah pada 2 Februari apabila kedua-dua objek ini dipisahkan hanya 1 darjah sahaja.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Marikh lintas kluster M 75

5 Mac – Marikh akan melintas gugusan glob, M 75. Ia akan berada dalam lingkungan 5 darjah dari gugusan bintang ini bermula 28 Februari hingga 12 Mac. Momen paling dekat ialah pada 5 Mac apabila kedua-dua objek ini dipisahkan hanya 47 arc minit sahaja.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Marikh lintas Pluto

4 Mac – Jika anda ingin cuba merakam planet kerdil Pluto, cuba perhatikan planet Marikh pada sekitar waktu Subuh. Ketika ini Marikh akan melintasi 1 darjah sahaja daripada planet kerdil ini! Cerapan perlu guna teleskop aperture besar dan dari kawasan langit gelap

Simulasi SkySafari 6 Pro

Marikh lintas Zuhal

5 April nanti, planet Marikh akan melintas 19 arc minit sahaja (atau 1/3 darjah) dari planet Zuhal! Kedua-dua planet ini boleh dilihat sekitar 1-2 jam sebelum Subuh terbit di ufuk timur.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Musytari lintas Neptune

13 April -Planet gergasi Musytari akan melintasi planet Neptune pada jarak 7 arc minit sahaja! Sangat dekat! Boleh cuba cerap bermula sekitar 30 minit sebelum Subuh apabila kedua-dua planet ini mula terbit di ufuk timur. Cerapan perlu guna teleskop.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Zuhrah lintas Neptune

28 April – Planet tercerah, Zuhrah akan melintasi 7 arc minit sahaja daripada planet Neptune! Boleh dilihat beberapa jam sebelum Subuh di ufuk timur. Cerapan perlu guna teleskop.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Zuhrah lintas Musytari

1 Mei – Planet tercerah, Zuhrah akan melintas planet terbesar, Musytari pada jarak 14 arc minit sahaja! Satu pemandangan yang menakjubkan. Kedua-duanya akan kelihatan seperti 2 butir bintang cerah berkembar! Boleh dilihat menjelang Subuh di arah timur.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Marikh lintas Neptune

18 Mei – Planet Marikh akan melintas 34 arc minit sahaja daripada planet Neptune. Cerapan perlu guna teleskop.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Bulan hijab Zuhrah pada waktu siang!

27 Mei – Fenomena utama 2022. Bulan akan menghijab planet Zuhrah pada waktu siang sekitar jam 10 pagi dan boleh dilihat di seluruh Malaysia dan sebahagian besar Asia Tenggara. Ini merupakan antara fenomena yang jarang dapat dilihat dari negara kita.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Marikh lintas Musytari

29 Mei – Marikh akan melintasi planet Musytari pada jarak 39 arc minit sahaja. Boleh dilihat sekitar 2 jam sebelum Subuh di ufuk timur.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Bulan Penuh Perigee

14 Julai – Bulan Penuh Perigee. Bulan penuh paling besar untuk tahun 2022. Ia akan kelihatan paling cerah jika dibandingkan di antara kesemua fasa bulan penuh sepanjang tahun 2022.

Marikh lintas gugusan bintang Seven Sisters dan Hyades

28 Ogos – Marikh akan bergerak di antara 2 buah gugusan popular dan terang, iaitu Seven Sisters (M45) dan juga Hyades, di dalam buruj Taurus. Mula kelihatan apabila kesemuanya terbit sekitar jam 2 pagi ( 1 pagi di Sabah).

Simulasi SkySafari 6 Pro

Marikh lintas supernova Crab Nebula!

16 Oktober – Marikh akan melintas sekitar 1.2 darjah daripada sebuah supernova bernama Crab Nebula di dalam buruj Taurus. Marikh akan mula masuk di dalam lingkungan 5 darjah dari nebula ini bermula 30 September hingga 26 November.

Simulasi SkySafari 6 Pro

Gerhana Bulan Penuh dan lintasan planet Uranus

8 Nov – Gerhana Bulan Penuh akan dapat dilihat di seluruh Malaysia. Fasa Gerhana Penuh akan bermula dari jam 5:10 PM, kemuncak pada jam 6:59 PM, dan tamat fasa gerhana penuh pada jam 8:50 PM. Secara amnya, kita akan dapat saksikan Bulan terbit di dalam keadaan sudah pun gerhana penuh. Planet Uranus juga akan berada amat hampir di sisi Bulan ketika kemuncak gerhana itu nanti!

Simulasi SkySafari 6 Pro

Oposisi planet Marikh

8 Disember – Planet Marikh akan kembali ke posisi istiqbal atau bersetentang dengan Matahari. Marikh akan kelihatan bersazi 17 arc minit. Jika anda berada di Amerika Syarikat, anda bernasib baik kerana ketika momen isqtibal ini, Bulan akan menghijab planet Marikh pada waktu yang sama!

Foto oleh @shahgazer

The post Top 18 fenomena samawi sepanjang 2022 appeared first on FALAKONLINE.NET.

Jom teropong langit minggu ini (8-14 Januari 2022)

$
0
0

Sabtu, 8 Januari

Pada hari ini, jam 11:16 pm, Planet Zuhrah akan berada di kedudukan Inferior Conjunction, iaitu hampir searah dengan Matahari. Zuhrah akan berada hanya 4º 48 min sahaja daripada pusat Matahari dan di dalam kedudukan ini ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Kedudukan ini tidaklah sehampir seperti apa yang berlaku pada tahun 2020 lepas, yang mana pada ketika itu Zuhrah berada hanya 2º 48 min sahaja!

Foto planet Zuhrah yang dirakam oleh penulis pada 2 Jun 2020. @shahgazer

Ikuti pos-pos status media sosial saya, terutama twitter, untuk keadaan terkini planet Zuhrah pada tarikh ini.

Sementara itu pada waktu Subuh, planet Marikh masih berlegar berhampiran dengan gugusan bintang M 19. Planet Marikh bersinar pada magnitud 1.5 sahaja, maknanya ia hanya kelihatan seperti bintang ‘terang’ berwarna merah rendah di ufuk timur.

Pada waktu senja selepas Maghrib, planet Utarid mudah kelihatan rendah di ufuk barat. Planet Zuhal akan berada di sebelah atas planet ini tetapi disebabkan ia tidaklah bersinar terang, maka kita mungkin susah sikit nak kenalpasti Zuhal dengan bintang-bintang lain.

Musytari pula masih berada agak tinggi di ufuk timur, dan kelihatan seperti bintang terang.

Komet Leonard kini sudah semakin malap dan bersinar pada magnitud 6 sahaja. Memang tak akan nampak dengan mata kasar dari kawasan bandar dan amat susah nak jejakinya kerana ia nampak seperti bintang kelam sahaja walaupun dari kawasan gelap. Namun menerusi kamera ia masih mudah dirakam.

Foto dibawah dirakam oleh @platyputs pada 6 Januari 2022 lepas.

Ahad, 9 Januari

Isya – Jika anda jenis suka mencabar diri sendiri, cubalah rakam 2 buah galaksi satelit terdekat dengan Bima Sakti kita, iaitu Large Magellanic Cloud (LMC) dan Small Magellanic Cloud (SMC). Kedua-dua galaksi kecil ini akan kelihatan seperti tompokan awan putih yang kelam-kelam, rendah di ufuk selatan. Di Malaysia, kedudukan kedua galaksi ini tidak akan mencecah 20 darjah, maknanya rendah tu! Anda perlu lakukan cerapan dari kawasan yang gelap dan tiada halangan apa-apa di ufuk sebelah selatan. Kaedah terbaik untuk mencari dua galaksi ini ialah dengan menggunakan binokular. Jangan guna teleskop sebab galaksi ini amat besar di langit dan tak akan dapat dimuatkan dalam satu medan pandangan sebuah teleskop!

Kedua-dua galaksi ini akan sentiasa dapat dilihat di kawasan sama sepanjang seminggu dua ini.

LMC dan SMC yang dicerap dari Australia oleh penulis pada tahun 2014. @shahgazer

Isnin, 10 Januari

Bulan memasuki Fasa Bulan Sukuan Awal (First Quarter) pada jam 2:13 AM. Bulan akan berada di dalam kawasan buruj Pisces, sebuah buruj besar tetapi disinari dengan bintang yang kelam dan tidak begitu menyerlah.

Simulasi SkySafari

Selasa, 11 Januari

Pada waktu Isya hari ini cuba pandang ke arah timur. Kita akan disajikan dengan begitu banyak buruj-buruj yang terang seperti Orion, Taurus, Gemini, Auriga, Canis Minor dan Canis Major.

Namun yang menarik untuk dilihat juga ialah sususan asterim, yang menggabungkan bintang-bintang cerah Rigel (Orion), Aldebaran (Taurus), Capella (Auriga), Castor dan Pollux (Gemini), Procyon (Canis Minor) dan Sirius (Canis Major).

Asterim ini dikenali sebagai The Winter Hexagon yang selalunya dirujuk sebagai tanda kemuncaknya musim sejuk di hemisfera utara.

Pandangan arah timur sekitar waktu Isya’. Simulasi SkySafari

Rabu, 12 Januari

Subuh ini, Marikh mula keluar dari lingkungan 5 darjah dari gugusan bintang M 19.

Pada waktu Isya, cuba perhatikan ke arah Tenggara (South-East). Ada sebuah bintang yang cerah di sana. Itulah bintang Canopus, bintang kedua tercerah di langit. Jangan keliru pula dengan bintang Sirius, yang berada lebih ke kiri dan lebih hampir dengan Orion.

Pandangan arah tenggara sekitar waktu Isya. Simulasi SkySafari

Bintang Canopus ini merupakan sebenarnya jauh lebih bertenaga dan bersinar lebih terang dari Sirius. Cumanya, kedudukan Sirius lebih hampir dengan Bumi menyebabkan ia kelihatan paling cerah.

Ngelat la Sirius ni!!

Khamis, 13 Januari

Maghrib – Planet Zuhal akan melintasi 3 darjah sahaja daripada Utarid. Boleh dilihat tetapi amat rendah di ufuk barat. Kena cepat-cepat cari sebaik sahaja Matahari terbenam.

Medan pandangan 3 darjah ini agak luas dan tidak mungkin dapat dimuatkan di dalam pandangan sebuah teleskop. Alat yang paling baik ialah sebuah binokular!

Pandangan arah barat sekitar 45 minit selepas Maghrib. Simulasi SkySafari

Bulan pada malam ini akan berada di antara 2 buah gugusan bintang popular iaitu Seven Sisters dan Hyades, di dalam buruj Taurus. Cuba rakam gambar ketika-tiga objek ini di dalam frame dan tetapan kamera paling optimum. Ia mungkin agak mencabar kerana Bulan terang benderang tetapi cahaya bintang dari dua buah gugusan ini sukar nak menandinginya.

Simulasi SkySafari

Jumaat, 14 Januari

Bulan berada di posisi apogee, iaitu paling jauh dari Bumi pada jarak 405804 km. Momen ini berlaku 3 hari 14 jam sebelum masuk fasa Bulan Penuh.


Dapatkan maklumat lanjut mengenai fenomena sepanjang tahun 2022 menerusi ALMANAK ASTRONOMI 2022

The post Jom teropong langit minggu ini (8-14 Januari 2022) appeared first on FALAKONLINE.NET.


Jom teropong langit minggu ini (15-21 Januari 2022)

$
0
0

Nota: Sebuah asteroid bernama (7482) 1994 PC1 akan melintasi Bumi pada jarak selamat 4 kali ganda lebih jauh dari Bulan atau hampir 2 JUTA KM , pada 18 Januari 2022 nanti. Asteroid ini mengorbit Matahari setiap 575 hari dan mempunyai saiz sekitar 1 km. Maklumat kedudukan dan kecerahan asteroid ini telah dimasukkan di dalam artikel JomTeropong di bawah.


Sabtu, 15 Januari

Subuh – Masa untuk mencari-cari planet Marikh. Planet ini masih rendah di ufuk sebelah timur. Namun berdasarkan cuaca yang baik bulan Januari ini sejak beberapa hari lepas, rasanya kita cuba rebut peluang untuk menjejaki kedudukan planet merah ini. Jangan keliru dengan bintang Antares pulak, sebab bintang ini pun berada di ufuk timur dan berwarna merah!

Buruj Pari dan bintang Alpha Centauri pula sudah jelas kelihatan di sebelah selatan. Sepanjang minggu ini ia berada pada kedudukan tertinggi yakni ia akan melintasi garisan meridian.

Maghrib – Tinggal planet Musytari sahaja yang paling mudah untuk dilihat sekitar waktu Maghrib dan Isya sekarang ni. Planet Zuhal sudah semakin rendah dan susah nak kenal bagi kita yang tak tahu nak membezakan bintang dengan planet. Utarid pula perlahan-lahan kembali rendah ke ufuk dari hari ke hari.

10 PM – Mulakan pencarian asteroid (7482) 1994 PC1 malam ini. Asteroid ini berada di sebelah atas dari bintang Canopus di langit sebelah selatan. Pada malam ini ia bersinar pada magnitud 11.9

Koordinat pada jam 10 PM: RA 05 48 30.02. DEC -44 59 01.0

Ahad, 16 Januari

Menjelang Subuh – Jom kita cuba cari bintang Kochab, bintang kedua tercerah di dalam buruj Ursa Minor (selepas Polaris). Seingat saya bintang Kochab ini cukup terang untuk dilihat dari Malaysia. Cuba jejaki bintang ini berpandukan kedudukan buruj Biduk yang sedang tinggi melangit di sebelah utara ketika waktu ini.

10:46 pm – Pluto di posisi superior conjunction dan berada searah dengan Matahari. Fenomena ini sekadar info sahaja dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Selepas ini, Pluto akan mula kembali muncul di langit Subuh.

10 PM – Asteroid (7482) 1994 PC1 malam ini semakin tinggi dan sedikit ke arah barat. Ia masih berada di langit selatan dan berada di dalam kawasan buruj kelam Caelum dan Columba. Ia bersinar pada magnitud 11.3

Koordinat pada jam 10 PM: RA 05 13 20.47 DEC -41 23 33.9

Isnin, 17 Januari

Subuh – Cuba cari planet Zuhrah rendah di ufuk timur sekitar 30-45 minit selepas Subuh. Ia mudah dikenalpasti sebab ia nampak seperti sebutir bintang yang cerah. Kedudukannya akan makin tinggi setiap hari.

Maghrib – Walaupun Zuhal masih berada di atas ufuk ketika Maghrib, namun ia sudah terlalu rendah untuk dapat dicerap dengan baik samada menggunakan mata mahupun teleskop. Utarid pun dah hilang. Musytari satu-satunya objek terang di sebelah langit barat.

Jika anda mempunyai teleskop GoTo, cuba cari planet Neptune yang berada di sebelah atas dari Musytari. Neptune tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dan memerlukan paling kurang pun binokular untuk melihatnya dari kawasan langit gelap.

Bulan akan berada hampir dengan bintang Pollux di dalam buruj Gemini. Fasanya amat hampir dengan fasa purnama, dan langit pada malam ini akan diterangi oleh cahaya Bulan yang menyilaukan.

10 PM – Asteroid (7482) 1994 PC1 malam ini sudah melepas garisan meridian pada waktu ini dan berada di dalam buruj Eridanus. Magnitud malam ini ialah 10.6

Koordinat pada jam 10 PM: RA 05 13 20.47 DEC -41 23 33.9

Selasa, 18 Januari

7:51 AM – Bulan memasuki fasa Bulan Penuh

Maghrib hingga Isya’ – Jom kita cuba jejaki sebuah bintang bernama Fomalhaut. Ia merupakan satu-satunya bintang bermagnitud 1 yang berada di kawasan langit barat ketika ini. Kedudukannya ialah ke arah sebelah kiri dari planet Musytari. Bintang ini ialah yang pertama kita dapat lihat eksoplanet yang mengelilinginya yang dapat dirakam di dalam julat cahaya nampak. Penemuan ini berlaku pada tahun 2008, dan eksoplanet ini diberi nama Dagon.

Fomalhaut ialah bintang tercerah di dalam buruj Piscis Austrinus (Ikan Selatan). Buruj ini sebenarnya mudah kita nak cam bentuknya ‘ikan’nya tetapi disebabkan bintang-bintang yang membentuk buruj ini semuanya kelam-kelam (melainkan Fomalhaut), maka kita kena cari kawasan langit yang betul-betul gelap untuk menikmati bentuk buruj ini.

10 PM – Asteroid (7482) 1994 PC1 malam ini berada pada poin paling ‘hampir’ dengan Bumi, pada jarak EMPAT KALI GANDA LEBIH JAUH DARI BULAN! (Maknanya jauh la tu). Di langit ia berada di dalam sempadan buruj Eridanus dan Cetus ke arah langit sebelah barat. Magnitud malam ini paling cerah iaitu 10.1 . Malam ini cukup menarik untuk kita melihat kedudukan asteroid ini berubah dengan cepat berlatar-belakangkan bintang-bintang. Dalam masa 1 minit je pun kita boleh nampak ia berubah kedudukan (menerusi teleskop).

Koordinat pada jam 10 PM: RA 02 36 16.04 DEC -08 27 23.3

Rabu, 19 Januari

Malam ini sekitar Isya’ cubalah cari planet Uranus pula. Planet hijau ini berada di dalam buruj Pisces dan berada tegak di atas kepala kita pada waktu Isya’. Ia tidaklah bersinar terang dan untuk melihatnya dengan mata kasar, kita perlukan langit yang gelap. Namun ia mudah dijejak dengan binokular dan teleskop.

Menerusi teleskop, Uranus akan kelihatan seperti satu bulatan kecil berwarna kehijauan. Disebabkan awan-awan di atmosfera Uranus ini tidaklah secerah atau seligat seperti awan-awan di Musytari, ia kelihatan seperti ‘kosong’ je.

Anda perlu mempunyai skli membaca peta bintang, dan tahu mengenalpasti bintang-bintang di langit berpandukan peta bintang, barulah mudah untuk mencari planet ini.

10 PM – Asteroid (7482) 1994 PC1 malam ini sudah mula menjauhi Bumi. Disebabkan semalam ia bergerak ‘berhampiran’ dengan Bumi, kedudukanya malam ini berubah banyak. Asteroid ini sekarang berada di langit Barat Laut ke arah buruj Pegasus/Andromeda dah! Kecerahannya sekitar magnitud 11.0

Koordinat pada jam 10 PM: RA 00 33 56.74 DEC +26 00 55.6

Khamis, 20 Januari

Subuh – Planet Marikh akan mula masuk ke dalam lingkungan 5 darjah dari Nebula Lagoon dan Nebula Trifid. Kesemua objek ini boleh dimuatkan di dalam satu frame kamera.

Bintang Regulus pula berada 10º dari Bulan. Kelihatan dari Subuh rendah di ufuk barat

10 PM – Bintang Regulus berada 5º-6º dari Bulan. Kelihatan dari jam 10 PM hingga ke Subuh

Jumaat, 21 Januari

Pada sekitar selepas Isya’, cuba pandang ke arah timur laut. Mata kita akan bertemu dengan sebuah bintang cerah berwarna kekuningan iaitu bintang Capella. Bintang ini merupakan bintang tercerah di dalam buruj Auriga, dan juga merupakan salah satu daripada bintang-bintang yang membentuk asterim Winter Hexagon.

Cuba perhatikan betul-betul sedikit ke atas dari Capella. Ada 3 buah bintang sederhana terang yang membentuk segi tiga. Bintang-bintang ini bernama Al Anz, Haedus I dan Haedus II. Bagi saya susunan 3 bintang ini bersama-sama dengan bintang Capella cukup cantik untuk dilihat samada menerusi mata kasar, binokular mahupun dirakam menggunakan kamera.

___

___

The post Jom teropong langit minggu ini (15-21 Januari 2022) appeared first on FALAKONLINE.NET.

Jom teropong langit minggu ini (22-28 Januari 2022)

$
0
0

Momen menarik minggu ini ialah apabila planet Marikh mula mendekati kawasan persekitaran Nebula Lagoon dan Nebula Trifid. Kemuncaknya ialah pada Subuh, 26 Januari nanti.

Sabtu, 22 Januari

Maghrib – Planet Musytari ialah satu-satunya planet cerah yang dapat dilihat denga mata kasar selepas Matahari terbenam minggu ini. Ia masih kelihatan besar dan menarik di dalam teropong. Namun, secara amnya, peluang kita untuk mengamati perubahan dan pergerakan bulan-bulan planet ini semakin suntuk.

Pemandangan arah barat sekitar 30 minit selepas Maghrib.

Ahad, 23 Januari

Maghrib-Isya’ – Halakan binokular anda ke arah bintang Sirius. Bintang ini ialah objek tercerah di sebelah langit timur sekitar waktu ini. Kemudian pandang ke arah jarum jam 4 dari bintang ini. Kita akan ternampak sekumpulan bintang-bintang halus yang terkumpul. Itulah gugusan bintang, M41.

Menurut rekod sejarah, M41 mungkin pernah dilihat oleh ahli astronomi Aristotle pada tahun 325 SM. Namun ada perdebatan samada Aristotle tahu atau tidak jenis objek yang dilihatnya itu. Ini adalah kerana dengan mata kasar, beliau mungkin menyangkakan M41 sekadar sebahagian tompokan daripada Bima Sakti.

Gugusan ini lebih cantik untuk diamati menggunakan binokular berbanding teleskop kerana saiznya agak besar dan terserak.

Isnin, 24 Januari

Maghrib-Isya’ – Malam ini kita kembali perhatikan ke arah buruj Orion yang sedang tinggi di atas kepala. Cuba lihat bintang merah, Betelgeuse, yang berada di sebelah penjuru kiri bawah.

Jika anda masih ingat lebih kurang 2 tahun lepas, kecerahan bintang ini tiba-tiba menjadi sedikit malap. Ketika itu ramai teruja dan menjangkakan bintang ini sedang mengalami fasa terakhir kehidupannya dan akan meletup menjadi supernova.

Namun, selepas itu di dapati kembali cerah seperti normal. Walaupun ada kalanya kecerahannya naik turun sedikit, tetapi secara amnya ia kembali seperti biasa. Saintis masih belum dapat kepastian apa sebenarnya yang berlaku dengan bintang ini. Teori yang terkuat ialah ia mungkin melepaskan sebahagian daripada lapisan gasnya keluar, lalu gas-gas ini menyejuk dan menghalang sebahagian cahaya bintang ini menyebabkan ia nampak seperti kelam sedikit.

Selasa, 25 Januari

Subuh – Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Akhir pada jam 9:42 AM.

Jangan lupa juga jenguk tanya khabar kepada planet Zuhrah (Venus), sebabnya planet ini sudah senang dapat dilihat rendah di ufuk timur selepas Subuh!. Ia senang nak kenal kerana ia satu-satunya objek yang amat cerah tetapi rendah di kaki langit timur! Kedudukan planet ini akan semakin tinggi dari hari ke hari!

Kedudukan planet Zuhrah sekitar jam 6 pagi.

Rabu, 26 Januari

Subuh – Momen menarik pagi ini ialah planet Marikh akan menyelit di antara Nebula Lagoon dan Nebula Trifid di dalam buruj Sagittarius! Ia sebenarnya lebih dekat ke arah Nebula Lagoon berbanding Trifid, dan jika anda merakamnya menerusi kamera, ia seperti berada betul-betul di sempadan luar gas-gas nebula tersebut. Peluang astrofotografi yang menarik!

Selain itu, Marikh juga mula masuk ke dalam lingkungan 5 darjah dari kluster bintang M28 yang berada di sebelah bawahnya. Planet ini akan berada 1 darjah sahaja dari gugusan ini pada 2 Februari nanti!

Semua ini berada rendah di ufuk sebelah timur.

Khamis, 27 Januari

Maghrib-Isya’ – Jika anda menghalakan teleskop ke arah planet Musytari, kita akan nampak deretan 4 buah bulannya, yang berada di kiri dan kanan planet tersebut. Namun dalam sehari dua ini, kelihatan seolah-olah ada ‘bulan ekstra’ di sebelah penjuru kiri bawah planet ini!

Itu sebenarnya ialah bintang Sigma Aquarii, sebuah bintang biru-putih yang terletak 290 tahun cahaya daripada kita. Kebetulan pula kecerahannya yang kita lihat nampak lebih kurang sama seperti bulan-bulan Musytari, menyebabkan kita mungkin mudah terkeliru!

Jumaat, 28 Januari

3:30 AM – Bintang Antares berada 3º-4º dari Bulan. Kelihatan dari jam 3:30 AM hingga selepas Subuh. Peluang untuk kenal bintang Antares berbanding dengan planet Marikh! Kadang-kadang ramai yang boleh terkeliru dengan kedua-dua objek ini kerana maklumlah berwarna merah!

Marikh masih berada berhampiran dengan Nebula Lagoon. Masih cantik untuk dirakam.

The post Jom teropong langit minggu ini (22-28 Januari 2022) appeared first on FALAKONLINE.NET.

Jom teropong langit minggu ini (29 Jan – 4 Feb 2022)

$
0
0

Bulan Rejab menanti kita, Marikh beralih fokus kepada gugusan bintang M28. Musytari tinggal keseorangan, cian…

Sabtu, 29 Januari

Subuh – Marikh berada 10º dari Bulan. Boleh dilihat bermula dari 5:30 AM. Planet ini akan kelihatan seperti ‘bintang’ sederhana terang ke arah bawah Bulan di langit sebelah timur. Kebetulan juga Bulan berada betul-betul di bahagian pusat Bima Sakti, yang terletak di antara buruj Scorpio dan Sagittarius. Namun Bima Sakti masih terlalu untuk untuk kelihatan gah. Kena tunggu sebulan dua lagi baru best.

Arah timur sekitar waktu Subuh.

Ahad, 30 Januari

Subuh – Bulan bergerak ke bawah dan berada 10º dari planet Zuhrah. Planet ini merupakan ‘bintang terang’ yang sudah boleh dilihat selepas Subuh pada waktu ini. Sementara itu, Marikh pula akan berada 6º di sebelah atas Bulan. Ketiga-tiga objek sistem suria ini membentuk satu segi tiga yang cantik.

Arah timur sekitar waktu Subuh.

Menerusi teleskop anda akan dapat lihat Marikh sudah mula masuk ke dalam kawasan lingkungan 5 darjah dari kluster bintang M22. Dalam masa seminggu nanti, planet Marikh akan berada amat-amat hampir dengan gugusan bintang ini!

Kedudukan Marikh dengan objek-objek Deep Sky di sekitar buruj Sagittarius pada 30 Januari 2022.

3:10 PM – Bulan berada di posisi perigee pada jarak 362249 km. Momen ini berlaku 1 hari 22 jam sebelum masukknya fasa Bulan Baru.

Isnin, 31 Januari

Subuh – Pada lewat Subuh hari ini, planet Utarid berada 8º dari Bulan. Namun, kedudukannya yang amat rendah di ufuk timur dan suasana langit yang semakin terang, menyebabkan fenomena ini agak mencabar untuk dicerap. Anda perlukan kawasan ufuk timur yang lapang dan tiada halangan.

Kedudukan Bulan dan planet Utarid rendah di ufuk sekitar 25 minit selepas Subuh

Selasa, 1 Februari

1:46 PM – Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 1:46 PM.

Maghrib – Planet Musytari semakin rendah di langit barat. Menjelang Isya’ ia sudah pun turun sehingga 6 darjah sahaja di atas ufuk. Ini merupakan bulan terakhir kita dapat mencerap planet gergasi ini sebelum ia hilang dari pandangan.

Musytari di ufuk barat selepas Maghrib.

Rabu, 2 Februari

Subuh – Marikh berada paling hampir dengan kluster bintang M28 iaitu 1 darjah sahaja. Gugusan bintang M28 ialah sebuah gugusan bintang glob yang ditemui pada tahun 1764 oleh William Herschel. Ia kelihatan agak kecil berbanding dengan gugusan bintang lain. Jaraknya dari Bumi ialah 18,000 tahun cahaya dan mempunyai saiz diameter 60 tahun cahaya!

Marikh dan gugusan bintang M28 menerusi lensa kamera 400mm

Pada waktu ini juga, planet Marikh sudah mula keluar dari lingkungan 5 darjah dari kepulan Nebula Lagoon dan Nebula Trifid.

Maghrib – Perhatikan kehadiran Bulan sabit yang halus di ufuk barat, menandakan masuknnya 1 Rejab! Dah tinggal 2 bulan je sebelum masuk Ramadan!! MasyaAllah!

Arah barat selepas Maghrib

Khamis, 3 Februari

Subuh – Planet Marikh berada di antara gugusan bintang M28 dan M22. Kalau ada kamera dan lens sekitar 50mm pun dah cukup untuk merakam deretan 3 objek ini!

Maghrib – Musytari berada 8º di sebelah bawah Bulan. Boleh dilihat dari Maghrib hingga jam 8:30 PM. Waktu sebegini amat menarik untuk kita perhatikan kehadiran fenomena Earthshine di permukaan Bulan!

Jumaat, 4 Februari

Isya’ – Sekitar waktu ini halakan badan anda ke arah utara dan pandanglah tegak di atas kepala . 2 buah gugusan popular iaitu Seven Sisters (Pleiades) dan Hyades berada pada poin tertinggi. Jangan lupa juga cari bintang merah Aldebaran yang berada di dalam kawasan gugusan Hyades.

Seeloknya, gunalah binokular kerana medan pandangan menerusi sebuah binokular akan memberi pemandangan yang indah terhadap 2 buah gugusan ini, berbanding teleskop.

Panduan am

  • Guna apps seperti SkySafari atau Stellarium untuk kenalpasti kedudukan objek-objek ini dengan lebih mudah.
  • Tangkap layar di dalam artikel ini adalah dari perisian Sky Safari Pro 6.
  • Biasakan diri anda dengan arah mata angin (barat, timur dan lain-lain).
  • Melainkan disuruh guna alat cerapan, semua fenomena di atas boleh dilihat dengan mata kasar.
  • Kedudukan planet-planet tidak banyak berubah dari hari ke hari. Kalau pagi ni ‘dia kat situ’, esok lusa pun masih ‘di situ’. Hanya Bulan je cepat bergerak.

The post Jom teropong langit minggu ini (29 Jan – 4 Feb 2022) appeared first on FALAKONLINE.NET.

Nak pindah ke.. tak nak…

$
0
0

Invois terbaru dari serverfreak dah sampai. RM318/- setahun. Itulah kos yang aku keluarkan untuk perkhidmatan web hosting FalakOnline sejak 2012.

Tapi berdasarkan trend semasa, tak ramai yang suka melungsuri sendiri ke laman-mana web. Kebanyakan orang suka dapatkan berita menerusi media sosial. Dan daripada link yang diberikan di sana barulah ada yang masuk ke laman web.

Aku pernah buat beberapa eksperimen sebelum ini. Ada artikel aku siap-siap tulis dan upload. Kemudian berdasarkan sharing icon tu, aku tengok ada orang share atau tidak. Selalunya kalau link artikel tu aku share kat medsoc, memang tak sampai beberapa minit ada lah nombor di situ yang naik, menunjukkan ada yang share direct daripada laman web.

Tapi kalau aku tak buat demikian, selalunya memang kosong je la. Orang tak akan ‘jumpa’ artikel tu.

Inilah realiti sekarang. Orang (termasuk aku) akan menunggu berita dari medsoc, tetapi amat jarang mencari sendiri, menggelintar daripada google.

Melainkan ada isu besar. Contoh paling popuar ialah kalau ada gerhana bulan, aku dapati laman web ini akan ditemui hasil carian keyword seperti ‘gerhana bulan’.

Malah kadang kala, artikel tu dah lama di laman web, tetapi masih ada yang bertanya berkenaannya. Contoh Almanak Astronomi 2022 yang aku dah siap muat maik Disember 2021 lepas, sampai hari ini ada yang masih bertanya mengenai sesuatu fenomena, walhal dah ada tulis dalam tu.

Aku tak salahkan sesiapa sebab memang sifat manusia macam tu. Cuma bila dah jadi macam tu, aku mula bertanya, berbaloi ke bayar RM318/- setahun untuk laman web yang majoriti orang tak nak masuk dan cari info di dalamnya? Hanya bila kes-kes atau viral tertentu je baru ada yang masuk.

Nak tutup terus daripada maintain web ni rasa sayang pulak. Laman web FalakOnline ni kira baby aku sejak tahun 1999, dan komuniti FalakOnline ni pun ada yang dah follow sejak 1995 lagi!

Lagi satu, kalau tutup dan fokus ke platform medsoc, infomasi akan berterabur sana-sini. Tak tersusun langsung! Walaupun memudahkan follower berinteraksi, tapi maklumat yang dikongsi tidak berstruktur langsung. Kena asyik-asyik ulang ditanya soalan yang sama! Kalau laman web ni aku boleh control sikit susunannya.

Beberapa mingu lepas aku cuba explore option untuk hosting sendiri laman web guna Raspberry Pi di rumah. Alang-alang guna unifi yang ‘laju’, dan memang aku pun dah bayar service unifi tu, rasanya option tu macam ada baiknya.

Tak tahu lah nak proceed macam mana. Invois serverfreak yang keluar ni pun dah tak boleh nak cancel. Nak tak nak kena bayar jugak untuk service setahun lagi. Mungkin dalam masa itu, aku sempat explore option lain.

(Aku bukanlah nak condemn serverfreak. Bagi aku servis mereka tip-top! Setakat ni kalau ada problem memang help desk mereka amat cepat membantu! Tak de la lembap macam mysejahtera! Tabik spring kepada serverfreak.)

Lagi satu yang menyebabkan aku rasa nak setup di rumah ini ialah kebebasan untuk setup web app sendiri. Semua tahu yang aku ni gila python. Sekarang pun tengah godey-godey skrip librari python yang banyak tu. Kalau nak up-kan di serverfreak, kena bayar pulak servis lain macam virtual server ke apa ke. Duit lagi! Sekarang ni pun nak cari duit pun susah. Tapi kalau tak explore benda ni, sampai bila lah nak maju! Ilmu setakat terceruk macam tu je!

Ada jugak option lain seperti pythonanywhere atau railway.app tapi yang sana pun server orang jugak. Kita terima apa yang mereka bagi je.

Banyak decision kena buat tahun 2022 ini. Mungkin menjelang pertengahan tahun kena korbankan sikit cara hidup sekarang dan mencari peluang lain. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana.

#ngomel

The post Nak pindah ke.. tak nak… appeared first on FALAKONLINE.NET.

Rupanya bukan lohong hitam, tapi bintang pontianak! 👻

$
0
0

Pada tahun 2020 lepas, sekumpulan ahli astronomer di European Southern Observatory (ESO) telah mengumumkan penemuan sebuah lohong hitam paling dekat dengan Bumi di dalam sebuah sistem bintang HR 6819. Jaraknya ialah lebih kurang 1000 tahun cahaya je.

Namun saintis-saintis lain tidak begitu yakin dengan penemuan ini. Setelah kajian baru dibuat oleh sekumpulan saintis lain dari pelbagai negara, yang diketuai oleh penyelidik Abigail Frost dari KU Leuven di Belgium, mereka telah menidakkan kewujudan lohong hitam ini.

Aiseyman…

Jadi, apa sebenarnya bendalah tu?

Di dalam penyelidikan asal yang diterbit pada 2020 tu, yang ditulis oleh penyelidik ESO, ahli astronomer Thomas Rivinus menyatakan sistem bintang HR 6819 tu ialah sebuah sistem kembar tiga. Sebuah bintang mengorbit pada jarak yang dekat dengan sebuah lohong hitam, manakala sebuah lagi bintang mengorbit pada jarak yang lebih jauh.

Lakaran artis menunjukkan suasana sistem bintang HR 6819. (Kredit ESO)

Namun kajian terbaru pada tahun 2020 oleh Julai Bodensteiner, felo ESO, mengemukakan pandangan baru bahawa sistem bintang ini berkemungkinan juga boleh wujud dengan hanya 2 buah bintang sahaja, di mana sebuah bintang menyedut dan menyerap jisim bintang pasangannya!

Fenomena ini juga dikenali sebagai stellar vampirism atau bintang pontianak

(Kalau nak translate kepada kepontianakan bintang, mau aku kena kecam.. haha)

Jom tengok Morbius

Kajian asal oleh Rivinus menggunakan teleskop yang agak kecil, namun pasukan baru menggunakan teleskop ESO, Very Large Telescope (VLT) dan Very Large Telescope Interferometer (VLTI), 2 buah teleskop berkuasa tinggi yang berada di Chile dan mampu mengumpul data dan menghasilkan imej yang jauh lebih jelas.

Very Large Telescope (VLT) di Chile

Hasilnya, suasana di dalam sistem HR 6819 itu jelas menunjukkan hanya 2 buah bintang yang berada di dalam orbit yang amat-amat kecil dan padat. Tiada lohong hitam!

Aiseyman…

Menurut Bodensteiner, pentafsiran terbaik yang mereka boleh kemukakan setakat ini ialah kebetulan cerapan yang dilakukan pada ketika ini sama momennya ketika salah satu daripada bintang di dalam sistem ini sedang menyedut sebahagian daripada lapisan bintang pasangannya!

Menurut Frost pula, merakam ketika saat fenomena pontianak atau sedut-menyedut ini berlaku amat sukar dan ia berlaku dalam hanya beberapa ketika sahaja. Ini menjadikan penemuan kejadian yang berlaku di HR 6819 ini sungguh mengujakan kerana kejadian ini menjadikan ia calon kajian yang paling sempurna untuk kajian bagaimana fenomena pontianak ini memberi kesan kepada evolusi bintang-bintang berjisim besar, selain daripada kesan seperti gelombang graviti dan juga letupan supernova.

Kisah di atas menunjukkan bahawa penemuan baru di alam semesta sentiasa berlaku dari hari ke hari. Maka tidak hairanlah, jika teori yang kita baca di dalam buku sains 10-15 tahun akan berubah hasil penemuan dan kajian terbaru masa kini.

Let our minds open up to infinite possibilities

The post Rupanya bukan lohong hitam, tapi bintang pontianak! 👻 appeared first on FALAKONLINE.NET.

Article 1

$
0
0

Di bawah ialah salinan pos FB saya mengenai viral mengenai aurora yang dikatakan akan muncul di langit pada 14 Mac 2022!


JANGAN BUANG MASA. TAK PERLU DONGAK KE LANGIT.

Ribut magnetik tak sekuat yang disangka. Sekarang dah semakin lemah.

Mengapa perlu viral dari tweet yang penulis dia pun tak faham apa yang dia tulis.

Refer direct dari SUMBER … spaceweather.com

Bro twitter tu refer kepada sebuah laporan akhbar tempatan tapi kena faham beberapa poin

1. Akhbar tu rajin guna “DAILY STAR” sebagai sumber berita. Berapa kali aku cakap Daily Star tu tabloid.. suka buat berita gempak. Dan akhbar tak serik-serik nak guna tabloid sebagai sumber.

2. Laporan akhbar tu kata “dijangka dapat dilihat lebih jauh KE ARAH Khatulistiwa.” —-> DIA TAK KATA PUN NEGARA KHATULISTIWA BOLEH NAMPAK

3. Laporan akhbar tu pun refer tweet Dr Tamitha Skov yang kata “…boleh dilihat jauh ke latitud tengah. —> NEGARA LATITUD TENGAH IALAH SEPERTI AREA LATITUD 45 DARJAH KE ATAS. LATITUD MALAYSIA DUDUK 1-5 DARJAH . JAUH TU BANG!

4. Aku kongsikan screenshot ASAL (Foto 4 & 5 ) dari tweet Dr. Tamitha Skov yang mula-mula dipos 2 hari lepas.. dan lagi satu screenshot yang dibuat 8 jam lepas.

Link asal ialah ni

Moral of the story:

1. Jangan cepat viralkan cerita yang tak pasti hujung pangkal

2. Jangan memandai-mandai buat telahan sendiri kalau SENDIRI PUN TAK FAHAM apa yang ditulis.

3. Tweet tu dah VIRAL. Pandai-pandai la penulis tu bertanggungjawab menyebarkan berita mengelirukan kepada beribu orang yang ko dah temberang, tak termasuk group wassap, telegram makcik pakcik kat kampung, pak sedara pak long, ayah ngah, mak enon… etc.

4. Benda basic, AURORA tak nampak di Malaysia.

5. SENTIASA rujuk Spaceweather.com untuk tahu berita mengenai cuaca angkasa. Kalau tak faham JANGAN BUAT ANDAIAN SENDIRI, check dulu dengan ahlinya. Kalau geng-geng astronomer (pro atau amatur) tak kecoh pun, kenapa kita pulak kelam kabut nak kecoh?

6. Benda basic, fenomena AURORA sentiasa berlaku bila ada letusan Matahari yang hala ke Bumi. Jangan TERPESONA dengan ayat-ayat canggih yang kita sendiri tak faham yang viral sana-sini. Yang ditulis tu pun kadang-kadang bunyi je macam nak menakutkan orang.

7. AURORA ialah fenomena alam, bukan benda yang pelik.

SEKAIIIIIIIIN….


Update 15 Mac 2022. Tweet telah ditarik balik oleh penulis. Rujuk https://www.facebook.com/shahgazer/posts/10225675577708565

The post appeared first on FALAKONLINE.NET.

Imej JWST vs Spitzer

$
0
0

Pada 11 Mac lepas, team dari NASA telah menunjukkan imej terawal (initial) dari Teleskop Angkasa James Webb JWST, dan ramai yang teruja!

https://www.nasa.gov/press-release/nasa-s-webb-reaches-alignment-milestone-optics-working-successfully

Imej testing ini ialah hasil daripada fasa ‘penyusunan’ cermin-cermin JWST yang dikenali sebagai ‘fine phasing’. Walaupun ini baru permulaan dan ada beberapa konfigurasi yang perlu dibuat, tetapi hasilnya pun sudah melangkau apa yang telah dicerap oleh teleskop-teleksop angkasa sebelum ini.

Gambar ini ialah perbandingan di antara JWST dan juga teleskop Infra-merah Spitzer.

Teleskop Spitzer ini juga sebuah teleskop yang merakam cahaya dalam julat infra-merah tetapi ia dah ditamatkan operasi pada 30 Jan 2020 lepas setelah 16 tahun melakukan cerapan!

Penggantinya ialah JWST.

Dan hasilnya cukup dahsyat! Cuba lihat perbandingan antara 2 imej teleskop ini yang dihalakan pada kordinat atau kawasan langit yang sama! Jelas resolusi JWST lebih baik! Kalau dulunya kita nampak seperi comot-comot macam bintang, tetapi rupa-rupanya comot-comot itu ialah galaksi! Malah bentuk galaksi itu pun dapat dilihat dengan jelas menerusi JWST!

Syukurlah semua berfungsi dengan baik setakat ini! Kalau ada cermin yang rosak atau senget ke, atau ada orang lupa bukak sticker pada cermin JWST ke.. memang naya la tak boleh buat apa-apa!

Boleh baca mengenai JWST di https://falakonline.net/semesta/2021/12/menanti-penuh-debaran-pelancaran-james-webb-space-telescope/

#tabarakallah

#stopseminitfalakonline

The post Imej JWST vs Spitzer appeared first on FALAKONLINE.NET.


Lagi sekali Zuhrah melintas Musytari hujung Ramadan ini! Joms!

$
0
0

Antara fenomena yang menarik untuk dilihat dengan mata kasar ialah fenomena conjunction, iaitu dua atau lebih objek cerah di langit melintas dekat antara satu sama lain.

Paling menarik apabila ia melibatkan 2 planet cerah seperi Zuhrah (Venus) dan Musytari (Jupiter).

Hujung-hujung Ramadan nanti kita berpeluang melihatnya sekali lagi!

Pada Subuh, 1 Mei 2022 ini, Zuhrah akan melintasi planet Musytari pada jarak 14 arc minit sahaja! Dalam istilah mudah, kedua planet ini dipisahkan pada jarak SEPARUH diameter bulan purnama!

Kalau dengan mata kasar kita akan dapat lihat seperti bintang kembar!

Kali terakhir ia berlaku sedekat ini ialah pada 12 Feb 2021, tetapi masa tu pun kedua-dua planet ini terlalu rendah di ufuk dengan dekat dengan Matahari. Mungkin tak ramai nampak masa tu.

Lagi ke belakang dari tarikh tu ialah pada 24 Disember 2019, tetapi pada waktu itu kedua-dua planet ini hanya dipisah pada jarak 3 kali ganda diameter bulan, tak sedekat macam hujung minggu ini.

Foto di atas menunjukkan lintasan Zuhrah dan Mustari yang berlaku pada 23 Jan 2019.

Berbalik kepada apa yang bakal kita lihat hujung Ramadan tahun ini…

Ketika ini kalau anda sering perhatikan langit sekitar Subuh, pasti akan terlihat 2 buah objek terang yang menyinari ufuk timur. Paling terang ialah planet Zuhrah, manakala di bawahnya ialah planet Musytari.

Dan jika anda sudah mula perhatikan kedua-dua planet ini sejak beberapa hari atau minggu yang lepas, pasti akan terperasan kedua-duanya sudah mula nampak seperti semakin dekat antara satu sama lain.

Kemuncaknya ialah pada Subuh, hari Ahad ini 1 Mei 2022, bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah.

Pada hari tersebut, jarak kedua-dua planet ini di langit akan berada amat dekat, iaitu lebih kurang separuh saiz bulan purnama sahaja!

Ini bermakna, menerusi teleskop berkuasa rendah, anda akan dapat memuatkan kedua-dua planet ini serentak di dalam medan pandangan yang sama!

Selain itu, anda juga akan dapat lihat deretan bulan-bulan planet Musytari dan jika mata anda tajam, boleh lihat bentuk fasa planet Zuhrah seperti bulan separuh yang dah gemuk sikit.

Bulatan hijau di dalam rajah di atas menunjukkan saiz Bulan Purnama sebagai perbandingan.

Jika anda memerhatikan kedua planet ini menerusi binokular, bermula esok 26 April hingga 6 Mei, Zuhrah dan Musytari boleh dimuatkan di dalam medan pandangan yang sama juga!

Jika anda terlepas nak tengok yang ini, ulangan yang ‘hampir’ sama dekat akan berlaku pada 2 Mac 2023 nanti pada waktu Maghrib pulak.

Subuh, 26 April 2022
Subuh, 1 Mei 2022
Subuh, 7 Mei 2022

Jom teropong!

The post Lagi sekali Zuhrah melintas Musytari hujung Ramadan ini! Joms! appeared first on FALAKONLINE.NET.

Viewing all 396 articles
Browse latest View live